Setiap ibu bapa pastinya mahu khasiat pemakanan yang terbaik untuk anak-anak. Pengambilan makanan yang berkhasiat dan memenuhi diet pemakanan harian kanak-kanak penting bagi memastikan pertumbuhan mereka berjalan dengan lancar.

IKLAN

Antara makanan yang baik untuk kesihatan kanak-kanak ialah madu, minyak ikan Omega-3 dan DHA.

Madu memberi banyak manfaat untuk kanak-kanak sewaktu proses tumbesaran mereka. Ia boleh meningkatkan kesihatan dan pertumbuhan kerana madu mengandungi banyak nutrisi dan vitamin yang yang sangat diperlukan kanak-kanak seperti vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, D dan banyak lagi. Bagi meningkatkan perkembangan otak kanak-kanak, ibu bapa disarankan untuk mengamalkan pengambilan madu setiap hari agar perkembangan otak kanak-kanak lebih optimum.

Selain itu, memandangkan kanak-kanak amat mudah diserang penyakit seperti batuk dan selsema pengambilan madu dipercayai dapat membantu untuk menyembuhkan dan mencegah dua penyakit tersebut.

Manakala Asid dokosaheksanoik (DHA) merupakan asid lemak omega-3 yang menjadi struktur komponen utama untuk otak manusia. Ia didapati dalam jumlah besar dalam otak dan berperanan sebagai blok membina yang penting bagi perkembangan otak dan mata.

Kajian menunjukkan ia mempengaruhi aktiviti otak dan membantu proses pembelajaran. Kira-kira 90 peratus perkembangan otak kanak-kanak berlaku pada lima tahun pertama usianya. Oleh itu, DHA ialah sebahagian nutrien penting dalam diet harian kanak-kanak untuk membantu pertumbuhan dan menyokong aktiviti pembelajaran mereka.

Badan pakar termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan pengambilan DHA setiap hari bukan saja untuk memastikan perkembangan otak yang optimum tetapi juga kesihatan secara keseluruhan.

IKLAN

Manakala minyak ikan omega-3 pula baik untuk perkembangan kognitif kanak-kanak. Satu kajian mendapati bahawa kanak-kanak yang ibunya mengambil supplemen minyak ikan Omega-3 ketika hamil dan sepanjang tempoh penyusuan susu ibu mampu memperoleh skor markah yang lebih tinggi untuk ujian kognitif ketika berusia 4 tahun, berbanding kanak-kanak lain yang ibunya tidak mengamalkan suplemen DHA dan EPA.

Kombinasi 3 Bahan Ini Berkesan Tingkat Daya Ketahanan FIZIKAL & MENTAL Anak Anda!

IKLAN

Mungkin agak sukar untuk memastikan kanak-kanak mengambil madu, minyak ikan dan DHA secara berasingan. Oleh itu, Nature’s Way Kids A+ Milk Calcium Buttons yang dihasilkan dari 100% Susu Tepung Berkualiti Tinggi Australia yang kaya dengan kalsium susu semulajadi untuk membesar menjadi lebih tinggi dan kuat boleh dijadikan pilihan ibu bapa yang bijak memikirkan soal kepentingan pengambilan makanan seimbang untuk anak-anak.

Susu tepung yang diperkaya dengan minyak ikan Omega-3 dan DHA ini membuatkan kanak-kanak membesar menjadi lebih bijak. Selain itu, ia turut diperkaya dengan madu manuka untuk kanak-kanak membesar menjadi lebih kuat. Milk Calcium Buttons yang rangup dan enak ini pasti digemari kanak-kanak sepanjang hari, bila-bila masa dan di mana saja.

Kids A+ Milk Calcium Buttons Nature’s Way kini didapati dalam 2 pilihan sihat, Omega-3 DHA dan Madu Manuka kini boleh didapati di farmasi terkemuka. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI