Jika sebelum ini, Miss Universe Malaysia 2019, Shweta Sekhon menggayakan kostum inspirasi Baba dan Nyonya, kali ini Francisca Luhong James pula bakal mempersembahkan tema unik iaitu representasi suasana kampung untuk bertanding di pentas Miss Universe ke-69 beberapa hari lagi.

Buat Francisca Luhong James yang bakal mewakili Malaysia ke pentas berprestij di Seminole Hard Rock Hotel Hollywood, Florida itu, persiapan semestinya sudah diteliti sejak dia bergelar juara Miss Universe Malaysia 2020 pada September tahun lalu.

IKLAN

Kostum kebangsaan itu adalah merupakan cetusan idea pereka tempatan, Carven Ong dengan kerjasama Wesley Hilton of Borneo Doll dan mengangkat elemen dari empat budaya berbeza iaitu masyarakat Orang Asli, Melayu, Dayak dan Orang Ulu.

“Kostum ini menggambarkan elemen sebenar yang terdapat pada kampung di Malaysia dan menimbulkan perasaan nostalgia apabila melihatnya” Carven Ong

Kostum Carven Ong, Gaun Rizman Ruzaini Taruhan Malaysia Di Pentas Miss Universe ke-69
Carven Ong

 

Kostum Carven Ong, Gaun Rizman Ruzaini Taruhan Malaysia Di Pentas Miss Universe ke-69

 

Kostum Carven Ong, Gaun Rizman Ruzaini Taruhan Malaysia Di Pentas Miss Universe ke-69

 

Jelas Carven lagi, kostum seberat 45 kilogram ini disiapkan dalam tempoh tiga bulan bagi memastikan Francisca dapat melakukan latihan serta mempersembahkannya dengan lancar pada acara itu kelak.

Antara elemen yang terdapat pada kostum kebangsaan berkenaan, ayam serama, songket, batik serta tikar mengkuang yang dianyam seperti bentuk bunga raya.

Lebih mengujakan, terdapat elemen pertukaran ketika Francisca mempersembahkan kostum itu.

Kostum Carven Ong, Gaun Rizman Ruzaini Taruhan Malaysia Di Pentas Miss Universe ke-69

 

Kostum Carven Ong, Gaun Rizman Ruzaini Taruhan Malaysia Di Pentas Miss Universe ke-69

 

IKLAN

GAUN MALAM

Menerusi satu majlis yang diadakan di ibu kota pada Selasa, pihak pengurusan organisasi Miss Universe Malaysia (MUMO) turut mendedahkan gaun malam rekaan Rizman Ruzaini yang akan digunakan oleh Francisca pada pertandingan akhir tersebut. Gaun malam istimewa ini diinspirasikan oleh lagenda Puteri Sejinjang.

Buat pereka Rizman Ruzaini, adalah penting untuk menonjolkan elemen peribadi seperti personaliti dalam rekaannya itu bagi menyerlahkan lagi keyakinan serta keberanian pemakai.

Kostum Carven Ong, Gaun Rizman Ruzaini Taruhan Malaysia Di Pentas Miss Universe ke-69
Rizman Ruzaini

Kostum Carven Ong, Gaun Rizman Ruzaini Taruhan Malaysia Di Pentas Miss Universe ke-69

 

“Konsepnya berkaitan Puteri Sejinjang, menggambarkan kecantikan alam, flora dan fauna. Warna gaun malam ini pula representasi kepada laut dalam lagenda Puteri Sejinjang di Sarawak yang juga merupakan tempat kelahiran Francisca,” ujarnya dalam majlis sama.

IKLAN

Manakala, bagi Francisca sendiri, dia berbangga kerana dapat mewakili negara dalam pertandingan berprestij itu.

Katanya, ini adalah peluang sekali seumur hidup buatnya untuk mempamerkan keistimewaan Malaysia terutamanya budaya etnik minoriti di negara ini.

Kostum Carven Ong, Gaun Rizman Ruzaini Taruhan Malaysia Di Pentas Miss Universe ke-69

 

“Ini kali pertama Malaysia diwakili oleh seorang Bumiputera Sarawak iaitu saya sendiri. Jadi saya berharap saya dapat melakar sejarah untuk negara kita” Francisca James Luhong

Francisca turut menyeru rakyat Malaysia untuk terus menyokongnya sepanjang pertandingan itu berlangsung.

Pertandingan Miss Universe kali ini menampilkan sistem undian bagi melayakkan seorang peserta dipilih ke Top 21 (tangga 21 teratas).

Undian boleh dilakukan menerusi Aplikasi Miss Universe di Google Play dan Apps Store untuk memilih peserta kegemaran masuk ke jajaran semi final.

Tahun lalu Zozibini Tunzi dari Afrika Selatan dinobat sebagai Miss Universe 2019 menyaksikan negara itu merangkul kejuaraan kedua sejak Miss Universe Organization diambil alih oleh WWE/IMG Talent Agency.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI