Menjengah ke laman Instagram milik selebriti Hollywood, Kim Kardashian, terdapat beberapa foto memaparkan ruang kediamannya yang dikongsi untuk tatapan pengikut di media sosial.

IKLAN

Konsep Minimalis, Intai Kediaman KIM KARDASHIAN Yang Berharga RM101 juta!

Menurut sumber The Post,  kediaman Kim Kardashian itu dianggarkan bernilai RM101 juta dan dia memilih konsep minimalis tanpa hiasan di dinding mahupun perabot yang banyak.

Konsep Minimalis, Intai Kediaman KIM KARDASHIAN Yang Berharga RM101 juta!

Mementingkan konsep minimalis bersifat praktikal dan simentri, konsep ini pemilihan perabot dan aksesori hiasan merujuk kepada elemen ringkas serta moden. Tetapi  sekali imbas, kediaman mewah selebriti ini kelihatan amat sunyi dan kosong apatah lagi apabila warna yang digunakan untuk dinding, sofa serta meja yang menggunakan rona warna senada.

Konsep Minimalis, Intai Kediaman KIM KARDASHIAN Yang Berharga RM101 juta!

Mungkin melihat pelbagai kontroversi demi kontroversi melanda kehidupan peribadi Kim Kardashian, pemilihan dekorasi minimalis ini mampu memberikan ketnangan untuk dirinya ‘lari’ seketika dari kehidupan yang sering menjadi sorotan kamera dan kritikan masyarakat.

“Semua yang ada di rumahku sangat minimal,” ujar bintang itu ketika media antarabangsa membuat lawatan ke rumahnya pada Februari lalu.

IKLAN

Konsep Minimalis, Intai Kediaman KIM KARDASHIAN Yang Berharga RM101 juta!

Bekas isteri kepada Kanye West yang baharu sahaja disahkan bakal menerima RM890,000 sebulan ini memilih dekorasi perabot serta dinding terdiri daripada batu marmar dan warna polos sehingga kelihatan sedikit pucat.

Namun, pakar hiasan dalaman pernah berkongsi tips sekiranya ingin menghasilkan suasana yang elegan, boleh mengurangkan ton warna dan bermain dengan warna neutral. Mungkin ini yang cuba diterapkan oleh Kim Kardashian untuk kediamannya ini!

IKLAN

Konsep Minimalis, Intai Kediaman KIM KARDASHIAN Yang Berharga RM101 juta!

Harus diingat, warna dapat mengingatkan kenangan dan menimbulkan emosi serta merangsang fizikal serta psikologi tindak balas dalam badan.

Konsep Minimalis, Intai Kediaman KIM KARDASHIAN Yang Berharga RM101 juta!

“Aku menemukan ada begitu banyak kekacauan di dunia sehingga ketika aku pulang, aku ingin itu benar-benar sunyi dan aku ingin semuanya terasa tenang,” katanya menutup bicara.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI