Bagi mereka yang baru memulakan bisnes seharusnya memilih mentor atau ‘sifu’ agar tidak tersasar dari landasan sebenar. Sebab itulah pentingnya nasihat mahupun pandangan dari seorang yang bergelar pioneer seperti Mona Din ini. Pengalaman dan ilmunya sangat mahal. Baginya, tanpa cabaran bukanlah bisnes namanya.

Mona Din, satu nama besar dalam industri fesyen Muslimah sekaligus menjadi pelopor di Malaysia. Beliau merupakan pengasas butik terkenal Hajaba, Women of Jannah, Umrah Hajj serta Leesa Formula dan Serenity Spa. Suatu ketika dulu jenama-jenama ini pernah menceruskan fenomena tersendiri.

IKLAN

Nona kongsikan perkongsian video Nona Superwoman Talk oleh Mona Din.

“Prinsip di dalam bisnes pertamanya mesti jujur dan ikhlas. Mesti buat homework betul-betul, mesti tahu bisnes apa yang kita nak buat. Ini selalu saya pesan, bila kita hendak buat sesuatu bisnes jangan hanya terpesona kepada yang indah sahaja, yang berjaya sahaja. Teruja melihat hasil yang juta-juta sahaja.

Mungkin kita tidak perasan yang berjaya itu tidak ramai. Mungkin ada 2-3 nama saja yang besar, yang berjaya. Maknanya bukan mudah untuk buat bisnes walau di mata nampak macam senang. Hakikatnya ramai yang tak ke mana.

Kerana Tak Mahu Berhutang, MONA DIN Jual 2 Kereta Mewah Miliknya Demi Leesa FormulaJadi prinsip utamanya ialah homework. Seterusnya, jaga kewangan betul-betul. Jangan berniaga syok sendiri. Orang lain buat marketing besar-besaran mungkin dia ada duit. Mungkin juga dia dapat support dari keluarga. Namun, saya selalu tegaskan kalau boleh jangan berhutang untuk buat bisnes.

Jika kita ada dana atau bantuan kerajaan, boleh ambil tetapi mesti bayar. Berusahalah untuk bayar. Tetapi ramai yang ambil kesempatan atas bantuan yang diberikan. Maka saya tegaskan, kalau kita berhutang tak kira dengan sesiapa pun tetapi jika tiada usaha bersungguh-sungguh untuk membayarnya rezeki kita tidak akan berkat.

Kerana Tak Mahu Berhutang, MONA DIN Jual 2 Kereta Mewah Miliknya Demi Leesa FormulaBila tiada keberkatan dalam mencari rezeki susah hendak berjaya tidak kiralah bisnes atau kehidupan. Allah Maha Melihat dan Maha Mendengar. Usaha itu yang penting walau berapa pun jumlah yang hendak dibayar.

Kita tidak akan rugi kalau membayar hutang. Allah SWT akan melimpahkan lagi rezeki. Jika ada hutang pastikan bayar. Semasa saya buat bisnes dahulu, saya dan suami berusaha untuk tidak membuat hutang.

IKLAN

Kerana Tak Mahu Berhutang, MONA DIN Jual 2 Kereta Mewah Miliknya Demi Leesa FormulaKerana Tak Mahu Berhutang, MONA DIN Jual 2 Kereta Mewah Miliknya Demi Leesa FormulaKetika hendak memulakan bisnes Leesa Formula, saya memerlukan RM200 ribu. Apa yang saya buat ialah menjual 2 buah kereta milik saya. Lepas jual kereta saya dapat kumpul RM150 ribu. Lagi RM50 ribu daripada simpanan sendiri. Jadi saya memulakan bisnes tanpa sebarang hutang.

Paling menakjubkan bila kita niat tidak mahu berhutang sepanjang bisnes walau ada macam-macam pelawaan seperti dana dan sebagainya tapi saya tolak kerana merasakan ia bukan keperluan saya. Selain itu, saya tak mahu mengambil sesuatu yang bukan hak saya. Kalau nak buka kilang pun saya mampu sebab Allah SWT dah berikan saya rezeki. Alhamdulillah bisnes saya berjaya.

Kerana Tak Mahu Berhutang, MONA DIN Jual 2 Kereta Mewah Miliknya Demi Leesa FormulaKerana Tak Mahu Berhutang, MONA DIN Jual 2 Kereta Mewah Miliknya Demi Leesa FormulaKerana Tak Mahu Berhutang, MONA DIN Jual 2 Kereta Mewah Miliknya Demi Leesa FormulaApa yang nak saya tekankan ialah keberkatan dalam bisnes terutama menggunakan wang daripada hak orang lain saya melihat keberkatan itu sampai ke hari ini. Sampailah saya nak bersara sebab bisnes saya dah banyak cabaran. Ketika itu saya agak risau kerana ada komitmen anak sedang belajar di luar negara, hartanah yang perlu dibayar tetapi bila bersara sejak 6 tahun lalu Allah SWT mengatur hidup saya sangat baik.

Kadang-kadang sampai saya sendiri terfikir dari mana datangnya rezeki itu datang, cara Allah memberikan rezeki itu di tapak tangan sangat mengharukan. Contohnya, bila saya berniat untuk mencari hartanah untuk dibuat weekend house. Saya dah pergi ke merata negeri dan telah pun membeli hartanah di Hulu Langat hampir 1 juta.

IKLAN

Kerana Tak Mahu Berhutang, MONA DIN Jual 2 Kereta Mewah Miliknya Demi Leesa FormulaTapi bila saya kaji semula rupanya tanah di situ ada masalah dari segi struktur dan saya rasa dah terlalu banyak melabur di situ akhirnya saya membatalnya. Kemudian Allah SWT beri saya tanah di Janda Baik, Pahang sebanyak 2 ekar. Kebetulan masa tu saya patut beli satu lagi tanah di Batang Kali. Saya ajak seorang kawan yang merupakan rakan sekolah saya memandangkan saya tak mampu dari segi harga dan satu lagi kawasan tu besar.

Saya tanya kawan mahukah dia kongsi. Dia jawab boleh. Dia memang baik dan sering sokong saya. Tetapi saya tak jadi beli di Batang Kali tu sebab dapat tanah di Janda Baik yang hanya 2 ekar. Sepatutnya saya ambil 2 ekar tu tapi disebabkan kawan saya dah bersetuju untuk kongsi tanah yang saya tak jadi beli tu jadi saya ajak kongsi tanah di Janda Baik. Struktur tanahnya sangat cantik, harga pun puas hati. Jadi kami ambil setengah-setengah dan kongsi kos.

Kerana Tak Mahu Berhutang, MONA DIN Jual 2 Kereta Mewah Miliknya Demi Leesa FormulaMaka prinsip saya, selain jangan ambil hak orang kita juga mesti jujur dan ikhlas. Kita jangan tamak bila Allah SWT berikan sesuatu. Jangan pentingkan diri sendiri. Sebagai menghargai saya sanggup bersusah payah dengan kawan yang sentiasa bersama di kala saya susah mahupun senang. Bila Allah SWT memberikan sesuatu yang sangat baik saya tak mahu lupakan dia.

Kesimpulannya jujur, ikhlas, amanah, jangan tamak dan jangan ambil hak orang. Kalau kita boleh hidup dalam dasar seperti itu nescaya kita boleh berjaya di dunia mahupun akhirat, Insha-Allah.”

Kini Mona Din telah pun bersara dari dunia bisnes kerana mahu menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap keluarga dan ibadah.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI