Hampir tiga minggu kita dalam Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP). Sudah 57 kematian dicatatkan setakat 4 April 2020. Semua sudah sedia maklum akan simptom-simpton yang dihadapi pesakit. Ia lebih berat apabila wabak sudah semaki merebak, ia menyekat saluran pernafasan. Bagi perokok tegar, mungkin tiba masanya untuk anda tinggalkan tabiat merokok.

Ok, jom kita baca satu per satu tip untuk anda yang dah tanam azam untuk berhenti merokok…

IKLAN

Cari sebab

Bukan cari pasal tau! Anda tanya diri sendiri kenapa anda memilih untuk berhenti rokok. Cari alasan yang paling power supaya semangat anda pun lebih kuat untuk berhenti merokok. Mulakan dengan niat dan akhiri dengan satu pencapaian ok!

Kes COVID-19 Semakin MENINGKAT, Tiba Masa Untuk PEROKOK BERHENTI MEROKOK!

Persediaan awal

Memang susah untuk berhenti merokok kerana ia bukan sekadar berhenti begitu sahaja. Otak yang sudah lama ‘dipenuhi’ nikotin perlukan masa beransur-ansur untuk pulih. Terdapat kes di mana perokok yang berhenti merokok mengalami gejala gian atau withdrawal. Tanda-tandanya:

  • Perasaan murung
  • Sukar tidur
  • Mudah marah
  • Rasa runsing dan bimbang
  • Sukar berfikir dengan jelas dan tenang
  • Merasa lapar dan peningkatan berat badan

 

Jika anda berazam untuk berhenti merokok, anda boleh mendapatkan bantuan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia yang menyalurkan perkhidmatan berhenti merokok di seluruh negara menerusi lebih dari 200 klinik dan hospital terpilih.

Kes COVID-19 Semakin MENINGKAT, Tiba Masa Untuk PEROKOK BERHENTI MEROKOK!

Tahan nafsu

Selepas makan, anda tahan diri daripada terus merokok. Selama mana anda mampu mengelakkanya, cubalah elak. Ini akan membantu keinginan diri untuk belajar menahan nafsu.

Kes COVID-19 Semakin MENINGKAT, Tiba Masa Untuk PEROKOK BERHENTI MEROKOK!

Sokongan yang tersayang

Khabarkan kepada pasangan, keluarga dan teman-teman rapat azam baharu anda. Mereka pastinya akan memberikan galakan dan membantu anda untuk mencapai matlamat diingini. Kalau boleh, cuba elakkan diri daripada bersama dengan perokok kerana anda mungkin akan terjebak sama.

Kes COVID-19 Semakin MENINGKAT, Tiba Masa Untuk PEROKOK BERHENTI MEROKOK!

Berikan ‘me time’

IKLAN

Salah satu sebab mengapa ramai memilih untuk merokok adalah atas alasan, merokok menenangkan (mungkin hanya secara psikologi). Cuba cari ketenangan itu dengan kunjungan ke spa atau melakukan senaman di taman-taman. Anda juga boleh mula berjinak-jinak dengan muzik, bergaul dengan teman atau cari hobi menarik.

Kes COVID-19 Semakin MENINGKAT, Tiba Masa Untuk PEROKOK BERHENTI MEROKOK!

Membersihkan rumah

Sebaik sahaja anda sudah memasang niat untuk berhenti merokok, bersihkan dan buang punting rokok dan mancis api yang digunakan. Cuci pakaian yang terkesan dengan bau asap rokok serta segarkan rumah dengan haruman yang boleh menghilangkan bau asap.

Kes COVID-19 Semakin MENINGKAT, Tiba Masa Untuk PEROKOK BERHENTI MEROKOK!

Jangan putus asa

IKLAN

Jangan mudah mengalah. Kembali kepada niat asal anda untuk berubah.

Sayuran dan buah-buahan

Setiap kali anda terasa untuk merokok, cuba alihkan perhatian dengan menikmati snek ringan yang enak. Saderi, lobak merah, pisang dan betik mempunyai rasa yang kuat dan boleh membantu menghilangkan rasa untuk merokok. Cubalah!

Kes COVID-19 Semakin MENINGKAT, Tiba Masa Untuk PEROKOK BERHENTI MEROKOK!

Reward untuk anda

Selain untuk menjaga kesihatan, berhenti merokok juga memberikan kelebihan lain iaitu penjimatan. Bayangkan harga sekotak rokok yang melambung tinggi itu digunakan untuk membeli barangan kegemaran anda. Atau gunakanlah untuk melancong atau apa sahaja yang boleh menggembirakan anda.

Kes COVID-19 Semakin MENINGKAT, Tiba Masa Untuk PEROKOK BERHENTI MEROKOK!

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI