Ramai berpendapat produk yang menjalani proses teknologi memberikan hasil yang lebih baik kepada kulit. Tahukah anda bahawa apa yang kita makan dengan mudahnya menyerlahkan kecantikan diri? Cara terbaik untuk anda yang ingin menjaga kulit adalah dengan menggunakan buah-buahan dan sayur-sayuran di dalam diet harian kerana bajet lebih rendah berbanding produk kosmetik lain.

IKLAN

Cuaca panas menyebabkan pigmentasi kulit berubah menjadi gelap dan meninggalkan noda gelap pada wajah. Ia disebabkan pendedahan terhadap cahaya UV. Oleh yang demikian, diet memainkan peranan penting agar ia dapat melindungi keperluan nutrisi kulit.

  1. Kacang peas

Kekacang kecil adalah solusi kepada masalah kesihatan dan meningkatkan tahap bronze kulit. Kacang peas berupaya menyingkirkan pigmentasi gelap pada kulit anda. Malah, kacang peas juga mempunyai vitamin A yang membantu melembap kulit dengan lebih efektif.

Hindari Kulit Berkedut, Bintik Hitam & Miliki Kulit Cerah Dengan 7 Jenis SAYURAN Ini! Hasilnya Memang WOW

  1. Cendawan

Cendawan mengandungi banyak nutrisi termasuk protein dan vitamin terutamanya lemak dan tiada kolestrol. Pengambilan cendawan secara sederhana membuatkan kulit wajah lebih cantik dengan peningkatan pengeluaran estrogen menentang penuaan. Cendawan mengandungi vitamin D dan anti oksidan untuk melindungi kulit daripada berkedut akibat cahaya matahari.

  1. Timun

Timun sangat popular bila tiba musim panas. Ia mengandungi banyak vitamin termasuk vitamin B2, vitamin C, vitamin E serta asid amino dan asid tartaric. Setiap asid ini mempunyai kelebihan menentang sunburn dan freckles, membersih serta mencerahkan kulit. Malah ia juga mengurangkan alergi pada kulit. Terdapat banyak lagi nutrisi timun seperti protein, karbohidrat, karotin, niacin, kalsium dan fosforus.

  1. Tomato

Tomato adalah buah yang mencerah kulit secara semula jadi. Ia sesuai untuk kulit berminyak dan yang mempunya bintik hitam. Tomato mengandungi antioksidan seperti vitaminA dan C. Semakin banyak anda mengambil tomato dalam diet seharian, semakin cepat kesannya bleh dilihat.

IKLAN
  1. Lobak merah

Lobak merah sangat baik untuk penglihatan dan kulit kerana ia diperkaya dengan vitamin A, vitamin C dan fiber. Ia mempunyai anti oksidan yang boleh memutihkan kulit. Ia juga berupaya menyingkirkan toksin dalam badan.

  1. Ubi kentang

Ubi kentang mempunyai efek bleaching. Paling penting, ia sangat murah! Ubi kentang mempunyai enzim dan protein yang membantu perkembangan kulit sihat. Sebagai tambahan, ubi kentang mengandungi vitamin B, vitamin C dan selulosa yang berkualiti tinggi bagi mengekalkan kulit sihat.

IKLAN

Hindari Kulit Berkedut, Bintik Hitam & Miliki Kulit Cerah Dengan 7 Jenis SAYURAN Ini! Hasilnya Memang WOW

  1. Asparagus

Selenium yang terkandung di dalam asparagus membantu memutihkan kulit dan melawan penuaan. Terbukti asparagus juga merawat barah seperti barah kulit, barah paru-paru dan barah pundi kencing. Asparagus lebih mahal berbanding sayur-sayuran lain kerana ia memerlukan tempoh yang lama untuk tumbuh dan ia dituai hanya dengan tangan. Rasanya yang unik boleh dimasak dengan pelbagai cara.

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI