Dato’ Pandelela Rinong sememangnya menjadi ikon dan inspirasi generasi muda hari ini. Namanya bukan hanya terkenal dalam kalangan peminat sukan negara. Malah, tersohor sebagai atlet renang bertaraf dunia yang sering menggentarkan pihak lawan dengan kemampuan luar jangkaan setiap kali beraksi dalam sesebuah pertandingan.
Dilahirkan di sebuah perkampungan Bidayuh, Kupuo Jugan di Bau, Sarawak, Dato’ Pandelela Rinong Anak Pamg mempunyai tiga adik-beradik iaitu seorang abang dan dua adik perempuan. Bapa Dato’ Pandelela bekerja sebagai kontraktor manakala ibunya seorang suri rumah. Ketika kecil, atlet ini bercita-cita menjadi pramugari kerana mahu mengembara ke seluruh dunia.
Keluarganya berpindah ke Kuching ketika dia berusia lima tahun. Mungkin sudah suratan takdir, sekolah tempat Dato’ Pandelela belajar dikunjungi jurulatih sukan yang ketika itu sedang mencari pelajar berpotensi dalam sukan akuatik.
Credit Instagram @pandelelaCredit Instagram @pandelela / Di samping ibu tersayangCredit Instagram @pandelela / Pandelela bersama ayah tersayang
Daripada ratusan pelajar yang ada, Dato’ Pandelela menjadi salah seorang yang berjaya menarik perhatian jurulatih berkenaan. Ini kerana dalam pemilihan tersebut, tindakan berani Dato’ Pandelela membuat terjunan dari platform 5 meter dilihat satu perkara yang luar biasa bagi kanak-kanak berumur lapan tahun.
Selepas mewakili Sarawak dan memenangi pingat emas serta perak dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2006, Dato’ Pandelela mendapat tawaran Majlis Sukan Kebangsaan untuk menyertai pasukan negara pada tahun 2007. Selaku atlet kebangsaan, dia perlu menjalani latihan selama lapan jam sehari, enam kali seminggu.
Sepanjang pembabitannya sebagai atlet terjun negara, pelbagai kejayaan dikecapi gadis Bidayuh ini. Apa yang pasti, bakat dan pencapaian cemerlang bekas Olahragawati Kebangsaan 2012 tersebut umpama memberi ‘nafas baru’ dan mengubah nasib keluarganya ke arah yang lebih baik.
Ads
Berkongsi pengalaman zaman kanak-kanaknya di Instagram, Dato’ Pandelela mendedahkan, “I didn’t have many things that I always wanted. When I was 5, I saw this miniature kitchen toy outside of this shop, so I pulled my dad’s hand and ask him to buy it for me.
He declined, making me upset and throwing tantrum. “Kalau daddy beli untuk kamu nanti sekejap saja kamu main, esok lusa daddy yang kemas” that’s what he said. The little me still persistent and crying, so my dad just buy it, and I play chef that night happily.
The next day, it became just like any other toys that my dad helped to put away while the little me forget our promise.
Ads
Since then every time I want to have something unnecessary, he will remind me above story, and when I grew older, he will say “Lebih baik beli makanan, lagi kenyang, perut pun happy”.And that’s one of the many life stories that I have with my dad, which also taught me to value needs rather than wants, and a food lover.”
Jelas anak kepada Hartini Lamin dan Pamg Joheng ini lagi, “At the age of 14, I left home to pursue my career as a national diver to achieve my goals in making my family proud and bringing honour to my country, Malaysia. It is not an easy journey to be honest. With a tight schedule everyday and far from home, I need to learn to be independent myself.
As I gradually improve in diving, I surprised myself when I qualified for my first Olympic Games in Beijing at the age of 15. Since then, I forced myself to think wiser than my age and set long term goals to compete in more Olympics.
Ads
Fast forward to 2012 London Olympic Games, my physical and mental were tested, but in the end I won my first ever Olympic medal. 4 years later in Rio Olympics, the expectations were definitely higher this time but I came back home with a silver.”
Berkat usaha dan kerja keras, Dato’ Pandelela berjaya melakar sejarah apabila bergelar atlet wanita pertama meraih pingat Olimpik untuk negara.
Hujung Mac lalu, Dato’ Pandelela dan Datuk Leong Mun Yee menerima anugerah Pasukan Wanita Terbaik dalam majlis Anugerah Sukan Negara 2019/2020.
Harapan Nona semoga segala kejayaan Dato’ Pandelela dapat menyuntik semangat buat seluruh rakyat Malaysia dan kaum wanita khususnya untuk terus berjaya!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kagum dengan semangat anak seni ini. Mempunyai nama besar dalam industri seni tanah air, kesungguhan Dr Norzizi Dato’ Zulkafli menimba ilmu dan memartabatkan seni sememangnya wajar dijadikan inspirasi. Bersandarkan pencapaiannya dalam akademik dan karier seni, wanita kreatif ini wajar diangkat sebagai ikon anak seni berjaya!
Kejayaan Dr Norzizi menamatkan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Seni, Bahasa Inggeris dan Media di University of Wollongong, Australia sekitar tahun 2017 menjadi bualan ramai.
Apatah lagi waktu itu tiga anaknya masih kecil dan baru berusia lima, tiga dan dua tahun. Namun atas sokongan suami tercinta, Bayu Utomo Radjikin, Dr Norzizi mampu merealisasikan hasrat menggenggam PhD.
Kini, anak kepada seniman Allahyarham Dato’ Zulkafli Zain dan Datin Normala Omar ini merupakan Ketua Pengajian Seni Persembahan di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Difahamkan dia diberi kepercayaan menggalas tugas itu sejak tahun 2017 lagi.
“Saya akan menyambung semula lantikan selama dua tahun lagi. Memegang Ketua Jabatan sejak 2017. InshaAllah ini term yang terakhir. One more term to go! Terima kasih buat para Pensyarah Pengajian Seni Persembahan yang sentiasa menyokong dan memberikan kerjasama yang terbaik buat jabatan.
Terima kasih dan love semua! Terima kasih buat Pengurusan Tertinggi Kolej Pengajian Seni Kreatif dan UiTM. Dengan bismillah, kita teruskan lagi tugas kita semua dan moga saya mampu memberikan yang terbaik, satu term lagi. Ayuh, team Seni Persembahan!”
5 Mac lalu, dia berpeluang mengadakan persembahan Monodrama Autobiografi ‘Dan Di Senja Itu’ di Institut Seni Indonesia Padang Panjang. Bakat yang dipertonton kepada khalayak cukup memukau dan meraih pujian!
Sebelum ini, Dr Norzizi terkenal sebagai pengacara program kuiz kanak-kanak itu ‘Di Mana Joe Jambul’ pada tahun 1990an.
Dia juga pernah membintangi filem Syukur 21, Cicakman dan pementasan teater Throne of Thorns.
Moga pencapaian membanggakan Dr Norzizi sebagai anak seni, pensyarah, ibu dan isteri menjadi suntikan semangat buat lebih ramai wanita agar terus mengejar impian.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Hazama dan isteri tercinta iaitu Genervie Kam sudah pun mencecah usia tujuh tahun. Kian bahagia melayari alam perkahwinan, pasangan romantis ini merupakan antara selebriti tanah air yang ‘humble’ dan cukup bersederhana.
Meskipun kedua-dua mereka mempunyai nama besar dalam industri muzik dan bakat yang dimiliki tiada tolok bandingan namun Hazama mahupun Genervie enggan mendongak ke langit.
Sebaliknya penyanyi dan pemuzik hebat berkenaan selesa berada di kelas tersendiri.
Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi bukan hanya terkenal kerana kemampuan vokal yang memukau. Bahkan dia juga berbakat dalam dunia lakonan.
Sementara Genervie pula merupakan pemuzik tanah air yang berpengalaman luas dan main mengendalikan alat muzik seperti piano, violin, dan bergelar pengarah muzik serta konduktor orkestra.
Jika sebelum ini kelibat Datuk Ramli MS menjadi mastermind bagi sesebuah konsert atau program hiburan berskala besar, Genervie pula mewakili kaum wanita dalam bidang sama.
Malah kemunculannya di program final Gegar Vaganza dan Anugerah Juara Lagu menarik tumpuan peminat seni. Hebat suri hati Hazama ini!
Usai bertindak sebagai Pengarah Muzik AJL ke-38 pada Mac lalu, Genervie turut diberi kepercayaan mengemudi Music Travel Love Asia Tour 2024 Concert pada hujung April lepas.
“I would like to take this opportunity to thank Kawai Malaysia for their support in sponsoring this beautiful digital upright piano for our feature on Music Travel Love Asia Tour 2024 Concert alongside the awesome singer Marsha Milan and the talented Nisa the Dina.”
