DATO' SRI ROSSA

Setiap ibu bapa pasti mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak. Meskipun berdepan kesulitan sepanjang membesarkan zuriat, namun mereka tidak meminta pengorbanan tersebut dibalas kerana sedar anak adalah amanah daripada Yang Maha Esa. Bagi ibu bapa, menghargai jasa dan menjaga mereka dengan baik ketika sudah meniti usia emas, sudah cukup membahagiakan.

Ads

Selebriti popular Indonesia Dato’ Sri Rossa nyata ada cara tersendiri untuk menghargai kedua-dua ibu bapa. Sekitar Ogos lalu, Rossa menarik perhatian media negara seberang apabila membeli sebuah kediaman mewah yang dilaporkan bernilai 20 Miliar Rupiah atau lebih RM5 juta buat orang tuanya di Sumendang, Jawa Barat.

Pemberian itu adalah hasil titik peluh dan kerja keras Rossa sebagai anak seni selama ini. Walau mampu menghadiahkan rumah agam kepada dua insan terpenting dalam hidupnya itu, Rossa atau nama penuhnya Sri Rossa Roslaina Handiyani percaya ia tidak mampu membalas pengorbanan mereka.

Kenang Jasa Ibu Bapa, ROSSA Kongsi Rezeki Hadiahkan Banglo Mewah Lebih RM5 Juta! Kenang Jasa Ibu Bapa, ROSSA Kongsi Rezeki Hadiahkan Banglo Mewah Lebih RM5 Juta! Kenang Jasa Ibu Bapa, ROSSA Kongsi Rezeki Hadiahkan Banglo Mewah Lebih RM5 Juta! Kenang Jasa Ibu Bapa, ROSSA Kongsi Rezeki Hadiahkan Banglo Mewah Lebih RM5 Juta!

Kongsi Rossa sambil memuat naik foto di hadapan kediaman tersebut, “Kebahagiaanku. Semoga Allah senantiasa menjaga mama papa. Sihat, panjang usia dan bahagia selalu. Aamiin. Doa yang sama untuk orang tua semuanya dan Al-Fatihah untuk para orang tua yang sudah ditempatkan di sisi Allah.”

Kenang Jasa Ibu Bapa, ROSSA Kongsi Rezeki Hadiahkan Banglo Mewah Lebih RM5 Juta! Kenang Jasa Ibu Bapa, ROSSA Kongsi Rezeki Hadiahkan Banglo Mewah Lebih RM5 Juta! Kenang Jasa Ibu Bapa, ROSSA Kongsi Rezeki Hadiahkan Banglo Mewah Lebih RM5 Juta! Kenang Jasa Ibu Bapa, ROSSA Kongsi Rezeki Hadiahkan Banglo Mewah Lebih RM5 Juta! Kenang Jasa Ibu Bapa, ROSSA Kongsi Rezeki Hadiahkan Banglo Mewah Lebih RM5 Juta! Kenang Jasa Ibu Bapa, ROSSA Kongsi Rezeki Hadiahkan Banglo Mewah Lebih RM5 Juta!

Pelantun lagu Tegar ini dikatakan memiliki sumber kekayaan utama hasil kerjaya sebagai penyanyi. Dia meraih royalti lagu sehingga ratusan juta Rupiah setiap bulan daripada soundtrack sinetron atau filem.

Ads

Kenang Jasa Ibu Bapa, ROSSA Kongsi Rezeki Hadiahkan Banglo Mewah Lebih RM5 Juta! Kenang Jasa Ibu Bapa, ROSSA Kongsi Rezeki Hadiahkan Banglo Mewah Lebih RM5 Juta! Kenang Jasa Ibu Bapa, ROSSA Kongsi Rezeki Hadiahkan Banglo Mewah Lebih RM5 Juta! Kenang Jasa Ibu Bapa, ROSSA Kongsi Rezeki Hadiahkan Banglo Mewah Lebih RM5 Juta! Kenang Jasa Ibu Bapa, ROSSA Kongsi Rezeki Hadiahkan Banglo Mewah Lebih RM5 Juta!

Selain bidang nyanyian, Rossa juga mempunyai beberapa cabang bisnes antaranya termasuk perusahaan karaoke, kosmetik dan minyak wangi. Dia juga menceburi bidang jual beli hartanah yang membolehkannya meraih keuntungan berlipat kali ganda.

Ads

Sumber pendapatan Rossa juga diperoleh hasil tawaran sebagai juri bagi program hiburan di Indonesia selain menjadi duta pelbagai produk.

 

Kredit foto: Instagram Rossa

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI