Mengendalikan perniagaan keluarga bukan mudah apabila di beri kepercayaan yang tinggi bagi mengembangkan lagi legasi perniagaan yang telah dibina sejak bertahun lamanya.
Bagi pengasas Shahnaz Healthcare, Nazrin Shahnaz Peer Mohamed, 31, yang juga penerima Nona Best Healthcare Interior Design Award ini, tanggungjawab perlu dilunaskan dengan sebaiknya biarpun sebelum itu dia mempunyai cita-cita sendiri namun terpaksa dilupakan demi meneruskan harapan ibu tercinta yang turut menjadi rakan kongsi perniagaan.
Berkat usaha gigih Nazrin dan pasukannya, Shahnaz Healthcare berjaya mencapai jualan mencecah RM10.3 juta pada tahun 2021 dan menyasarkan jualan RM20 juta untuk tahun 2022. Kini, selain di Alor Setar, Kedah, Shahnaz Healthcare turut memiliki premis di Menara Ilham, Jalan Binjai, Kuala Lumpur.
“Sejak kecil lagi saya dibesarkan dan didedahkan dengan dunia perniagaan. Habis sahaja sekolah terus pergi pejabat. Ibu mempunyai perniagaannya sendiri iaitu periklanan dan pemasaran di Alor Setar, Kedah. Secara tidak langsung, pengalaman dan pendedahan itu membuatkan saya tahu banyak tentang selok belok perniagaan.
Ads
“Dulu, saya pernah anggap perniagaan adalah sangat susah. Saya sebenarnya bercita-cita ingin menjadi seorang doktor tetapi bila difikirkan semula saya kena juga uruskan perniagaan keluarga yang telah sekian lama dibina dengan susah payah. Mahu atau tidak, saya perlu teruskan.
“Setelah tamat pengajian di universiti saya terus menceburkan diri dalam bidang perniagaan untuk menimba pengalaman. Dari perniagaan perkhidmatan periklanan, kami membuka pula syarikat baru yang berkonsepkan reka bentuk dalaman. Tercetusnya idea ini adalah kerana kami pernah melaksanakan projek-projek grafik yang sedikit sebanyak ada kaitan dengan interior.
“Contoh, yang sedang trending ketika itu ialah Air Asia dan Google yang membawa konsep identiti korporat kepada interior. Klien-klien kami mahukan perkhidmatan seumpama itu. Maka, dari situlah tercetusnya idea interior untuk syarikat baharu kami disebabkan permintaan mereka ketika itu.
Ads
“Pada 2019, saya mendapat satu peluang untuk membina hospital melalui satu tender. Dengan pengalaman itulah, banyak mengajar saya betapa uniknya reka bentuk dalaman hospital ini. Ia bukan hanya untuk nampak cantik malah setiap interior yang dibuat ada sebabnya di samping ada fungsi-fungsi yang tertentu.
“Apa yang saya lihat, ketika itu tidak ramai yang melaksanakan konsep sebegitu. Permintaan ada, arkitek pun ramai yang menghubungi saya meminta agar saya memfokuskan kepada konsep ini memandangkan tidak ramai yang buat.
Ads
“Bertitik tolak dari situ, saya mengambil keputusan melanjutkan pengajian ke peringat Master dalam jurusan interior design khusus untuk healthcare. Setelah kembali ke syarikat, saya mempraktikkan ilmunya dengan menjadi konsultan dan kontraktor,” jelas Nazrin.
IBU SUMBER INSPIRASI
“Ibu seorang yang sangat memahami dengan apa yang saya lalui termasuklah melihat perkembangan perniagaan yang saya kendalikan. Itulah sedikit sebanyak peranan yang dimainkan oleh ibu. Sekiranya ada perkara-perkara yang saya terlepas pandang, ibu akan sentiasa ada untuk membantu.
“Setiap kali bercakap dengannya ada benda yang ibu nak saya nampak ke hadapan. Secara tidak langsung ia menjadikan saya seorang yang sentiasa bersemangat dan ingin maju ke hadapan. Saya juga seorang yang berani mencuba perkara baharu. Bagi saya sokongan, doa dan restu ibu sangat penting,” bicara Nazrin yang menjadikan ibu sebahagi inspirasi.
