Youtuber terkenal, Li Ziqi kini menjadi perhatian dunia. Gadis cantik berusia 33 tahun berasal dari China ini berjaya mencipta rekod dunia dalam Guinness World Records kerana memiliki jumlah subscribers terbanyak untuk saluran berbahasa Cina di YouTube.
Pengiktirafan itu diberikan pada 3 Februari 2021 dan pastinya menjadi detik bersejarah buat Li Ziqi. Li Ziqi Channel yang memaparkan gaya hidupnya di desa berjaya menarik perhatian berjuta penonton seluruh dunia.
SIAPA LI ZIQI? Dilahirkan pada tahun 1990, Li Ziqi merupakan anak yatim piatu dan dibesarkan oleh nenek dan datuknya di Mianyang, wilayah Sichuan, China. Mereka hidup dalam serba kekurangan manakala datuk Li Ziqi merupakan tukang masak di kampung untuk majlis-majlis seperti perkahwinan, keraian dan sebagainya. Dari situlah juga Li Ziqi mendapat kemahiran memasak.
Sebelum aktif sebagai Youtuber, Li Ziqi pernah bekerja di bandar besar. Dia mempelajari pelbagai ilmu kemahiran demi kelangsungan hidup dan mendapatkan masa depan lebih baik.
Namun pada tahun 2012, ditakdirkan neneknya telah jatuh sakit lalu dia membuat keputusan untuk kembali ke Sichuan untuk menjaga neneknya. Selama 8 tahun bekerja di bandar akhirnya Li Ziqi kembali ke kampung halaman demi wanita terpenting dalam hidupnya. Dia menjalani kehidupan biasa termasuk sebagai petani. Keluar rumah awal pagi dan pulang lewat petang. Begitulah rutin Li Ziqi setiap hari.
Ads
Sejak itu juga bermulalah perjalanan Li Ziqi sebagai vlogger. Hanya bermula dengan merakamkan diri sendiri lama kelamaan setelah videonya mendapat sambutan barulah Li Ziqi mempunyai team untuk membantunya menghasilkan vlog content. Pada tahun 2017 Li Ziqi menjadi selebriti online terkenal di China sebagai ‘An Oriental Lifestyle Foodie’.
KEUNIKAN VIDEO Bila menonton video Li Ziqi tidak seperti video-video yang sering kita lihat di Youtube. Ini kerana video Li Ziqi ada mesej tersendiri dalam kehidupan sebenar. Apa yang dipaparkan bukan lakonan sebaliknya rutin kehidupannya sebagai gadis desa. Karya uniknya itu benar-benar memberi impak positif terhadap kehidupan.
Antaranya ialah bagaimana dia memasak pelbagai hidangan yang dipelajari dari datuknya sejak kecil termasuklah cara membuat bakul buluh, menanam sayur-sayuran dan bertukang. Hebatnya Li Ziqi, bukan calang-calang wanita!
Menariknya lagi, tidak seperti video-video memasak yang lain Li Ziqi membuat kelainan dengan memaparkan proses menanam, menuai, memasak, menghidang dan akhir sekali menjamu hidangan tersebut bersama neneknya. Sebab itulah dia digelar sebagai “An Oriental Lifestyle Foodie”.
Ads
Ada sesetengah videonya memerlukan masa sehingga 2 ke 3 tahun untuk diproses dan disiapkan dengan sempurna. Sehingga kini, dia telah berkongsi ratusan video dengan lebih 2 bilion tontonan di saluran YouTube sejak mencipta akaunnya pada tahun 2017.
Setakat ini, videonya yang paling popular ialah cara dia membuat makanan ringan Festival Musim Bunga yang diolah dengan kacang tanah, epal dan mangga menggunakan dapur kayu tradisional. Ia mendapat 82 juta tontonan dalam masa singkat.
Ads
Selain itu, Li Ziqi mempunyai lebih daripada 5 juta pengikut di kedai dalam talian menerusi platform e-commerce Taobao. Semoga kisah Li Ziqi ini dijadikan inspirasi buat semua khususnya golongan muda.
Berikut beberapa petikan komen pengikutnya di Youtube yang cukup teruja setelah menonton video Li Ziqi.
“When I watched her videos, I felt calm, quiet, beautiful. In her videos, I could hear birds chirping, that is the sound of nature.”
“Thank you for sharing your wonderful life with us. So inspiring! “
“I love watching grandma just sitting in the sun and eating all the delicious things Lizi makes her.”
“This channel has an aesthetic sensibility beyond anything I have ever seen. Thank you, Li Ziqi, for sharing your abundant skills and appreciation of all aspects of nature.”
Mengikut laporan terkini, Li Ziqi tidak lagi memuat naik aktivitinya di YouTube hampir dua tahun. Ada spekulasi menyatakan, Li Ziqi menjadi mangsa senarai hitam pemerintah China.Li Ziqi dianggap termasuk dalam senarai hitam kerana mempunyai pendapatan besar. Namun, ada juga yang menyatakan kehilangannya itu dianggap tidak jelas dan terdapat banyak penyelewengan.
Penglibatan tiga pengadil wanita dalam saingan Piala Dunia 2022 di Qatar November ini memberi petanda baik buat sukan dan negara Arab.
Tiga pengadil wanita itu ialah Stephanie Frappart dari Perancis, Yoshimi Yamashita dari Jepun, dan Salima Mukansanga dari Rwanda.
Stephanie Frappart berasal dari Perancis..Yoshimi Yamashita anak kelahiran Jepun.Salima Mukansanga menjadi kebanggan wanita Rwanda.
Bagi Stephanie yang paling berpengalaman di kalangan ketiga-tiga pengadil wanita itu, pemilihan mereka pada sukan terbesar dunia itu adalah petanda positif daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan pihak berkuasa untuk membariskan pengadil wanita di negara tersebut.
“Saya bukan jurucakap feminis, tetapi jika ini boleh membuat perkara berlaku (positif),” ujar pengadil berusia 38 tahun itu.
Stephanie adalah salah seorang daripada 36 pengadil yang dipilih untuk kejohanan yang berlangsung dari 20 November hingga 18 Disember depan.
Mengulas pemilihan Qatar sebagai tuan rumah Piala Dunia biarpun negara itu kerap dikritik mengenai hak asasi manusia dan kedudukan wanita dalam masyarakatnya, Stephanie mengakui bahawa ‘sukan sering memainkan peranan’.
“Saya bukan pembuat keputusan tuan rumah Piala Dunia. Pihak berkuasa sudah membuat pilihan mereka.
Stephanie melakar banyak tanda aras dalam kerjayanya sebagai pegawai perlawanan dalam arena bola sepak yang didominasi oleh para pemain lelaki.
Beliau adalah pengadil wanita pertama yang mengadili Piala Super UEFA lelaki (Ogos 2019), Liga Juara-Juara (Disember 2020) dan di final Piala Perancis (Mei 2022).
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Umum mengetahui tentang berita kehamilan Dr. Amalina yang kini sedang sarat hamil (trimester) dan masih lagi bertugas. Selepas mendirikan rumah tangga dengan Alexander Charles pada 2021, Dr Amalina juga nyata tidak dapat menyembunyikan keterujaannya mendapatkan cahaya mata pertama, apatah lagi banyak berkongsi tentang perkembangan kesihatan dan kandungannya.
Baru berkongsi gambar di majlis baby shower nya, selain berkongsi perihal tersebut, Dr Amalina yang juga merupakan bekas pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan juga merupakan pakar bedah banyak menghabiskan masanya menjawab pelbagai soalan yang dilontarkan di media sosialnya terutama sekali rakyat Malaysia yang sentiasa mengikuti perkembangan semasanya.
Namun baru-baru ini, soal jawab di IG story Dr Amalina nyata mencuri tumpuan selepas beberapa soalan diajukan berkaitan manfaat yang diterima beliau selepas melahirkan. Antara soalan yang sempat dijawab adalah berkaitan berapa lama cuti bersalin yang bakal atau boleh diambil oleh Dr. Amalina selepas bersalin nanti.
Jawab Amalina, cuti bersalinnya akan bermula pada minggu yang dijangka akan bersalin malah diberi pilihan untuk menggunakan cuti sehingga setahun namun dia berkemungkinan akan cuti selama 10 bulan. Bukan itu saja, Dr. Amalina turut menerima soalan berkenaan dengan gaji yang bakal diterima sepanjang cuti bersalin dan jawapannya memang buatkan ramai melopong.
“Saya akan dapat gaji penuh untuk 5 bulan pertama lepas bersalin dari tempat kerja saya dan kemudiannya akan dibayar gaji dari kerajaan”. Ternyata perkongsian Dr. Amalina mengundang pelbagai respon dan ramai yang ‘gigit jari’ atau makan hati, dek manfaat yang diterima Dr.Amalina tidak sama seperti yang diterima di Malaysia.
Ramai juga memberikan respon Dr. Amalina beruntung kerana mendapatkan cuti yang panjang dan boleh digunakan sepenuhnya bagi memberi fokus penuh untuk anaknya. Tak sabar rasanya nak tunggu berita kelahiran anak sulung Dr. Amalina. NONA mendoakan agar semuanya dipermudahkan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gara-gara badan terlalu besar sehingga struggle naik kereta Perodua Viva, ikon kurus 200kg iaitu Aysha Alam kini buktikan mampu beli kereta mewah.
Teruja melihat transformasi bentuk badan Aysha di media sosial. Sering berkongsi perjalanan hariannya termasuk diet dan senaman, beliau berjaya mencapai berat 84kg berbanding 200kg, empat tahun lepas.
Pernah dihina kerana fizikal selain menghidap pelbagai masalah kesihatan, usahawan pempengaruh dan pengasas produk kesihatan Ezy Orange itu tidak keberatan berbahagi cerita tentang masalah berat badannya dulu.
“Sebelum ni saya pernah cuba macam-macam diet. Pernah buat diet Atkins, calorie deficit, makan telur dan sayur sahaja, tapi semua tak berhasil kerana faktor umur, selain nafsu makan yang selalu berbolak-balik.
Tapi saya mula educate diri selepas terkena penyakit kencing manis, darah tinggi, kolesterol dan jantung. Saya hasilkan produk detoks sendiri pada waktu PKP dan jadikan diri sebagai bahan uji kaji.
Ajaibnya program detoks ini betul-betul beri rasa kenyang yang lama, flush out toksin-toksin terkumpul dan boost pembakaran lemak.
Sebenarnya masa badan besar, saya ada masalah kesuburan juga. 8 tahun kami kahwin, takde anak sebab ada cyst sebesar 10.5cm dalam perut. Orang pun suka jadikan badan saya sebagai bahan jenaka, tak kurang yang hina fizikal buruk dan hitam, itu biasa.
Masa rakam journey kurus, bukan niat saya nak buka aib sendiri tapi untuk orang tahu bagaimana perasaan individu yang hidap obesiti.
Banyak liku diharungi bila badan besar, susah nak berjalan dan bergerak, masuk tandas tersangkut, naik kereta pun paha melimpah ke kerusi sebelah!
Dulu saya hanya memiliki sebuah kereta Perodua Viva 660cc. Kereta itulah yang membawa saya berniaga ke sana sini dan ia masih ada sampai sekarang,” ujar Aysha yang mesra membahasakan diri sebagai Kak Sha.
Sejak musim PKP 2021, Aysha Alam aktif berkongsi journey penurunan berat badannya sebagai motivasi kepada wanita lain. Berkat usaha dan kegigihan, beliau berjaya menguruskan badan tanpa pembedahan.
Sebaliknya hanya berbekalkan gaya hidup sihat, diet serta senaman yang berterusan ditemani amalan produk kesihatan yang diasaskan.
Terbaharu, Aysha berkongsi pencapaiannya membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz GLC 43 rona biru yang berharga RM509,000. Jom tengok momen bahagia ni…
“Takdelah hebat sangat, masyaAllah. Kalau idaman saya, kereta Lamborghini tapi belum mampu lagi. Namun saya bersyukur sangat direzekikan membeli kereta yang lebih baik seperti ini,” kongsi Aysha merendah diri.
Berkat turunkan berat badan, Aysha dan suami juga dikurniakan sepasang cahaya mata. Itulah rezeki yang paling bermakna buat pasangan ini serta yang paling ditunggu-tunggu sebagai penyambung zuriat.
Kagum dengan semangat Datuk Mastura Tan Sri Mohd Yazid dalam menimba ilmu. Mana tidaknya, pada usia 60an dia nekad menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah atau PhD.