Genervie Kam sah bergelar isteri Hazama pada 15 Januari 2017.
Tujuh tahun hidup bersama, pasangan ini bagaimana pun belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata. Namun kedua-duanya reda menerima takdir berkenaan.
Sebelum ini Hazama pernah mendedahkan hasrat dia dan isteri untuk menjalani rawatan kesuburan In Vitro Fertilization (IVF). Bagaimana pun terpaksa menangguhkan sementara niat itu atas kekangan kerja.
Semoga perkahwinan Hazama dan Genervie Kam kekal bahagia sampai syurga. Juga, impian mereka dimakbulkan Allah SWT.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Che Puan Sarimah Ibrahim pernah menghiasi ruang Tetamu Diraja Majalah Nona untuk edisi Mac 2017 bersama suami tercinta. Suatu masa yang agak panjang. Ketika itu apabila ditanya tentang kehadiran cahaya mata, tuturnya lembut, “Siapa yang tidak mahu menimang anak untuk melengkapkan kehidupan suami isteri. Kami berdua juga mahu mendengar tangisan bayi seperti pasangan lain. Selain berusaha kami berdoa agar suatu hari nanti ada khabar gembira itu,” bicaranya.
Akhirnya doa pasangan sama cantik sama padan ini telah dimakbulkan oleh Allah SWT. Dua hari lalu Che Puan Sarimah telah berkongsi khabar gembira di laman Instagramnya mengumumkan beliau telah hamil, empat bulan. Memang tidak dapat digambarkan kegembiraan pasangan dua sejoli ini. Benar kata orang, rezeki Allah SWT tak pernah salah alamat.
Che Puan Sarimah turut menzahirkan rasa syukur dan keterujaannya buat pertama kali bakal bergelar ibu pada usia 41 tahun. “A wonderful gift from heaven,” kata Che Puan Sarimah yang telah mengikat ikatan perkahwinan dengan cucunda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, 46 tahun, atau lebih mesra disapa Tunku Jamie. Pasangan ini bakal menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke4 pada bulan April nanti.
Imbas semula perkenalan pasangan diraja ini, kedua-duanya nyata saling tidak mengenali antara satu sama lain. “Di awal perkenalan Tunku Jamie menonjolkan dirinya seorang yang peramah dan hanya memperkenalkan dirinya sebagai Jamie. Pertemuan demi pertemuan saya mula sangsi dengan status sebenar dirinya.
Saya melakukan research di Google dan menemukan jawapan sebenar. Sifatnya yang tidak meninggi diri itu benar-benar memikat hati saya. Jangan tidak percaya beliau merupakan jejaka Melayu pertama yang memberanikan diri mendekati saya,” ungkap menantu kepada Tunku Kecil Besar Tunku Datuk Mudzaffar Tunku Mustapha dan Tunku Dara Tunku Tan Sri Naquiah Tuanku Jaafar ini.
Tambah Tunku Jamie, “Saya juga tidak mengenali siapa sebenarnya Sarimah Ibrahim ini. Saya tahu dia seorang selebriti tetapi tidak tahu apa yang dia buat. Pernah melihatnya di majlis-majlis tertentu juga di majalah lalu saya pun membuat research di Google. Pencarian tentang dirinya tidak sukar dan baru saya tahu bahawa dia seorang pengacara popular, pelakon dan penyanyi.
Sesudah mengetahui dirinya pengacara radio Mix Fm saya mula mengubah selera mendengar saluran itu. Saya juga belajar mengenalinya dengan mendengar single Sarimah yang menampilkan penyanyi pop UK, Simon J Bailey dengan lagu You On My Mind,” ujar Tunku Jamie.
“Sebenarnya kami berdua mempunyai banyak persamaan. Kami berdua suka melancong, kedua-dua kami merupakan anak sulung, menikmati pilihan muzik genre yang sama, berkongsi horoskop sama dan kami berdua mempunyai darah keturunan Irish. Sarimah gemar bersenam dan setiap hari dia pasti menghabiskan masa di gym. Mula-mula saya hanya menemaninya bersenam tetapi kini saya juga sudah ketagih bersenam. Saya dapat menurunkan berat badan sebanyak 7 kilogram dalam masa empat bulan,” bicara Tunku Jamie ketika ditemu bual dahulu.
Gambar: Instagram @sarimahibrahim
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!