Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China, itu perumpamaan yang tepat bagi menggambarkan kejayaan milik Dr Yeop Ali Mohd Dobi. Mana tidaknya, meskipun sudah mencecah usia 80 tahun namun minat untuk menimba ilmu tidak pernah pudar dalam diri insan hebat ini.
Yang pasti, usia bukan halangan bagi Dr Yeop menamatkan pengajian di peringkat tertinggi hingga berjaya menggenggam segulung Ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada usia lebih separuh abad ini.
Ads
Difahamkan, Dr Yeop memulakan pengajian di peringkat PhD sejak 10 tahun lalu pada usia 70 tahun. Dia terus komited untuk menjayakannya walaupun berdepan pelbagai cabaran.
Hasrat bekas Pengurus Besar sebuah bank tempatan ini menyambung pengajian PhD bagi memanfaatkan masa yang ada pada usia emasnya kini. Dalam masa sama mahu mempelajari perkara baharu.
“Ketika tempoh persaraan saya 15 tahun lalu, saya pernah diserang strok ringan (mild stroke) dan pada ketika itu saya nekad untuk melakukan sesuatu bagi untuk mengisi hari-hari persaraan saya.
“Selepas pulih, saya terus lanjut pengajian PhD pada usia 70 tahun dan pada usia 80 tahun saya berjaya menamatkannya.”
Dalam majlis Konvokesyen Asia E University (AeU) baru-baru ini, kajian Dr Yeop Ali berkaitan perniagaan Pos Malaysia Bhd dan perkhidmatan pelanggan penghantaran Pos Laju turut dinobatkan sebagai Kajian Terbaik 2022.
Menceritakan pengalaman 10 tahun yang begitu bermakna bagi menamatkan pengajian PhD ini, Dr Yeop Ali sentiasa menghabiskan masanya di perpustakaan dan berdiskusi bersama rakan serta penyelia pengajian.
“Saya seorang old-fashioned, saya jarang gunakan internet untuk cari maklumat, banyak informasi yang saya dapat dari perpustakaan, di situ saya banyak meluangkan masa.
“Pada permulaan pengajian, seramai 200 rakan berjuang untuk tamatkan PhD, namun hanya 10 sahaja yang tamat, ada rakan-rakan seusia saya tidak sempat tamatkan kerana uzur dan ada yang meninggal dunia,” dedahnya.
Ads
Paling membanggakan, Dr Yeop Ali minat terhadap ilmu dan pengajian akademik sejak muda lagi apabila turut memegang dua Ijazah Sarjana iaitu Sarjana Sains dan Perniagaan dan Sarjana Pengurusan Hospitaliti dan Pelancongan dari University of Strathclyde, United Kingdom.
Mengenang kembali keputusannya di peringkat sekolah tidaklah membanggakan, namun ketika sudah bekerja, beliau akui hanya pendidikan mampu untuk mengembangkan kerjaya.
“Ketika di bangku sekolah di Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) Alor Setar, saya hanya dapat Gred ketiga sahaja, kemudian saya bekerja.
Ads
“Hasil pendapatan itu saya simpan dan gunakan untuk sambung pengajian di United Kingdom tanpa sebarang tajaan dan saraan daripada keluarga.”
Credit Foto Astro AWANI/Hafizi RosliFoto YouTube Asia E University
Ketika ini, Dr Yeop Ali aktif menjadi panel forum serta seminar bagi memberi inspirasi kepada golongan muda yang masih mempunyai keupayaan untuk melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi.
Dr Yeop Ali juga merupakan penyelidik akademik bersama penyelia pengajiannya Prof Oo Yu Hock dan berharap diberikan peluang untuk menjadi tenaga pengajar di mana-mana institusi pengajian tinggi.
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diberi peluang berada di atas pentas bersama wakil dari seluruh dunia membuatkan Kimi Tomas bersemangat untuk meneruskan impiannya sehingga dinobatkan ‘Mrs Global Asian 2023’ yang berlangsung di Melaka pada Mac lalu.
Memetik perkongsian di Utusan Borneo Online, wanita berusia 35 tahun ini turut memenangi ‘Best National Costume’ serta tiga tempat teratas bagi kategori ‘Darling of the Crowd’.
“Pertandingan edisi pertama ini disertai 22 delegasi dari sembilan negara sudah pasti membuatkan saya teruja, apatah lagi mewakili Sarawak, sekali gus wakil dari Borneo.
“Ini merupakan satu pencapaian terbesar dalam hidup, sudah pasti saya amat berterima kasih kepada keluarga, sahabat handai serta mereka yang menyokong dan kata-kata semangat buat saya sejak dari mula hingga akhir pertandingan,” katanya.
Kimi yang menetap dan bekerja di Kuala Lumpur turut berterima kasih kepada Tiara Management & Leading Management yang diasaskan Leo Raynold yang juga dari Sarawak dan Nickson Sim kerana memberi peluang untuknya menyerlah dalam pertandingan tersebut.
Malah, Kimi bertuah kerana berpeluang memperagakan gaun malam dan kostum tradisional yang direka khas pereka Sarawak Gilbert Headhunter.
Menerusi pencapaiannya itu, Kimi mahu semangat yang ada padanya menjadi contoh kepada golongan wanita untuk terus bersemangat dalam menggenggam kejayaan.
Malah, kejayaan yang dicapainya itu turut membanggakan dirinya bukan sahaja sebagai seorang wanita yang mempunyai kerjaya serta berumahtangga, tetapi juga sebagai rakyat Sarawak dan mewakili masyarakat Dayak di mata dunia.
Jelas Kimi, pertandingan berprestij dunia itu memberi peluang kepada kaum wanita untuk menyerlahkan diri bukan sahaja menonjolkan peranan seorang wanita bahkan menjadi landasan untuk mewakili wanita di dunia menyuarakan pendapat serta kesedaran yang diperjuangkan.
“Sekiranya anda (wanita) diberi peluang dalam apa jua bidang atau pertandingan, lakukan yang terbaik dan semampu yang boleh. Saya yakin kejayaan itu akan menjadi milik anda.
“Jangan pernah putus asa, rezeki kita memang berbeza namun pencapaian kita pastinya indah dan membuahkan hasil bila kita bersungguh-sungguh,” UNGKAPnya.
Semoga Kimi terus sukses dan menjadi inspirasi buat seluruh wanita.
Kredit Foto: Utusan Borneo Online
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun memegang status sebagai seorang Datin, namun bukan menjadi halangan untuk wanita ini mencipta kejayaan sendiri. Datin Thalia Baiduri bukan sahaja lambang seorang isteri, ibu dan anak yang serba menyenangkan bahkan seorang usahawan sukses.
Sungguhpun berperwatakan feminin namun tersemat dalam diri wanita ini semangat luar biasa. Memulakan perniagaan di awal usia 18 tahun benar-benar telah mematangkan Datin Thalia dalam sebuah kehidupan.
“Walaupun pernah beberapa kali gagal tetapi saya akan terus mencuba untuk mencari tapak dalam membina kerjaya yang sangat dicintai ini. Saya pernah melalui fasa ‘jatuh terduduk’ namun ia langsung tidak pernah mematahkan semangat untuk terus berjuang.
Pendedahan awal dalam dunia perniagaan membuatkan saya terus kuat melangkah dalam menerokai bidang perniagaan secara lebih mendalam. Saya sudah didedahkan dengan dunia perniagaan oleh kedua ibu bapa sejak kecil lagi. Saya nekad mahu membina perniagaan sendiri sebaik sahaja tamat persekolahan.
Jatuh bangun dalam membina empayar perniagaan telah benar-benar membuka mata saya untuk menilai setiap kegagalan. Kegagalan adalah guru yang paling berharga. Daripada situ kita belajar mengenal karakter orang, siapa kawan dan siapa lawan.
Saya pernah mencuba pelbagai jenis perniagaan seperti perniagaan berasaskan makanan dan perkhidmatan salon. Namun selepas mengandung Aayan, saya menjual semuanya demi menjaga anak dalam kandungan.
Kini saya sudah bersedia untuk memulakan kembali dan akan terus mencuba untuk mencari tapak dalam membina empayar perniagaan sendiri. Saya mula berjinak-jinak dalam perniagaan kosmetik.
Langkah saya yang pertama adalah menjual wangian iaitu Meirose Perfume. Menggarapkan wangian yang menjadi trend masa kini Meirose hadir dengan tujuh wangian untuk wanita dan tiga wangian untuk lelaki,” terang Datin Thalia yang pantang menyerah kalah ini.
Ketika diajukan pertanyaan tentang mengapa mahu menceburi bidang perniagaan berasaskan kecantikan, tuturnya lembut, “Sebagai seorang wanita, saya memang gemarkan kecantikan. Saya suka kelihatan cantik dan wangi.
Idea mengeluarkan Meirose Perfume ini lahir apabila ramai yang sering bertanya wangian apa yang sering saya pakai. Mereka gemar haruman yang sering saya pakai. Maka lahirnya Meirose Perfume bagi memenuhi impian setiap orang yang bertanya.
Bermula daripada kecil-kecilan kini walau hanya baru enam bulan beroperasi saya sudah mempunyai agen di seluruh negara,” jelas Datin Thalia yang bercita-cita untuk mencebur diri dalam perniagaan pembinaan ini dan dikenali ramai sebelum berusia 40 tahun.
Kejayaan biasanya memerlukan sokongan padu daripada orang di sekeliling. Datin Thalia juga turut beruntung kerana mempunyai keluarga yang sentiasa menyokong jatuh bangunnya dalam membina kerjaya.
“Saya bersyukur kerana mempunyai suami yang sangat memahami dan sentiasa menyokong apa sahaja yang saya lakukan. Dalam membina kejayaan dalam perniagaan suami sering memberi motivasi dan kata nasihat untuk saya terus maju ke hadapan.
Keluarga saya memainkan peranan penting dalam perjalanan saya memajukan diri dan kerjaya. Ibu dan adik-adik merupakan tonggak utama untuk saya terus berdiri. Tanpa mereka mungkin saya tidak akan berdiri seperti sekarang ini,” ujar Datin Thalia yang merupakan anak sulung daripada tiga orang adik-beradik perempuan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berita penghijrahan Serina Datuk Redzuawan telah menggembirakan hati seluruh peminat yang mengikuti perkembangannya. Syukur kerana Serina kini manis bertudung dan telah nekad untuk menutup auratnya seperti yang dikehendaki syarak.
Bercerita tentang awal penghijrahan Pengarah Urusan Serina Food Empire (M) Sdn Bhd ini akui media sosial yang menjadi turning point untuk dirinya berubah seperti sekarang.
“Saya sangat bersyukur dalam berjuta-juta orang Allah pilih saya untuk berubah dan dibuka pintu hati di saat masih bernyawa.
Awal penghijrahan adalah bermula dengan saya mendengar ceramah-ceramah di Facebook. Lepas itu, saya hubungi ustazah yang saya kagumi, Ustazah Asma Harun. Beliau adalah ikon dan sifu yang saya mahu angkat sebagai guru.
Saya jumpanya secara personally, masa tu saya belum berhijab lagi. Saya katakan kepadanya, “Ustazah, Allah pilih saya untuk jadi anak murid ustazah dan Allah pilih ustazah untuk jadi guru saya.
Sebab bila saya tengok ustazah dalam ceramah membuatkan saya nak berubah, saya nak perbaiki diri saya, boleh tak Ustazah jadi guru saya,” cerita Serina.
Tambah Serina lagi apabila mendengar permintaanya, Ustazah Asma menjadi sebak. Jawab ustazah pula, “Ya Allah Serina, saya tak sangka. Saya peminat awak sebenarnya. Saya tengok awak dalam drama polis kini saya dapat jumpa dan nak jadi anak murid pula lagi. Saya sudi jadi guru awak,” luah Serina lagi.
Menurut ibu kepada dua orang anak ini, penerimaan Ustazah Asma merupakan hadiah yang cukup istimewa bila seseorang atau pendakwah hebat sudi menerima sebagai anak murid.
Nasihat Serina, “Jangan skip bila ternampak ceramah-ceramah agama di Facebook. Bila ternampak tu maknanya Allah telah pilih kita.
Sila tengok sampai habis dan bila tengok sampai habis sebenarnya akan dapat satu detik kesedaran sedikit. Setiap satu topik akan berbeza-beza.
Kalau perasan kadang-kadang keluar topik kat sosial media hari ini topik pasal anak derhaka, anak yang kadang-kadang naik suara dengan ibu, kadang-kadang you terfikir, saya pun pernah buat.
Keluar pula detik, kalau you terlalu sibuk sehingga kan lupa akhirat. Kejar duit tapi duit tak pernah cukup. Kita kena tengok ceramah agama ini agar boleh membentuk hati kita,” tutur Serina.
“Dalam masa yang sama, istiqamah is not easy. Kena mohon doa. Saya sendiri sentiasa berdoa agar Allah tetapkan hati dan takut dengan cabaran yang datang. Kalau kita susah Allah duga, kalau kita senang pun Allah akan duga. Nak mencari keredhaan Allah pun akan diduga.
Cari seorang guru, sebab kalau tak ada guru you akan lost. Sebab ada satu tahap manusia hati dia kadang-kadang akan down sangat-sangat dan akan tend untuk buat perkara yang tak sepatutnya. That why kita perlu ada rujukan seperti seorang ustazah,” ujar Serina.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak dinafikan sejak menyertai program realiti One In A Million (OIAM), nama Zazzleen Zulkafli semakin melonjak dan dikenali ramai. Bukan semata-mata kerana statusnya sebagai anak seniman tanah air iaitu Datuk Zulkifli Zain, tetapi juga kerana bakat nyanyian ...