Siapa yang tak mengenali pasangan kesayangan ramai, usahawan selebriti terkenal Neelofa dan suami PU Riz atau Haris Ismail.

IKLAN

Dalam mana-mana rumahtangga, suami dan isteri masing-masing haruslah matang dan bijak dalam menunaikan tanggungjawab terutama sekali ketika berhadapan dengan masalah agar jangan dibiarkan berlarutan.

“Kita Kena Gosok-Gosok, Peluk-Peluk Sikit..” – NEELOFA Dedah Cara ‘Manja’ Pujuk Jika Suami Merajuk “Kita Kena Gosok-Gosok, Peluk-Peluk Sikit..” – NEELOFA Dedah Cara ‘Manja’ Pujuk Jika Suami Merajuk

Masalah komunikasi dan memendam perasaan, ia boleh membawa kepada kemudaratan dan kedua-duanya bermasam muka. Dan baru-baru ini, Neelofa tampil mendedakan ‘tips’ untuk memujuk suami yang sedang merajuk.

@harisneelofa Siapa je tak cair kalau macam tu 🤭 tapi yeke pak ustaz tak pernah merajuk ke malu nak mengaku 🫣😂😂 #nunha #neelofaharis ♬ original sound – Nunha


Neelofa berkongsi cara yang digunakannya untuk memujuk suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail. “Kalau Ustaz merajuk nak pujuk dia senang je, kita kena gosok-gosok sikit, peluk-peluk sikit. Cakap minta maaf sayang. Gelak-gelak sikit. Lepas itu, manja-manja la sikit,” kata Neelofa.

Walau bagaimanapun, Haris sempat mencelah sambil berseloroh,  menafikan dirinya merajuk dan menyatakan itu sebagai satu ‘didikan’. Selepas itu, Neelofa sempat memaklumkan bahawa Haris merupakan seorang yang mudah ‘cair’ dengan pujukannya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan ‘tips’ yang dikongsi Neelofa. Selain itu, terdapat juga segelintir netizen yang bersetuju dengan cara yang digunakan Neelofa kerana kebanyakan lelaki atau para suami memangsuka dengan pujukan daripada si isteri.

IKLAN

Untuk informasi, Neelofa dan suami, Haris bergelar suami isteri sekitar bulan Mac 2021 dan kini sudah memiliki seorang anak lelaki, Bilal dan Neelofa kini hamil anak kedua.

***

IKLAN

Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI