Pasti ramai yang mengimpikan kenaikan pangkat di tempat kerja, bukan? Mahu majukan diri, dapat gaji lebih tinggi serta faedah kerja yang hebat… Oh, apa yang patut dibuat?

IKLAN

Mengipas bos? Guna penampilan cantik untuk menggoda ketua? Pengaruh politik di pejabat? No no... Ada cara beretika untuk naik pangkat tanpa sebarang taktik kotor. Semak 10 tip ini sebagai panduan anda.

IKLAN
IKLAN

Kipas & Aircond Bos, Istilah Untuk SI LICIK Di Pejabat. Cuba Guna Cara Ini Untuk Naik Pangkat Dengan TERHORMAT

  1. Ketahui kelebihan dan kekurangan diri. Tanya diri anda di mana kedudukan anda sekarang? Apa kelebihan anda yang membolehkan anda dinaikkan pangkat? Apakah kekurangan anda yang perlu diperbaiki untuk mendapatkan jawatan tersebut.
  2. Anda perlu mempunyai objektif. Hanya sekadar bercakap kosong tidak mendatangkan apa-apa. Anda perlu jelas mengenai jawatan yang ingin dicapai.
  3. Harus ada perasaan bangga, bersabar dan percaya dengan apa yang anda lakukan. Orang yang dinaikkan pangkat selalunya yang membuat kerja dengan bersungguh-sungguh, tidak kiralah jika kerja itu kecil mahupun besar. Mereka percaya dengan diri sendiri.
  4. Lengkapkan diri dengan ilmu atau pengalaman agar bersedia mengambil tindakan. Ikuti kursus tertentu, kelas mahupun membeli buku-buku yang berkaitan. Ia akan membantu anda membuat kerja dengan lebih baik.
  5. Melihat cabaran sebagai kelebihan. Jika ingin dinaikkan pangkat, jadikan cabaran sebagai peluang untuk dinaikkan pangkat. Jangan merungut dengan kerja keras atau membandingkan kerja anda dengan pekerja lain. Bos anda pun pasti tidak menyukai perkara ini.
  6. Mengetahui peranan dan kedudukan anda dalam tugasan. Mempunyai semangat bekerjasama jika ia kerja berkumpulan. Jika anda seorang ketua, uruskan ahli kumpulan dengan baik.
  7. Lakukan setiap tugasan dengan cara yang terbaik. Jangan hanya menjadikan kejayaan terdahulu sebagai sebab untuk anda tidak melakukan yang terbaik.
  8. Melakukan sesuatu lebih daripada biasa. Tawarkan diri untuk melakukan sesuatu tugasan dan mencari inisiatif bagi melalukan dengan lebih baik. Bos selalunya suka dengan orang yang membantu mereka menyelesaikan masalah.
  9. Menjaga penampilan kerana ia juga sangat penting. Pastikan anda sentiasa berada dalam keadaan kemas dan teratur. Anda pasti tidak mahu menjadi seorang ketua yang berpakaian selekeh, bukan?
  10. Melaksanakan tugas untuk pangkat seterusnya. Jika anda hanya melakukan kerja anda sekarang, maka akan lebih lama lagilah anda berada di tahap yang sama. Seharusnya, anda mencuba tugasan untuk jawatan lebih tinggi jika diberi peluang. Amy Mohd
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI