Tahniah NONA ucapkan kepada Aizat Amdan, seorang penyanyi dan komposer terkenal yang menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan hati Elyssa Alia Ilias yang selamat diijabkabulkan hari ini.
Kredit foto: Instagram @melodi
Tepat jam 9.17 pagi, penyanyi popular berusia 33, sah bergelar suami kepada pasangannya, dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang berlangsung di A-Park, di sini, hari ini.
Pasangan tersebut dikatakan sudah bercinta sejak tiga tahun yang lalu. Tahniah! Mereka dinikahkan bapa pengantin perempuan, Leftenan Kolonel (B) Illias Moideen disaksikan jurunikah, Ustaz Idrus Mohd Shahlan dengan mas kahwin RM300.
Mungkin semua sudah mengenali siapa Aizat Amdan, namun siapakah gerangan wanita yang berjaya menambat hatinya ini. Sudah pasti bukan calang-calang apatah lagi Aizat sebelum ini melancarkan lagu berjudul Hanya Kita Dua yang dihasilkan dan didedikasikan buat isterinya. Sweetnya!!
NONA sempat menyelidiki dan ini dia beberapa fakta menaik tentang Elyssa Alia Illias yang pasti anda ingin tahu.
Ads
Elyssa berumur 34 tahun dan sebelum ini pernah bertugas sebagai kakitangan kerajaan.
Elyssa kini bekerja sepenuh masa sebagai pengurus seni Aizat.
Elyssa juga pernah bekerja sebagai penyampai radio Rakita dan berkhidmat di HITZ FM, malah pernah mengacarakan program hiburan, Jom Wayang
Ads
Elyssa juga pernah mengacara sebuah rancangan TV terbitan HYPP TV bersama Mira Filzah
Menurut profil Linkedin nya, Elyssa merupakan graduan Limkokwing University of Creative Technology dalam jurusan Senibina (Architecture)
Ads
Elyssa merupakan pencinta kucing. Jika dilihat di laman sosialnya, dia banyak berkongsi gambar kucing-kucingnya. Salah satu kucing kesayangannya bernama LUNA.
Elyssa juga seorang kaki travel. Ini dapat dilihat menerusi pelbagai hantaran di Instagramnya, @elyssalia.
Apa-apa pun, NONA mendoakan semoga ikatan perkahwinan dan jodoh keduanya berpanjangan sehingga ke jannah. Selamat pengantin baharu!!
Seraut wajah lembut dan penuh sifat keibuan, senantiasa membayangi kecantikan Raja Permaisuri Agong ke-16 kesayangan rakyat Malaysia ini.
KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj meraikan sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan ke-61 hari ini.
Di seluruh media sosial, rakyat jelata mendoakan KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku agar sentiasa berada dalam lingkungan dan rahmat Allah, dipanjangkan usia dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.
ANAK JOHOR
Raja Permaisuri Agong telah diputerikan pada Jumaat, 5 Ogos 1960 bersamaan 11 Safar 1380H, di Istana Bukit Stulang, Johor Bahru.
Baginda merupakan puteri yang ketiga kepada pasangan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Sultan Ismail bersama Almarhum Enche’ Besar Hajah Kalsom Abdullah.
Baginda juga memiliki empat orang adik-beradik termasuk kakandanya, Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar.
KEHIDUPAN
Pendidikan awal Raja Permaisuri Agong bermula di Sekolah Taman Kanak-kanak Tunku Ampuan Mariam, Johor Bahru. Baginda seterusnya bersekolah di Sekolah Perempuan Rendah Sultan Ibrahim, Johor Bahru, dan meneruskan pendidikannya ke peringkat menengah di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru.
Baginda berkahwin dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada bulan Mac 1986. Baginda berdua telah dikurniakan dengan 4 orang putera dan dua orang puteri.
MENYENANGKAN
Kegemaran Raja Permaisuri Agong pada masa lapang ialah membaca, memasak, menjahit, bermain golf dan paling utama menjaga dan bermain-main dengan paduka-paduka anakanda serta berbakat dalam bidang penulisan.
Patik dan sekalian warga kerja Majalah Nona merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Raja Permaisuri Agong sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-61. Daulat Tuanku!
Sumber: Istana Negara
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Comel sungguh Abeer Widad, satu-satunya anak tunggal Ustazah Sharifah Khasif yang cukup terkenal dengan kemerduan suaranya tatkala mengalunkan kalam suci Al-Quran.
Abeer atau nama penuhnya Abeer Widad Muhammad Hizal yang kini berusia 6 tahun sangat rapat dan manja dengan Ustazah Sharifah Khasif. Apa yang paling membanggakan Abeer sudah pun menunjukkan kecenderungannya untuk menjadi seorang qariah yang hebat suatu masa nanti.
Sebagai ibu pastinya menjadi impian Ustazah Sharifah Khasif untuk melihat Abeer menjadi seorang anak yang solehah dan berjaya di dunia mahupun akhirat. Atas faktor itulah wanita berusia 38 tahun ini mahu memberikan yang terbaik demi Abeer.
KEKAL POSITIF
“Alhamdulillah saya sentiasa dikurniakan nikmat kesihatan yang baik. Mungkin Allah SWT tahu yang saya perlu sihat untuk menjaga Abeer dan dan keluarga. Setakat ini masih diberikan kekuatan mental dan fizikal. Saya sentiasa positif dan bersangka baik dengan Allah SWT di samping menjaga pemakanan dan kesihatan.
Kalau nak dikenangkan momen-momen menyentuh hati tu memang banyak. Lebih-lebih lagi bila Abeer tanya “Kenapa kita dua je Ummi? Kenapa ayah tak ada?” Hal-hal macam ni lah saya kena jelaskan betul-betul kepadanya. Paling penting jangan meracuni fikiran anak, itu konsep saya.”
IBU SEBAGAI CONTOH TERBAIK
“Sebagai ibu sudah tentu saya nak Abeer lebih daripada saya. Kalau boleh saya nak Abeer menjadi seorang insan yang bukan sekadar cantik bahkan cerdik, setia dan terdidik. Abeer bebas memilih kerjaya namun asasnya haruslah dengan menjadi ahli Al Quran, menjadi mutiara yang sangat berharga di sisi Allah SWT, insyaAllah.
Kita cari akhirat, dunia akan kejar kita. Saya yakin orang yang berilmu dan hidup dengan Al Quran akan diberi rezeki dan kehebatan yang luar biasa oleh Allah SWT.
Saya menjadikan ibu sebagai contoh dalam mendidik anak. Ibu seorang yang sangat sabar dalam mendidik anak-anaknya. Ibu seorang yang tak banyak cakap, pendiam namun jujur. Susah sangat nak ikut, mungkin cara saya berbeza. Saya banyak ikut cara arwah walid (ayah) beliau seorang yang tegas namun sangat penyayang.”
LAYAN ABEER SEPERTI SAHABAT
“Untuk meluangkan masa bersamanya saya tidak mempunyai sebarang masalah kerana selalunya selepas waktu persekolahan saya akan bersama Abeer. Hubungan kami memang sangat rapat dan saya memanggilnya Kakak. Selain manja, Abeer juga seorang anak yang suka bercakap, mudah mesra dan suka senyum.
Selalunya sebelum ini saya suka membawa Abeer ke taman. Biasanya kami akan bersenam bersama-sama atau pun ke shopping mall untuk makan-makan sambil bercerita hal-hal sekolah dan juga hal semasa. Saya layan Abeer macam orang dewasa, macam sahabat. Adakalanya kami melawak dan adakalanya serius, tapi bertempatlah.
Saya juga ada mengadakan kelas khas yang saya atur untuk Abeer bersama 10 kanak-kanak lain bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam pembelajaran Al Quran sejak kecil.
Mengaji satu kewajipan untuk anak-anak kecil seperti Abeer. Namun saya tak terlalu menekan kerana saya menerapkan gaya santai dan fun. Ini jugalah pendekatan yang saya gunakan untuk kelas anak-anak di Akademi of Sharifatuna Quranic Arts (ASQA). Alhamdulillah mereka seronok tapi syaratnya tak boleh ponteng kelas.
Saya juga suka bercerita dengan Abeer seperti tentang masa depan, situasi semasa dan sebagainya. Walaupun anak-anak kecil nampak seperti main-main dan tak berapa nak dengar namun percayalah mereka sebenarnya sedang cuba untuk faham.”
IMPIAN
“Saya dalam usaha nak menjadikan Abeer seorang insan yang akan meneruskan legasi sebagai qariah negara. Amin Ya Allah.. Saya dah nampak kelebihannya dari segi suara. Bakat pun dah ada. Skill saja perlu diasah lagi. Makhraj serta sebutannya jelas dan bulat-bulat, ketepatan makhraj yang sedap didengar.
Saya juga bersyukur kerana Akademi of Sharifatuna Quranic Arts(ASQA) milik saya kian mendapat sambutan ramai sejak dibuka dua tahun lalu di Rampai Business Park Setapak Kuala Lumpur. Akademi ini mencari bakat-bakat baru dalam meneruskan legasi sebagai qari dan qariah masa depan. Satu lagi cawangan ASQA ialah di Damansara Perdana. Kelas diadakan pada setiap Jumaat malam.
Impian saya seterusnya ialah ingin membuka ASQA di Melbourne pula. Niat saya untuk approach international market supaya dakwah dapat dikembangkan dengan lebih meluas, insyaAllah. Doakan yang terbaik untuk saya.”
Bagi mengekalkan kesihatan dan kecantikan luar dalam, Ustazah Sharifah Khasif mengamalkan jamu sejak usianya remaja di samping tamar dan air zam-zam yang sentiasa ada di rumahnya.
Kredit Foto: Instagram Sharifah Khasif
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seronoknya melihat kemeriahan keluarga Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina di Instagram milik Datuk Dr Sheikh Muszaphar. Mana tidaknya, pelbagai keletah dapat dilihat apatah lagi melihat penerimaan Bella, Tasha dan pasangan kembar Adam dan Noah melayan adik kembar mereka, Eusoff dan Emelia.
