
Umpama sebuah oasis di padang pasir, itulah ungkapan yang boleh mendefinisikan koleksi raya DISNEYxMIMPIKITA. Ketika melalui detik sukar sepanjang pandemik, “The Oasis” membawakan idea ketenangan dari masa sukar.
Simbolik kepada koleksi ini adalah sebuah harapan. Justeru, kempen ini adalah untuk menambahkan keceriaan anda di hari lebaran tahun ini walau dalan suasana norma baharu.
Tahun ini, Mimipikita menyuntik magical Arabian vibes ketika ia memulakan kerjasama kedua bersama The Walt Disney Malaysia. Diilhamkan dari filem klasik animasi Disney, Aladdin, koleksi ini menampilkan cetakan tebal dan elegan serta menjadikan Puteri Jasmine sebagai ikonik.
Seorang puteri yang bersemangat dan berani dan memiliki kecantikan yang tiada tandingan. Dengan gabungan beberapa pengaruh termasuk elemen Timur Tengah yang kaya dengan warna serta tekstur, maka terhasilnya koleksi yang cukup klasik dan feminin ini.
Mimpikita memperkenalkan corak cetakan khas baru yang menggabungkan elemen fantasi dengan lambang kekuatan dan keanggunan Puteri Jasmine. Buat pertama kalinya, turut dilancarkan oleh Mimpikita ialah koleksi raya untuk kanak-kanak bermula usia 1 hingga 12 tahun.
Koleksi boleh didapati dalam talian di https://mimpikita.com.my dan butik Mimpikita di Bangsar.
Handbag…Ohh Handbag… BIJAN Mula Mendapat Tarikan Wanita Seluruh Dunia!

Kali ni nak cerita tentang beg tangan wanita atau handbag. Wanita dan handbag sememangnya tidak dapat dipisahkan. Handbag juga adalah aksesori paling dekat dengan wanita kerana tidak kira apa juga status anda ia menjadi pelengkap gaya paling asas dalam berfesyen dan ia juga memainkan peranan yang penting dalam penampilan seseorang.
Terdapat pelbagai jenis handbeg di luar sana. Untuk setiap style dan majlis ada setiap jenis beg yang berbeza untuk melengkapkannya. Begitu juga dengan jenama-jenama handbag yang menjadi pilihan setiap wanita untuk digayakan.
Magisnya jenama-jenama ini lakukan untuk anda sebagai pengguna bukan sahaja menjadi sebahagian aksesori, mereka juga mencipta sesuatu yang lebih besar daripada seni. Hasil kreativiti mereka sebenarnya menonjolkan keperibadian kepada seseorang wanita dan menyuntik keyakinan dalam diri kerana dalam setiap pemilihan dan penggayaan beg tangan, ia terselit rahsia disebalik peribadi seseorang itu sendiri.
Ini antara contoh jenama beg tangan popular dan mahal yang menjadi pilihan wanita di seluruh dunia!
PRADA
Prada ialah jenama Itali yang popular bagi kelengkapan lelaki dan wanita dan menghasilkan pelbagai produk lain seperti baju dan kasut. Ditubuhkan pada 1913 oleh Mario Prada yang memang menciptakan produk kulit yang mewah untuk kalangan orang kaya dan berpengaruh. Keistmewaan produk Prada adalah diperbuat daripada genuine leather.
LOUIS VUITTON
Ditubuhkan pada tahun 1854 oleh seorang lelaki bernama Louis Vuitton. Hari ini, LV adalah jenama yang paling berkuasa antarabangsa dan setiap wanita mengimpikan memiliki setidak-tidaknya satu handbag LV dalam koleksi mereka.
BIJAN
Jenama ini diasaskan di Los Angeles oleh seorang ahli perniagaan Pakzad Bijan. The House of Bijan, yang terletak di Rodeo Drive, Beverly Hills sejak 1976, menggambarkannya sebagai kedai atau butik mewah paling mahal di dunia di mana untuk memasukinya perlu melalui temujanji sahaja!
Apa yang menariknya lagi, pelanggan yang menggunakan jenama ini bukan calang-calang orangnya. Antara pelanggan VVIP Bijan ialah bekas-bekas Presiden Amerika Syarikat seperti George Bush dan anaknya, Barack Obama, Ronald Reagan dan Bill Clinton. Selain itu pemimpin Arab, Raja Salman, ahli politik terkenal yang lain seperti Tony Blair dan Vladimir Putin turut merupakan pelanggannya.
Butik Bijan di Los Angeles mengalu-alukan kedatangan pelanggan dengan menempatkan sebuah kereta Bugati Veyron bernilai AS$2 million dan lukisan seni Fernando Botero bernilai jutaan ringgit di dinding luar sebagai sebahagian daripada aksesori dekorasi.
Selain itu, butik ini juga meletakkan papan tanda, “Welcome to Bijan, “the world’s most expensive store”.
Wow, tengok papan tanda pun dah tahu mahal.
HERMES
Perniagaan ini dimulakan pada tahun 1837 di Paris. Beg tangan paling mahal yang terjual adalah jenis Matte crocodile birkin bag pada harga USD$20,000 dan beg tangan kulit buaya dengan bertatahkan berlian pada harga $120,000.
CHANEL
Tipu siapa yang tak kenal dengan Chanel. Betul tak? C saling adalah logo tercinta wanita di seluruh dunia. Di asaskan oleh Gabriellle Chanel pada tahun 1909. Antara selebriti antarabangsa yang dilihat memakai Chanel ialah Kristen Stewart, Nicole Kidman dan Liu Wen.
Sumber: Instagram, fmt news
Dah Lama Tak Jenguk Mall? Kalau Pergi, Inilah Butik Wajib Kunjung Sebelum Hari Raya!

Isu keluar rumah selepas arahan PKP dilonggarkan mendapat reaksi berbeza-beza. Keperluan mencari barang di shopping mall umpamanya, antara perang psikologi masyarakat yang paling diperdebatkan, selain desakan menyambut Hari Raya itu sendiri.
Persoalan yang subjektif namun tidak adil jika kita menyelar pihak yang memilih untuk membeli-belah, semata-mata kerana fahaman COVID-19 yang berbeza. Sedangkan cita rasa makanan pun tak sama, inikan pula gaya hidup seseorang.
Bagi pengumpul dan peminat setia aksesori Pandora, tentu tak sabar-sabar nak tengok koleksi baru di butik. Rupanya sempena Syawal ini, ada promosi ‘Beli 3 Percuma 1’. Maknanya bayar untuk 3 barang tapi kita bawa balik 4 barang sekaligus.
Untungnya, Nona pun bersemangat bila diberitahu tentang promosi Hari Raya yang bermula 15 Mei hingga 26 Mei 2020 tu.




Pemakaian aksesori menawan seperti cincin, subang, rantai, gelang tangan dan charm pasti menambahkan seri pemakai pada musim Aidilfitri nanti.
Bagi yang berada berdekatan butik, mungkin boleh singgah meninjau koleksi baru Pandora yang cantik-cantik. Antaranya koleksi terbaru aksesori perak, Pandora Rose dan Pandora Shine.
Pandora juga melancarkan charm menarik kemasan tangan berwarna emas berbentuk pelita dan bulan sabit yang direka khas. Charm ini sesuai digayakan dengan gelang tangan Pandora Moments atau boleh dipakai dengan rantai sebagai loket.


Demi kesihatan anda, semua butik Pandora di seluruh negara mengamalkan proses sanitasi yang kerap setiap hari bagi memastikan kebersihan persekitaran untuk membolehkan para pelanggan membeli-belah dalam keadaan yang selamat dan selesa.
Selagi SOP dipatuhi, pelitup muka dan hand sanitizer dipakai, jarak sosial dijaga… cukuplah. Yang selebihnya, itu bahagian rezeki masing-masing.
Bagi yang masih gemar membeli-belah secara online dari rumah, koleksi Pandora juga boleh didapati menerusi platform ZALORA dan Lazada. Namun promosi berbeza ditawarkan untuk pembelian aksesori Pandora secara online sempena Hari Raya ini.
Ciri-ciri individual yang terdapat pada aksesori yang dipakai menyimpan cerita tersendiri berkaitan personaliti anda. Pilihan mewah mampu milik berjenama Pandora membolehkan kaum wanita mengilhamkan koleksi aksesori mereka sendiri untuk digayakan pada bila-bila masa.
Terpaku Tengok Koleksi Beg Tangan Hermes FAZURA, Bermacam-Macam Warna & Jenis!

Banyaknya beg tangan Fazura. Bukan calang-calang jenama pula tu. Label Hermes ini dikategorikan sebagai jenama mewah dan antara yang paling mahal di dunia! Sebuah beg tangan Hermes Birkin sahaja dianggarkan bernilai lebih RM30, 000 manakala koleksi eksklusif pula boleh mencecah jutaan ringgit. Fuh, betullah macam kebanyakan orang cakap.. umpama menjinjit ‘banglo’ di tangan.
Terkenal dengan jolokan ikon fesyen, tidak hairanlah penampilan isteri Fattah Amin ini sering menjadi buruan lensa kamera dan pandangan peminat. Pakai T-Shirt dan seluar jeans saja pun mampu buat orang menoleh beberapa kali.. inikan pula kalau bergaya fesyen mewah. Semuanya nampak perfect di tubuh Fazura!
Apa yang pasti, Fazura tergolong dalam kelas tersendiri. Tanpa solekan tebal dan aksesori sarat, dia mampu menyerlahkan aura dan pesona diri. Minimalis tapi tetap memukau.
Paling menarik perhatian, koleksi beg tangan mewah Birkin milik Fazura ini. Macam-macam saiz dan warna dia ada.
Terbaru, Fazura juga dilihat menggunakan beg luggage Goyard. Satu lagi jenama mewah dan mahal harganya.
Selain Birkin, pemilik butik Fazbulous by Fazura ini memiliki beberapa lagi beg tangan Hermes. Yang ni jenis Kelly pula. Nah, ini buktinya!
Tidak cukup dengan itu, Hermes Constance pun turut berada dalam simpanan jelitawan ini. Aduh, pitam tengok beg tangan Fazura. Kalau dihitung, boleh cecah jutaan ringgit juga tu.
Bagi Nona.. tiada salahnya pun kalau Fazura hendak bergaya mewah. Lagipun dia mampu dan berkerja keras untuk mendapatkan apa yang diinginkan. Mungkin ini salah satu cara Fazura reward diri sendiri setelah berhempas-pulas menaikkan kerjaya.
Foto: Instagram Fazura