Kot Berbulu & Aksesori Boleh Ubah Gaya PENAMPILAN BOSAN Anda!

27

Kekangan masa kadangkala membuatkan anda tidak sempat untuk bersiap. Tugas seharian dengan jadual yang padat membuatkan penampilan anda lesu dan tidak bermaya. Namun ada cara mudah yang boleh dipraktikkan agar gaya anda sentiasa tampak menarik dan memukau. Nona kongsikan 4 tip mudah untuk ubah penampilan lesu kepada gaya yang lebih trendy dan stailo!

 

1. KOT BERBULU

Kot berbulu adalah antara item yang mempunyai aura yang kuat. Tidak kiralah jika anda menggayakan baju-t kosong bersama denim atau dress paras bawah lutut, sarungkan saja kot berbulu dan stail anda sudah sempurna!

 

2. SUBANG DEMPAK

Ya! subang memang memainkan peranan penting. Ini kerana ia berdekatan dengan wajah anda. Jika anda tidak mempunyai masa untuk bersolek, sekurang-kurangnya pakai subang dempak untuk menutupi wajah lesu anda. Pilih warna-warna ceria seperti jingga, hijau atau merah. Antara lain, anda juga boleh memilih anting-anting labuh berlabuci bagi memenuhi ‘kekosongan’ pada sekitar bahu anda.

 

3. BAJU-T BERMOTIF

Jangan pandang rendah kuasa baju-t kerana jika anda pandai memilih baju-t yang mempunyai nilai fesyen tersendiri, ia sudah cukup menyegarkan kelesuan yang anda alami dek kerana seharian bekerja. Sebagai contoh, Jelita cadangkan anda memilih baju -t yang mempunyai cetakan penuh dan mempunyai pelbagai rona. Harus diingatkan, jika anda memakai helaian seperti ini, lampirkan ia dengan denim kosong atau skirt polos. Elakkan memakai rantai ataupun subang kerana ia akan memberi kesibukan pada gaya anda.

 

4. KASUT BERWARNA

Ramai antara kita sering ketepikan sepatu yang sesuai ikut penampilan. Tahukan anda, sekiranya anda malas untuk bergaya atau mempunyai masa yang singkat, sepatu warna terang dengan sedikit perincian  atau sulaiman unik sudah cukup membolehkan anda digelar ‘Ratu Fesyen’ di kalangan rakan-rakan anda.

Jangan Lupa Komen