Posting terbaharu Datuk Dr Sheikh Muszapahar berkongsi foto keluarga lengkap dengan pasangan kembar memperlihatkan betapa pasangan ini amat mementingkan nilai kekeluargaan.
“Have always wanted a big family.But somehow I started late,” ujar Dr Sheikh di posting Instagram miliknya.
“Berkahwin pada usia 38 tahun, agak terlewat dari jangkaan awal saya dimana saya meletakkan sasaran untuk berkahwin sebenarnya pada usia 32 tahun,” ujarnya lagi.
Walaupun meletakkan sasaran berkahwin pada usia 32 tahun, namun faktor tugasan dan kerjaya sebagai doktor dan angkasawan membuatkan Dr Sheikh memutuskan untuk memberi tumpuan terhadap kerjaya sebelum membina keluarga sendiri.
“Saya sememangnya gemar kanak-kanak. Jeritan dan tangisan mereka memeriahkan kehidupan. Sesuatu yang saya tak dapat bayangkan jika tidak mendengar tawa dan tangisan anak-anak. Kini, kehidupan saya dan Dr Halina semakin lengkap dengan kehadiran enam cahayamata yang memeriahkan hidup kami.Walaupun nampak chaotic, tapi ia menyerikan kehidupan kami,Alhamdulillah,” ujar Datuk Dr Sheikh Muszaphar lagi.
Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, menerima kelahiran anak kembar buat kali kedua awal November lalu. Dalam perkongsiannya menerusi laman Instagram, Dr Sheikh Muszaphar berkata, pasangan kembar lelaki dan perempuan itu dilahirkan di Pusat Perubatan Sunway. Bayi kembar berkenaan masing-masing dilahirkan selang seminit iaitu pada jam 9.47 pagi dan 9.48 pagi.
Apa yang menarik, sebelum ini Sheikh Adam dan Sheikh Noah dilahirkan pada sambutan hari jadinya Datuk Dr Sheikh Muszaphar. Dr Sheikh Muszaphar nyata teruja kerana hasrat untuk mampunyai ramai anak dipermudahkan.
“Saya seorang yang sukakan kanak-kanak dan pada masa sama, saya mahukan anak yang ramai kerana mahu membimbing mereka yang dilihat seperti versi saya yang kecil.
“Selain itu, ada kelebihan memiliki anak yang ramai walaupun sukar untuk menjaga mereka sekarang (semasa kecil). Bila mereka sudah besar nanti, anak-anak boleh menghilangkan kesunyian apabila kami sudah tua.
Sebelum ini, Dr Sheikh Muszaphar dikurniakan anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah yang kini berusia tiga tahun. Selain anak kembar lelaki, pasangan berkenaan juga memiliki dua lagi anak perempuan iaitu Sophea Isabella, 9, dan Sophea Natasha, 7.
Beliau turut berkongsi ingin keenam-enam cahayamatanya bergelar doktor suatu hari nanti, sama seperti gelaran yang disandang oleh ibu bapa mereka.
“Dr Isabella, Dr Natasha, Dr Adam, Dr Noah, Dr Eusoff dan Dr Emelia ,” ujar Datuk Dr Sheikh yang turut berkongsi bagaimana arwah bapa tersayang memberi galakan dan dorongan untuk dirinya bergelar doktor apabila dewasa kelak.Saya percaya kerjaya sebagai seorang doktor merupakan kerjaya yang terbaik kerana ia memerlukan rasa empati yang memerlukan rasa tanggungjawab, prihatin dari dalam diri.”
“Saya menyimpan cita-cita bergelar doktor ketika berusia enam tahun. Arwah ayah, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Abdul Shukor memperkenalkan saya terhadap stethoscopes , microscopes dan buku berkaitan biologi sejak kecil lagi. Secara tidak langsung, ia menyemai minat saya untuk bergelar doktor suatu hari nanti,” ujarnya yang turut melafazkan kata-kata ‘Saya Ingin Menjadi Seorang Doktor’ sebanyak 10 kali setiap hari ketika membesar.
Mengimbas lagi memori masa kecilnya, Dr Sheikh melakukan ‘pembedahan’ pertamanya terhadap seekor katak ketika berusia 8 tahun.
“Sejak itu, saya tidak pernah mempunyai cita-cita lain selain ingin bergelar doktor. Saya bersyukur arwah ayah memberi dorongan untuk saya melestarikan cita-cita itu. Saya dapat lihat bagaimana arwah memberi dorongan dalam bentuk visual sepanjang proses membesarkan anak-anak.
“What the Mind believes , the Body can Achieve ‘ – is what Dad tells me every single day . And its only natural that I do the same to my children . AlFatihah to my late Abah,” ujarnya menutup perbualan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pejam celik perkahwinan Menteri Besar Selangor dan isteri, Datin Seri Masdiana Muhamad mencecah usia 21 tahun. Meskipun sudah lebih dua dekad hidup bersama namun kehangatan cinta dan kasih di antara mereka masih mekar.