Sedekad mewarnai dunia seni, pasangan duo kembar, AishaHanim meraikan
penglibatan mereka  menerusi penganjuran Mini Konsert One Night With
Aishahanim yang berlangsung  pada 13 Ogos 2023, di Mutiara Ballroom, Damansara.

IKLAN

Untuk rekod, AishaHanim adalah gabungan dua nama iaitu  Puan Sri Nooraisha Farizan Abu Bakar dan Hanim Fariza Abu Bakar.

Kredibiliti Menyanyi Secara Live Pernah Dipertikai, AISHAHANIM Bukti Kemampuan. Konsert Mini Jadi Buah Tangan!

Konsert tersebut mendapat tajaan daripada Roxro dan Wyn Wyn Event menyaksikan  berlangsung kehadiran 500 tetamu yang tampil dengan elegan bertemakan Black Tie, Black and Gold. Duo kembar Aishahanim membuka pentas One Night Only Aishahanim dengan
persembahan bertenaga menerusi lagu-lagu nyanyian semula Anggapanmu/ Robek
Hatiku (Hanim), Akhirnya Kini Pasti/ Oh Teruna (Aisha) dan berduet lagu My Way.

Menyelusuri sedekad perjalanan pasangan kembar ini dalam industri seni suara, mereka membawa para penonton mengimbas nostalgia  lagu yang pernah dibawakan oleh kedua-dua penyanyi itu dalam pelbagai pertandingan nyanyian sebelum ini. Hanim sebelum ini pernah menyertai Bintang RTM 2001 manakala Aisha pula pernah menjuarai pertandingan realiti, Girl Are Ready NTV7 (2001).

Kredibiliti Menyanyi Secara Live Pernah Dipertikai, AISHAHANIM Bukti Kemampuan. Konsert Mini Jadi Buah Tangan!Segmen kedua pula menyaksikan duo kembar tersebut menyanyikan lagu-lagu mereka
yang banyak dipilih menjadi runut bunyi bagi drama-drama popular antaranya Syurga
Nur, Bukan Gadis Biasa, Nikah Cerai Rujuk, Tabir Zulaikha dan banyak lagi. Antara lagu yang dinyanyikan mereka adalah Dua Muka, Angkara, Tinggalan Cinta, Benar Cinta dan Mata Kunci Cinta.

Bagi segmen ketiga, Aishahanim memilih untuk menyanyikan lagu-lagu permintaan
peminat antaranya I’m Alive, Pantun Janda, Kau Pergi Tanpa Pesan, Ini Rindu, I Will
Survive dan I Hate Myself For Loving You. Malah mereka turut menyanyikan lagu berbahasa Cina, Yue Liang Dai Biao Wo De Xin yang dipersembahkan sebagai kejutan kepada tetamu kaum Cina yang hadir di majlis tersebut.

Kredibiliti Menyanyi Secara Live Pernah Dipertikai, AISHAHANIM Bukti Kemampuan. Konsert Mini Jadi Buah Tangan!

IKLAN

Menurut Aishahanim ketika ditemui media sejurus selepas mini konsert, mereka bersyukur apabila konsert tersebut berlangsung dengan jayanya dan tetamu yang dapat turut berhibur dengan rangkaian lagu-lagu yang dipersembahkan.
Mereka juga menganggap konsert tersebut sebagai hadiah dan penghargaan kepada
semua pihak yang selama ini tidak putus-putus memberi sokongan sepanjang sepuluh
tahun dalam industri.

Konsert tersebut turut menjadi pentas peragaan fesyen apabila duo ini menggayakan tiga persalinan hasil rekaan Razman Razmi. Manakala solekan pula mendapat sentuhan @Qaseh_mua.

IKLAN

Kredibiliti Menyanyi Secara Live Pernah Dipertikai, AISHAHANIM Bukti Kemampuan. Konsert Mini Jadi Buah Tangan!“Kehadiran kami bukanlah untuk mencipta ruang persaingan sebaliknya untuk
menambah warna dalam industri seni tanah air. Perancangan kami selepas adalah
untuk menghasilkan album dan mungkin ada konsert lain selepas ini,” ujar mereka memberi bayangan untuk membuat persembahan pada skala yang lebih besar.

Konsert tersebut dihadiri oleh tetamu terhormat, Yang Amat Mulia Tengku Laksamana
Selangor, Yang Amat Mulia Tengku Sulaiman Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan juga yang berbahagia, Tan Sri Noh Omar.

Kredibiliti Menyanyi Secara Live Pernah Dipertikai, AISHAHANIM Bukti Kemampuan. Konsert Mini Jadi Buah Tangan!Kredibiliti Menyanyi Secara Live Pernah Dipertikai, AISHAHANIM Bukti Kemampuan. Konsert Mini Jadi Buah Tangan!One Night Only Aishahanim yang berlangsung selama dua jam itu juga menyaksikan
kehadiran rakan-rakan artis, keluarga, rakan media dan peminat yang selama ini
memberi sokongan kepada duo kembar tersebut.

Antara selebriti yang turut kelihatan ialah Dato Seri Vida, Kak KM, Hajjah Normah Damanhuri, Azharina Azhar dan beberapa selebriti lain. Malah duo kembar itu turut menyantuni mereka yang kurang bernasib baik apabila menjemput persatuan OKU untuk sama-sama berhibur dalam konsert itu.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI