Kelmarin Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan barisan senarai anggota kabinetnya. Dalam sidang media yang disiarkan secara langsung, Anwar mengumumkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Kanan PBB, Fadillah Yusof yang mewakli Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebagai timbalan perdana menteri.

Sebanyak 28 kementerian diumumkan di mana Anwar pula memegang portfolio kewangan manakala Zahid dilantik menjadi menteri kemajuan desa dan wilayah manakala Fadillah sebagai menteri perladangan dan komuniti. Selain itu, terdapat juga beberapa muka-muka baharu dalam barisan kabinet.

IKLAN

#KuasaWanita: Kenali 5 Menteri Wanita Hebat Dan Berpengaruh Dalam Kerajaan Perpaduan!

Namun yang turut menarik perhatian adalah barisan Wanita hebat kali ini yang dipilih menerajui lima kementerian masing-masing. Jom kenali siapa mereka!

DATUK SERI AZALINA OTHMAN SAID

#KuasaWanita: Kenali 5 Menteri Wanita Hebat Dan Berpengaruh Dalam Kerajaan Perpaduan!

Dikenali sebagai seorang ahli politik veteran yang lantang bersuara, beliau sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan pernah memegang portfolio Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat wanita pertama di Malaysia. Memiliki latar pendidikan dalam jurusan pentadbiran awam dari Universiti Teknologi MARA dan jurusan undang-undang dari Universiti Malaya dan London School of Economics and Political Science. Kini dilantik sebagai Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi.

HANNAH YEOH

#KuasaWanita: Kenali 5 Menteri Wanita Hebat Dan Berpengaruh Dalam Kerajaan Perpaduan!

Agak mengejutkan! Ahli Parlimen Segambut dan juga bekas peguam, Hannah Yeoh Tseow Suan dipilih sebagai Menteri Belia dan Sukan di bawah Kerajaan Perpaduan. Hannah memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari University of Tasmania, Australia. Beliau sebelum ini pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

FADHLINA SIDEK

#KuasaWanita: Kenali 5 Menteri Wanita Hebat Dan Berpengaruh Dalam Kerajaan Perpaduan!

IKLAN

Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek pula dilantik menarajui Kementerian Pendidikan. Merupakan wajah baru dalam kabinet Kerajaan Perpaduan dan kali pertama bertanding pada PRU lepas. Beliau menang di parlimen Nibong Tebal dan memiliki latar belakang dalam bidang undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah dilantik sebagai Menteri Pendidikan. Sebelum ini beliau merupakan senator mewakili DUN Pulau Pinang ke parlimen Malaysia. Juga merupakan seorang peguam syarie dan pemilik Tetuan Fadlina Siddiq & Associates.

DR ZALIHA MUSTAFA

#KuasaWanita: Kenali 5 Menteri Wanita Hebat Dan Berpengaruh Dalam Kerajaan Perpaduan!

Merupakan wanita pertama menerajui Kementerian Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa adalah seorang doktor perubatan juga graduan jurusan perubatan lepasan Universiti Kebangsaan Malaysia. Selepas tamat pengajian, beliau berkhidmat dengan kerajaan dan kemudiannya bekerja pula dengan klinik swasta. Kini beliau memiliki kliniknya sendiri yang terletak di Bandar Putra Kulai. Sesuai dengan latar pendidikannya, beliau telah dilantik sebagai Menteri Kesihatan menggantikan Khairy Jamaludin. Selain itu, beliau merupakan seorang ahli parlimen Sekijang di Johor Darul Takzim.

IKLAN

DATUK SERI NANCY SHUKRI

#KuasaWanita: Kenali 5 Menteri Wanita Hebat Dan Berpengaruh Dalam Kerajaan Perpaduan!

Anak jati Sarawak ini bukanlah nama asing dalam dunia politik. Datuk Seri Nancy Shukri yang merupakan ahli Parlimen Batang Sadong turut memegang jawatan sebagai Penolong Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak telah diberikan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Memegang portfolio Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya sebelum ini, beliau mendapat pendidikan di UiTM dalam jurusan Diploma Pentadbiran Awam dan kemudiannya menyambung pengajian di University of Hull dalam jurusan Undang-Undang.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI