Fenomena K-Drama dan K-Pop banyak mempengaruhi landskap industri fesyen di seluruh dunia. Kecantikan wanita Korea Selatan yang lazimnya tidak keterlaluan ketika berfesyen membuatkan penampilan mereka begitu effortless.

Bagi peminat aktres Song Hye-kyo, Lisa Blackpink dan Han So-hee, gaya fesyen mereka ini sentiasa menjadi inspirasi. Jom semak label-label fesyen pilihan selebriti Korea, mungkin suatu hari nanti sesuai dijadikan koleksi untuk anda di sini.

IKLAN

 

(1) Lucky Choutte

Korean Style, Ini 10 Label Fesyen Kesukaan Selebriti Korea Tapi Sesuai Wanita Malaysia!

 

Korean Style, Ini 10 Label Fesyen Kesukaan Selebriti Korea Tapi Sesuai Wanita Malaysia!
Han So-hee

 

Jenama kasual di bawah label Jardin de Choutte (choutte bererti burung hantu dalam bahasa Perancis) sering menjadi pilihan aktres K-Drama seperti Park Shin-hye di Doctors dan Jun Ji-hyun di My Legend from the Star.

 

(2) AvouAvou

Korean Style, Ini 10 Label Fesyen Kesukaan Selebriti Korea Tapi Sesuai Wanita Malaysia!

 

Korean Style, Ini 10 Label Fesyen Kesukaan Selebriti Korea Tapi Sesuai Wanita Malaysia!
Seo Ye-ji

 

Satu jenama yang tidak asing lagi di kalangan penggemar fesyen drama Korea. Jenama ini mengetengahkan potongan yang berkarakter, dominan namun elegan. Seo Ye-ji antara yang dilihat mengenakan AvouAvou dalam drama bersiri It’s Okay To Not Be Okay.

 

(3) Ore

Diasaskan pada tahun 2017, label Ore menampilkan koleksi harian yang berkualiti dan selesa. Meskipun kelihatan sederhana, namun mutu jahitan dan kerapiannya membuatkan Ore menjadi pilihan wanita Korea.

 

(4) Curetty

Korean Style, Ini 10 Label Fesyen Kesukaan Selebriti Korea Tapi Sesuai Wanita Malaysia!

 

Selebriti HyunA amat menggemari jenama asal Korea ini. Ia merupakan gabungan ayat cute dan pretty untuk si pemakai yang bergaya muda serta easy going seperti HyunA.

 

(5) Ike

Korean Style, Ini 10 Label Fesyen Kesukaan Selebriti Korea Tapi Sesuai Wanita Malaysia!

IKLAN

Label pilihan penyanyi Heo Young-ji. Ia sering direka dengan potongan garis bersih dan moden untuk gaya feminin yang menyenangkan.

 

(6) Michaa

Korean Style, Ini 10 Label Fesyen Kesukaan Selebriti Korea Tapi Sesuai Wanita Malaysia!

 

Korean Style, Ini 10 Label Fesyen Kesukaan Selebriti Korea Tapi Sesuai Wanita Malaysia!
Song Hye-kyo

 

Antara selebriti yang menggemari jenama korporat ke pejabat ini adalah Jun Ji-hyun, Shin Min-a dan Kin Nam-joo. Aktres popular, Song Hye-kyo juga pernah terlihat menggayakan koleksi Michaa Prefall 2021.

 

(7) The Centaur

IKLAN

Korean Style, Ini 10 Label Fesyen Kesukaan Selebriti Korea Tapi Sesuai Wanita Malaysia!

 

Jennie Blackpink pernah mengenakan top kait The Centaur dari koleksi Fall/Summer 2021, selain Hyorin, HyunA dan IU. Nama jenama ini diambil dari nama haiwan mitos, centaur, dan ia menampilkan koleksi yang sweet serta berpatutan.

 

(8) O!OiCollection

Korean Style, Ini 10 Label Fesyen Kesukaan Selebriti Korea Tapi Sesuai Wanita Malaysia!

 

Korean Style, Ini 10 Label Fesyen Kesukaan Selebriti Korea Tapi Sesuai Wanita Malaysia!
Jennie Blackpink

Jenama pilihan anggota Blackpink. Jelitawan dunia ini pernah dilihat mengenakan kardigan dan kardigan O!OiCollection dalam penampilan terkini mereka.

 

(9) TheOpen Product

TheOpen Product merayakan ekspresi kreatif individu dengan gabungan retro dan minimalis. Rekaannya yang unik dan penuh warna membuatkan si pemakai kelihatan lebih segar bertenaga. Jennie Blackpink sering dilihat memakai seluar jeans acid wash dari jenama ini.

 

(10) Nasty Fancy Club

Jenama kegemaran IU. Ia memiliki keunggulan kasual namun tersendiri. Si pemakai dapat menyuai padan gaya streetwear, avant-garde atau feminin dengan ceraian-ceraian Nasty Fancy Club.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI