Bila jerawat ‘singgah’ pada wajah, mesti kita tak senang duduk. Cuba bayangkan jika kulit anda mudah naik jerawat dan tidak terkawal. Ngeri kan! Baik lelaki mahupun wanita, kesihatan kulit wajah tidak boleh diabaikan. Mesti anda gembira bila ada rutin penjagaan kulit wajah yang boleh membantu anda ‘membelai’ kulit dengan ringkas dan berkesan, tidak mengira usia!
Bersempena La Roche-Posay x Shopee Acne Fighters Super Brand Day, rangkaian penjagaan wajah baharu dari Loreal membawa berita gembira untuk anda yang sedang ‘bertarung’ dengan jerawat pada wajah. Bagai magis yang membantu menyelesaikan masalah kulit berjerawat, rutin penjagaan wajah anda menjadi lebih mudah.
Kata orang, prevention is better then cure, kan? Janganlah tunggu sehingga jerawat penuh di muka barulah hendak mencari produk. Dengan rangkaian La Roche-Posay, anda boleh letakkan keyakinan penuh dan jangan culas! Jom baca apa kebaikan produk ini.
Ads
Kami senaraikan rangkaian produk rutin penjagaan wajah yang anda perlu tahu:
#1 Effaclar Purifying Foaming Gel
Ads
Gel pembersih wajah ini membersihkan kulit daripada kotoran dan minyak serta mengekalkan keseimbangan pH kulit. Malah, ia tidak membuatkan kulit menjadi kering.
Berkesan mengurangkan jerawat, cela, bintik hitam dan mengawal kilau pada wajah.
BEBAS sabun, paraben, alkohol dan minyak.
Memberi keselesaan pada kulit
#2 Serozinc
Penyembur wajah oilblotter dengan infusi zink sulfat yang dicipta untuk memberi keselesaan pada wajah berjerawat, mengawal kilat dan mengetatkan liang pori pada wajah.
#3 Effaclar Duo (Untuk Kulit Berjerawat)
Ads
Pelembap anti-jerawat,anti-cela dan anti-pengulangan dengan salicyclic acid dan LHA
Keberkesanannya boleh dilihat seawall 12 jam
Menghilangkan cela wajah, ketidaksempurnaan kulit dan memperbaiki liang pori yang tersumbat
Memberi keselesaan
#4Effaclar K+ (Untuk Kulit Berminyak)
Pelembap dengan Salicyclic acid. Ia anti-oksida dan anti-sebum selama lapan jam
Sesuai untuk kulit yang dengan bintik hitam, tekstur tidak sekata dan kilau berlebihan
Selepas penggunaan satu bulan, tekstur kulit menjadi lebih halus, liang pori tidak tersumbat dan kilauan pada wajah lebih terkawal
Terbukti anti-pengulangan terhadap kesan cela dan bintik hitam
#5Effaclar Mat (Untuk Kulit Normal ke Berminyak)
Pelembap kawalan sebum
Menghalang kilau pada kulit dan memastikan kulit sentiasa halus dan matte
Memberi keselesaan
Apalagi, jangan lupa scroll laman web Shopee di SINI dan dapatkan La-Roche Posay. Rasai sendiri magis yang akan berlaku pada wajah anda.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Laksana dunia berbeza, kunjungan Nona ke pop-up booth raya Swarovski di Centre Court, Pavilion Kuala Lumpur menitip pengalaman indah. Sebelum majlis bermula, sempat kaki melangkah mengunjungi setiap booth Swarovski yang dibina khas.
Turun saja dari tangga utama, emblem ikonik angsa putih Swarovski megah menanti. Tersergam di dalam set panel iluminasi kristal, usah lepaskan peluang mengabadikan nostalgia anda di sini.
Swarovski menjelmakan ciptaan indahnya melalui 4 reruai utama. Selesai bergambar, langkah diteruskan ke kawasan Swarovski Creators Lab Collection dan Bawal Exclusive Collection.
Lihat sendiri pelbagai himpunan unik yang serba mewah dan menakjubkan. Antaranya pameran dress Rizalman Couture bertatahkan 83,900 butir Swarovski, skarf bawal bertaburan kristal mewah, Aura Sandal AQUAZZURA, kasut Phileo 005 Crystal Derby, beg PIPATCHARA x SWAROVSKI ‘The Mini AMU’ serta peralatan makan porselin SWAROVSKI x Rosenthal Koleksi Signum, selain mahkota Swarovski sempena Vienna Opera Ball pada Januari lepas, yang bertatahkan 233 butir kristal yang ditukang teliti dalam pelbagai potongan dari batuan kecil hingga besar.
