Berderau jantung bila tengok anak jatuh. Tak keruan dibuatnya! Sama seperti ibu-ibu lain, Datin Dr Halina Mohd Yunos pun meluahkan rasa cemas bila salah seorang anak kembarnya iaitu Sheikh Noah jatuh dari kitchen counter. Sampai Dr Halina terkejut dan Tok Yah mereka menangis dibuatnya.
Insiden yang berlaku kira-kira seminggu yang lalu tersebut nyata turut mengundang rasa risau di kalangan pengikut setia isteri angkasawan negara ini di laman Instagram. Sebagai individu yang berpengalaman luas dalam dunia perubatan, Dr Halina terpanggil untuk berkongsi tip yang patut ibu bapa lakukan sekiranya berdepan situasi sama kepada anak-anak.
Ads
Terangnya, “To parents out there… kalau anak kita jatuh especially bila kena kepala dulu, check conscious level nangis ke tidak. Nangis is good, that means your baby is conscious.
Kedua, pernafasan ok ke tidak. Look for any bump atau benjol. You can put ice to stop benjol from getting bigger.”
Ringkasnya, jika anak-anak ada menunjukkan reaksi selepas terjatuh… ia adalah petanda bahawa mereka berada dalam keadaan sedar. Pun begitu, segera periksa sebarang lebam atau benjolan jika ada.
Ads
Dr Halina di samping Bella & Tasha
“Over time, check anak kita. Kot-kot dia ada rasa nak muntah atau muntah-muntah kat rumah. Feeling nauseous atau muntah is NOT good. Make sure kaki dan tangan all boleh gerak macam biasa. If there’s abnormality, bring to hospital immediately!” tegas ibu kepada empat anak ini.
Jadi lepas ni kalau anak jatuh, pastikan kaum ibu buat seperti yang diajar Dr Halina. Bukan apa, sekurang-kurangnya dapat mengelak daripada masalah yang lebih besar berlaku hanya dari rumah sebelum terus mendapatkan rawatan di hospital.
Ads
Datin Dr Halina yang mendirikan rumah tangga bersama angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor pada 10 Oktober 2010 dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan sepasang anak kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah yang bakal berusia dua tahun, Julai nanti.
Kredit: Instagram Dr Halina
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Peningkatan kes COVID-19 yang naik mendadak pada waktu ini bukan saja membimbangkan seluruh penduduk dunia, malah menyebarkan satu lagi masalah baru iaitu timbunan sampah pelitup muka.
Memasuki bulan kesepuluh pandemik COVID-19, pelbagai gaya hidup bertukar dan kebiasaan normal kita juga harus disesuaikan dengan situasi, demi mencegah jangkitan virus sindrom pernafasan akut teruk ini.
Salah satunya adalah dengan mewajibkan pemakaian pelitup muka sebagai cara menghindari virus atau kontaminasi ketika melakukan aktiviti luar. Namun masyarakat amat mudah terlupa bahawa pembuangan pelitup muka yang sudah digunakan juga harus mematuhi SOP.
Foto: Asahi
Pelitup muka yang belum musnah boleh jadi disalah gunakan. Mungkin saja dikutip lalu digunakan semula oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Selain itu, timbunan sampah pelitup muka yang dibuang merata-rata juga mendorong pencemaran alam.
Cara-Cara Buang Pelitup Muka
Lipat dua pelitup muka. Pastikan sisi dalam tetap berada di bahagian dalam.
Gulung dan ikat pelitup muka dengan tali pengikatnya.
Jika boleh semburkan cairan disinfektan dahulu sebelum dibuang.
Gunting pelitup muka anda.
Bungkus dengan tisu atau kertas.
Kumpulkan pelitup muka di dalam satu bekas dan jangan campurkan dengan sisa sampah lain.
Buang sampah pelitup muka ke tempat khusus.
Cuci tangan selepas membuang sampah dengan menggunakan sabun selama 20 saat.
Selain cara di atas, semak video daripada World Health Organization (WHO) ini untuk cara terbaik melupuskan pelitup muka terpakai.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Takut dilabel sebagai sombong kerana memilih kawan? Sebaiknya, betulkan persepsi orang mengapa anda memilih dalam berkawan. Pilihan di tangan anda setelah menilai seseorang itu bagaimana. Adakah memberi manfaat atau sebaliknya kerana ia mempengaruhi kehidupan serta masa depan anda.
Biarlah orang nak kata sombong, yang penting anda tidak salah memilih kawan. 5 alasan ini dapat membantu mengapa perlunya memilih kawan.
PENGARUHI TINGKAH LAKU
Selain keluarga, kawan juga boleh mempengaruhi perilaku anda sehari-hari. Contohnya, anda gemar bergaul dengan kawan yang suka bercakap kasar. Sudah tentu anda akan cenderung berbuat demikian kerana terpengaruh. Sebaliknya, jika anda bergaul dengan kawan yang ramah, sopan dan lembut tutur katanya perilaku anda juga akan begitu.
MENAMBAH ILMU
Jika anda seorang yang mempunyai wawasan dan sentiasa inginkan ilmu pilihlah kawan yang ada ciri-ciri seumpama itu. Tetapi itu tak bermaksud anda perlu memandang rendah terhadap mereka yang tidak berpendidikan tinggi. Tambah ilmu dengan kawan-kawan yang berpengetahuan luas contohnya berkawan dengan mereka yang berlainan bidang kerjaya atau usahawan sukses.
PENGARUHI MASA DEPAN
Jika bergaul dengan kawan-kawan yang hanya suka menghabiskan masanya tanpa menyiapkan diri untuk masa depan yang lebih baik boleh saja anda memiliki masa depan yang suram. Orang yang bijak pun belum tentu sukses apatah lagi yang hidupnya senang lenang dengan harta keluarga tanpa pernah merasa susah. Anda akan menyesal jika masa muda disia-siakan.
JANGAN TERLALU NAIF
Tidak semua bernasib baik mendapat kawan yang baik. Ini kerana ada yang tidak jujur dan suka mengambil kesempatan. Paling menakutkan ialah ada yang mahu berkawan semata-mata ingin menjatuhkan seseorang tanpa sedar kerana terlalu iri hati dengan kehidupan orang lain.
TERJEBAK DALAM MASALAH
Memilih dengan siapa anda mahu berkawan sangat penting. Tahu latar belakang dan karakter seseorang seperti perokok, gemar mengumpat, menghasut, boros, terlibat dalam gejala sosial dan seumpamanya. Sekalipun anda berasal dari keluarga yang baik-baik jika berkawan dengan orang yang salah masalah tetap akan datang di kemudian hari. Bijaklah memilih kawan. AMY MOHD
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seronok tengok ibu-ibu yang sedang berbadan dua hari raya ni. Nampak comel je.. tak terkecuali selebriti popular, Lana Nodin. Dalam diam, rupa-rupanya isteri Mohd David McKienzie ni tengah mengandung. Pandai sorok perut ya! Kalau Lana tak upload gambar raya dengan baby bump tu mesti ramai yang masih tak tahu dia sedang hamil anak kedua.
Sampaikan ada di kalangan rakan artis pun terkejut dan tak tahu tentang kehamilan Lana. Sebaik mengetahui yang pelakon berbakat ini tengah berbadan dua, ramai yang ambil peluang mengucapkan tahniah kepada Lana dan suami. Antara artis yang melahirkan rasa gembira dengan berita tersebut termasuk Azza Elite dan Datin Anne Ngasri serta para peminat.
Kecil dan comel je perut ibu bertubuh genit ni.
Menyambut hari raya di Kuala Lumpur bersama keluarga tersayang, Lana khabarnya berada di ‘kampung halaman’ David di USA sejak berangkat pulang ke sana pada Selasa lalu. Untung empunya badan, bukan saja dapat bertemu dan beraya dengan keluarga mentua, dapat pergi melancong sekali.
Lebaran tahun ini Lana sekeluarga memilih busana raya sedondon berwarna pic. Cukup manis digayakan pada pagi 1 Syawal lebih-lebih lagi melihat penampilan David yang segak berbaju melayu lengkap bersongkok dan bersamping. Walaupun baru tiga tahun bergelar Muslim dan menyambut hari raya, tapi suami kesayangan Lana ini sedikit pun tak kekok dan teruja meraikan hari raya bersama-sama.
Paling mencuit hati, reaksi David ketika memohon maaf dan bersalaman dengan ibu bapa Lana di pagi raya. Terserlah kerendahan hati lelaki ini untuk mempelajari dan mendalami selok-belok budaya serta adat orang Melayu.
Lana dan David mendirikan rumah tangga pada tanggal 15 Mei 2015 dan hasil perkongsian hidup bersama, pasangan romantik ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Gia Quinn McKenzie yang kini berusia dua tahun.
Sumber: Instagram Lana Nodin
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masih kekal berbisa dan tiada tandingan! Itulah ungkapan paling tepat yang boleh menggambarkan kehebatan persembahan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pada...