Baca artikel penuh dalam edisi majalah NONA SUPERWOMAN 2022 yang sudah pun berada di pasaran. Dapatkannya sekarang!
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Suaranya tertahan, “Rafa dah kosong…” Meremang rasanya tatkala dengar sendiri cerita selebriti Lufya Omar tentang bumi P melalui sahabat karibnya Dr Mohanad AK.
Di sebalik kesibukan masa, ramai yang masih sudi melapangkan masa untuk berkumpul demi solidarit1 kemanusiaan. Terkini, jemputan ke majlis Bersamamu Rafa 2024 menemukan kami dengan selebriti jelita, Lufya Omar.
Tampil sopan berabaya, kecantikan ibu tunggal ini masih membuatkan setiap mata sejuk memandang. Orangnya mudah tersenyum, namun paling menyenangkan tentang Lufya adalah sifatnya yang cakna dan matang.
Kesempatan bercerita tentang isu Rafa, Lufya berkongsi kisah inspirasi seorang pensyarah asal P yang merupakan sahabat karibnya sejak 15 tahun lepas, Dr Mohanad AK.
Saban kali mengemas kini keadaan mereka dari P, Dr Mohanad turut menunjukkan situasi di Rafa yang dah kosong, bahkan meremang dibuatnya dengar cerita Lufya Omar tentang Dr Mohanad AK!
Turut merupakan wakil khas untuk Yayasan Nurjiwa milik biduanita Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Dr Mohanad yang kini berada di negaranya banyak membuka mata rakyat Malaysia tentang realiti gen0sid di sana.
Dengarkan temu bual eksklusif Nona bersama Lufya ni, meremang dibuatnya..
SAHABAT KARIB
Lufya menceritakan kisah perjuangan Dr Mohanad AK, tentang kesedihan beliau yang baru saja kehilangan ibu tercinta serta tindakan tak berperikemanusiaan yang dilakukan di sana.
Dr Mohanad dikenali atas dedikasi dan pengorbanannya dalam membantu mereka yang memerlukan di kawasan konflik.
Perjuangannya bersama Yayasan Nurjiwa adalah contoh nyata keberanian dan semangat kemanusiaan yang tinggi. Lufya berkongsi keberanian sahabat karibnya Ketika memberikan bantuan perubatan dan sokongan moral kepada mangsa.
Melalui perkongsian ini, Lufya dan Dr. Mohanad AK berharap untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan solidariti dan persiapan menghadapi masa depan yang tidak menentu. Kisah mereka menjadi teladan untuk kita semua tentang nilai keberanian, pengorbanan, dan kepedulian terhadap sesama manusia.
Video ini diharapkan dapat menginspirasikan lebih ramai orang untuk terlibat dalam aktiviti kemanusiaan dan membantu mereka yang kurang bernasib baik, tidak kira di mana jua mereka berada.
Dengan jumlah pengikut seramai 4.9 juta mengatasi selebriti Nora Danish, Neelofa kini mengungguli carta teratas artis Malaysia paling ramai followers di Instagram. Biarpun dihimpit pelbagai kontroversi sepanjang tahun ini, namun anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan tersebut terus bersinar dan mendapat tempat di hati peminat.
Tambahan pula, awal April lalu nama Noor Neelofa Mohd Noor tersenarai dalam Forbes 30 sebagai di antara 300 penginovasi muda, usahawan dan peneraju yang berjaya membawa impak besar kepada dunia hari ini.
Tatkala bertemu usahawan berusia 28 tahun ini semasa pelancaran koleksi Naelofar Hijab terbaharunya, Neelofa sempat meluahkan rasa gembira dengan kejayaan tersebut namun enggan menjadikan Instagram sebagai ‘medan persaingan’ sesama artis.
“Saya tak ada upload apa-apa ucapan terima kasih di Instagram sebab saya tak mahu followers atau orang luar merasakan ia sebagai pertandingan untuk bersaing dengan artis. Biarlah ia berlaku secara natural dan orang tak sedar meskipun sebenarnya ia adalah satu platform yang baik.
Melalui cara ini, saya dapat mendekati peminat, memberi inspirasi kepada orang ramai dan mempromosikan produk-produk saya. Jadi, tak ada istilah nak lawan siapa lagi bagus atau siapa lagi hebat.”
Tambah Lofa lagi, segala apa yang dikongsikan dalam laman media sosial tersebut adalah dirinya yang sebenar dan enggan menjadi orang yang berbeza semata-mata untuk memuaskan hati orang lain.
Mulai penghujung Julai ini juga, Lofa dijadualkan sibuk dengan penggambaran drama bersiri ‘Red Velvet’ bersama Alif Satar dan kemudian menyertai program Forbes 30 Under 30 Asia 2017.
Beliauseterusnya bakal menghadiri acara berprestij Swarovski di Milan, Itali di samping bertemu duta jenama tersebut, Karlie Kloss.
Selain Neelofa, antara selebriti yang turut mempunyai bilangan followers yang tinggi termasuklah Nora Danish, Zizan Razak, Dato’ Siti Nurhaliza, Scha Al-Yahya, Hanis Zalikha, Elfira Loy, Awal Ashaari dan Rozita Che Wan.
Syabas Lofa! Ikuti video temu bual eksklusif Nona bersama beliau di facebook.com/majalahnona.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wow, terperanjat tengok penampilan terbaru Billa. Nampak lebih slim berbanding waktu dia jadi pelajar Akademi Fantasia 2015 dulu. Bukan sebab ‘makan hati’ ya, tapi khabarnya anak pemuzik kumpulan Wings, Eddie ini memang tengah berusaha turunkan berat badan. Terbaiklah Billa, sampai berjaya turunkan berat lebih 27 kg dalam tempoh lapan bulan.
Kalau bercerita bab kuruskan badan, semua wanita pun teringin hendak dapatkan berat badan ideal. Tapi bila tiba masa berdiet, ada saja alasan. Paling biasa kita dengar, ‘Ala, minggu depanlah baru start diet.’ Sudahnya, masuk ke tahun depan pun masih sama. Lepas tu, merungut asyik cakap badan gemuk. Macam mana pula tu?
Apa yang pasti, tanpa azam yang kuat mesti Billa pun tak mampu realisasikan misi berkenaan. Kalau ikut perkembangan terkini Nurnajmi Nabila Samsaidi di IGnya, memang banyak foto-foto inspirasi gadis berusia 22 tahun ini. Daripada berat 140 kg tahun lepas sampai berat terbarunya 113. 4 kg, semuanya dikongsikan Billa sebagai suntikan inspirasi kepada wanita lain yang punya misi sama sepertinya. Malah, Billa turut berkongsi tip sihat yang diamalkan.
Gambar Billa terkini dan semasa jadi pelajar AF 2015
Minum air kosong 2 liter sehari. No air sejuk.
Makanlah apa je awak nak makan. Tapi kuantiti tu sedikit ya.
Selepas pukul 7pm, NO FOOD ALLOWED. Lepas tu exercise la. 30 minit pun cukup. Kena kuat iman dengan mental.
Sambil menggunakan hashtag #jomsihatsamasama dan #letsgethealthytogether, jelas menggambarkan anak seni ini sangat positif melakukan perubahan terhadap dirinya. Dan melalui posting terbaru, Billa ada berkongsi video pendek yang menunjukkan rutin senaman perut yang menjadi amalannya. Daripada ambil pil pelangsingan yang belum terbukti selamat, lebih baik buat senaman dan kawal pemakanan seperti Billa. Dah tentu-tentu berkesan dan sihat.
Teruskan usaha anda, Billa. Semoga niat murni anak Eddie Wings ini turut memberi inspirasi kepada semua wanita agar mementingkan gaya hidup sihat!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Takziah buat Shuib dan Watie Hanifiah yang ‘kehilangan’ cahaya mata mereka baru-baru ini. Sesungguhnya tiada daya sebagai makhluk Allah untuk mengelak perkara seumpama ini daripada berlaku kerana Dia Maha Mengetahui dan sebaik-baik perancang! ...