Seperti bidadari, persalinan dress mewah buatan tangan bernilai RM250,000 ini telah direka khas untuk Pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri berinspirasikan karakter drama Turki, Magnificient Century. Terpegun dibuatnya, so regal and majestic!
Terus melangkah ke reruai merchandise, terokai pelbagai himpunan barangan kemas, jam tangan, figurines dan aksesori Swarovski yang menjadi idaman ramai. Masih mengekalkan vibe ruang jualan sensorial, anda bebas bereksplorasi, menyentuh dan mencuba sendiri barangan Swarovski yang disukai.
Paling menarik di pop-up booth raya Swarovski, tentunya koleksi barangan kemas sempena kempen Raya Swarovski 2024. Cantik-cantik belaka, rambang mata dibuatnya.
Koleksi ini mengetengahkan keindahan kristal dan batu-batu Swarovski dalam keluarga Constella, Luna, Una, Matrix, Millenia dan Imber. Nuansa hijau, pink dan kristal jernih yang memancar menyerikan sambutan raya penuh tradisi sambil membias ketenangan dan kemakmuran.
Tak ketinggalan, himpunan jam tangan Swarovski pun sesuai buat yang tersayang. Barulah sempurna buat mereka gembira, sambil kita pun bersiap sakan dengan perhiasan barangan kemas Swarovski yang berkerlipan ni.
Dah jumpa yang berkenan? Akhiri kunjungan anda di kaunter pembayaran dengan aktiviti Crystallisation. Sempena kempen yang berlangsung dari 11 Mac – 14 April 2024 ini, anda boleh customize tote bag Swarovski dengan kristal bagi pembelian bernilai RM700 ke atas atau skarf Bawal Exclusive dengan kristal bagi pembelian bernilai RM1,200 ke atas.
Majlis pelancaran ‘Radiant Raya’ kolaborasi Pavilion, Swarovski dan Maybank akhirnya bermula sekitar jam 6.00 petang. Dimulakan dengan persembahan tarian tradisional Melayu, membangkitkan vibe Aidilfitri yang menjelang tiba.
Usai penyampaian ucapan Pengarah Urusan Swarovski (Asia Tenggara & India), Mr Lars Schmidt, semua penganjur dan selebriti jemputan dijemput naik ke pentas sebagai simbolik pelancaran kempen. Antara wajah-wajah glamor yang hadir adalah pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya, Sharifah Rose, Nadhir Nasar, Zhen Ning, Jack Gohr, Rubini Sambanthan dan Misha Omar.
Tambah menarik, Misha Omar turut dijemput membuat persembahan menghiburkan tetamu. Cukup mengasyikkan!
Kalau singgah ke Kuala Lumpur, jom terokai dunia ciptaan indah Swarovski di Centre Court, Pavilion KL bermula 11 Mac hingga 14 April 2024 ini, dari 10 pagi hingga 10 malam.
Perniagaan yang telus, dibina berasaskan Al-Quran dan hadis telah terbukti membawa kejayaan. Antara syarikat berkonsepkan MLM yang pertama yang menepati piawaian SIRIM dengan lengkap dan pematuhan syariah secara menyeluruh di Malaysia ialah TDC Holdings Sdn Bhd.
Diasaskan oleh Mohd Hafizuddin Hiew Abdullah atau Hafiz Hiew, penerima Nona Outstanding Business Award ini optimis untuk memaksimakan keuntungan jualan di dunia sambil menggandakan pahala saham di akhirat.
“Saya yakin bahawa apa pun yang kita lakukan di dunia akan memberi kesan dan impak kepada diri kita di akhirat. Begitu juga dengan perniagaan yang begitu banyak dikisahkan dalam Al-Quran dan hadis.
Maka bagi saya, modul dan formulasi perniagaan terbaik di dunia adalah berlandaskan dua perkara ini. Tiada apa pun kelas, buku, seminar, mentor atau guru perniagaan yang boleh menjangkaui ilmu Al-Quran dan hadis.” Hafiz Hiew
Selari dengan tujuan ini, Hafiz sendiri selaku Ketua Pegawai Eksekutif TDC Holdings Sdn Bhd memastikan agar syarikat beliau mematuhi piawaian syariah, selain SIRIM dan sebagainya.
“Saya hanya seorang saudara baru berbangsa Cina yang sedang belajar keindahan Islam. Maka saya perlu merujuk kepada yang pakar.
Daripada Panel Syariah Koperasi ANGKASA Malaysia Berhad, kemudian Lariba Consulting dan seterusnya SIRIM International Berhad, TDC melalui satu demi satu audit, penambahbaikan serta pengubahan untuk pematuhan syariah keseluruhannya.
Malah TDC juga ada Pegawai Eksekutif Pematuhan Syariah sendiri.
Saya sentiasa percaya, pematuhan syariah bermula dalam diri kita sendiri sebagai usahawan dan pemimpin, jadi secara peribadinya saya sentiasa berusaha mendalami ilmu muamalat dan pengajian Islam secara intensif.” Hafiz Hiew
PRODUK TERBAIK
Sebagai sebuah perniagaan maju dengan rekod jualan produk melebihi 4 juta unit di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura TDC amat dikenali dengan produk-produk minuman kesihatan seperti C2Joy, BerryMix dan Colever.
“Bestsellers kami ialah C2Joy iaitu produk minuman berasaskan susu kolostrum dan susu skim, kemudian produk minuman berasaskan buah delima, anggur hitam dan biji brokoli yang diberi nama BerryMix. Kami juga melancarkan Colever iaitu produk minuman susu kolostrum yang diperkaya dengan beta-glucan dan yis.
Sepanjang PKP sememangnya saya sudah membuat persiapan bahawa jualan TDC akan menurun daripada RM33 juta pada tahun 2019 kepada minima separuh pada tahun 2020.
Walaupun sudah menjangka jualan akan menurun, tapi melihatkan keadaan tenat golongan B40 dan masyarakat yang terkesan akibat pandemik, saya memutuskan untuk mengosongkan akaun bank syarikat dengan bersedekah lebih RM3 juta.
Kami mewakafkan mesin bantuan pernafasan untuk pesakit COVID-19, ambulans, van jenazah, bantuan makanan dan kewangan kepada golongan yang memerlukan.
Mungkin atas kepercayaan kepada surah Al-Fathir, ayat 29:
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menginfakkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka secara diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugikan.
Serta keyakinan bahawa janji dan firman Allah ini adalah benar, tindakan infak TDC ini betul-betul memberikan pulangan yang lumayan.” Hafiz Hiew
Terbaharu, dengan sokongan padu dan kerjasama erat daripada Selangor FC, TDC Holdings Sdn Bhd mengumumkan pelancaran produk Alithera menerusi kempen Let’s Cope with A Neon Hope bersempena Hari Kanser Sedunia, yang turut disertai Majlis Kanser Nasional (MAKNA), Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Sunway Medical dan Sunway Pyramid.
Pelancaran ini telah diadakan di Sunway Pyramid Convention Centre pada 4 Februari 2022, bersempena sambutan Hari Kanser Sedunia yang disambut setiap tahun secara rasmi di lebih 60 negara di seluruh dunia untuk meningkatkan kesedaran tentang kanser serta mendorong pencegahan, pengesanan, dan rawatan penyakit tersebut.
“Saya amat gembira dapat bekerjasama dengan Selangor FC untuk kempen kesedaran kanser melalui pelancaran ‘Away’ Kit 2022 kerana ia selari dengan nilai TDC Holdings yang sentiasa menitik beratkan usaha-usaha yang dapat memberi impak positif kepada komuniti.
Selain itu, TDC Holdings juga berbesar hati untuk meneruskan penajaan dengan Selangor FC yang bernilai RM3.5 juta bagi tahun 2022.
Kerjasama yang berterusan ini diharapkan dapat memberi kesinambungan terhadap inisiatif-inisiatif yang sedang dirancangkan di antara TDC Holdings dan Selangor FC untuk tahun ini dan pada masa akan datang.
Produk Alithera yang turut dilancarkan merupakan antara jenama utama bagi jersi ‘Away’ Selangor FC dan produk minuman kesihatan terbaharu keluaran TDC Holdings yang mematuhi undang-undang Malaysia, kepatuhan terhadap SIRIM dan pematuhan syariah.
Alithera merupakan minuman botani cendawan susu harimau, kurma merah dan tongkat ali yang berfungsi untuk mempertingkatkan sistem pernafasan, imunisasi badan serta sistem penghadaman badan manusia secara optimum.” Hafiz Hiew
Selain itu, pengenalan strategi yang diterapkan kepada para pengedar adalah seperti latihan atas talian, pemantapan sistem pengedaran atas talian dan pengurusan atas talian yang bertambah baik sejak tahun 2016 yang kini hampir 90%.
Produk-produk TDC yang selama ini fokus kepada peningkatan imunisasi juga memberikan satu lonjakan jualan kepada TDC secara mendadak.
“Sepanjang tahun 2020, jualan TDC meningkat hampir 3 kali ganda daripada RM33 juta kepada RM100 juta. Malah pada tahun 2021, kita juga telah mencapai jualan RM100 juta pada tahun kedua berturut-turut seawal November lagi dengan keseluruhan sedekah, infak, wakaf, dan zakat TDC melebihi RM 10 juta tunai dalam masa dua tahun ini,” Hafiz Hiew
Lelaki tinggi lampai berusia 34 tahun ini merupakan seorang mualaf yang berkelulusan Master in Business Administration (Finance) dari Universiti Malaysia Kelantan dan Ijazah Agri-Techno Entrepreneurship, juga dari universiti yang sama.
Terdahulu sebelum itu, beliau pernah menggenggam Diploma Pengajian Islam dari Interactive Dakwah & Tarbiyah Association (IDT). Menjadikan Baginda Rasulullah SAW sebagai idola bisnesnya, Hafiz tekad memimpin pasukan TDC agar menjadikan bisnes ini sebagai pasport mereka ke syurga.
Kata Hafiz, TDC mengagihkan sebahagian pendapatan kepada jalan kebajikan serta menerapkan budaya ‘TDC For You’ dan #TDCHeart fokus untuk membantu keperluan harian golongan susah termasuk mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Tidak ketinggalan, lebih RM500,000 zakat telah disalurkan tidak termasuk infak, wakaf, sedekah dan sumbangan kepada masyarakat melebihi RM12 juta.
Kini, TDC dalam proses akhir mendapatkan permit eksport ke pasaran jiran seperti Indonesia dan Singapura. Rancangan ini tertunda akibat PKP dan akan diteruskan semula sebaik sempadan negara dibuka.
TDC juga dalam proses penstrukturan dan pemantapan organisasi ke arah pengurusan yang lebih berkualiti selepas mendapat pengiktirafan ISO 9001:2015 (Sistem Pengurusan Berkualiti).
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak berlangsungnya majlis Istiadat Perkahwinan di antara YTM Tengku Mahkota, Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra dan YAM Che Puan Sofie Louise Johansson pada bulan April 2019, perhatian rakyat mula tertumpu kepada wanita kelahiran Sweden ini.
Che Puan Sofie Louise bukan hanya dikurniakan raut wajah cantik semata-mata malah bijak membawa diri bersama rakyat Kelantan khususnya. Wanita yang gemar memakai baju kurung moden dan berselandang ini tidak kekok bertemu masyarakat, aktif dengan aktiviti kemasyarakatan, ligat di dapur, pandai menjahit dan gemar berbasikal.
Semalam, Che Puan Sofie Louise telah meraikan ulang tahun keputeraan suaminya seperti yang telah dikongsinya di laman media sosialnya. “Januari 20. Happy Birthday to my lovely husband. May all your dreams come true. Wishing good health and many many happy years together,” coretnya yang memilih tema kuning untuk meraikan tarikh keputeraan suami tersayang.
Tengku Mahkota Kelantan pula diputerakan pada 20 Januari 1974 di Istana Kota Lama, Kota Bharu. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ismail Petra II sebelum meneruskan pengajian di Oakham School, London di peringkat sekolah menengah.
Che Puan Sofie yang berasal dari Sweeden ini khabarnya mempunyai kelulusan pendidikan dalam Bahasa Inggeris dan Sosiologi. Cik Puan Sofie dilahirkan pada 6 Jun 1986 dan membesar di Linköping, bandar yang terletak di utara Sweden dan aktif menyertai pelbagai aktiviti kemasyarakatan sejak di bangku sekolah lagi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
The Devil Wears Prada mengupas realiti salah guna kuasa di tempat kerja, memperlihatkan peralihan dunia fesyen ke era digital dan konflik kepimpinan moden.