Nikmati hidup bebas stres dan daya ketahanan badan yang kuat dengan hidangan berasaskan ikan.
Jika selama ini anda lebih suka menjamah sajian daging atau ayam, tukar menu ikan pula untuk mendapatkan otot yang kuat, jantung sihat dan hormon yang stabil.
Selain kaya dengan zat protein yang tinggi, sumber makanan ini juga sesuai dinikmati oleh wanita yang baru melahirkan bayi. Di samping membaik pulih sel dalam badan, juadah ikan juga baik untuk pertumbuhan rambut baru. Memang tepat disajikan untuk wanita berpantang.
(a) Bawal Masak Asam Pantai Timur
Ads
Bahan-bahan:
150 ml minyak masak
1kg ikan bawal
½ cawan air asam jawa
½ sudu teh biji sawi
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
Sepotong halia
Sedikit kunyit hidup
½ biji lobak merah
2 tangkai cili merah
Sedikit garam
1 sudu teh lada hitam
Sedikit daun sup
Cara membuat:
Panaskan minyak terlebih dahulu. Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang dipotong halus. Tumis hingga naik bau. Masukkan pula cili merah diikuti dengan setengah sudu biji sawi dan lobak merah yang dipotong halus. Seterusnya, masukkan air asam jawa, lada hitam dan garam untuk perasa. Letakkan daun sup untuk hiasan. Siap untuk dihidang. Anggaran tempoh penyediaan masakan ini adalah lebih kurang dalam 20 minit.
Ads
(b) Tenggiri Ala Sze Chuan
Bahan-bahan:
Ads
150 ml minyak masak
1kg ikan tenggiri
5 biji bawang merah
5 biji bawang putih
Sepotong halia
200 gram sos cili
100 gram sos tiram
2 sudu besar kicap
Sedikit minyak bijan
3 tangkai cili kering
Sedikit tepung jagung
Cara membuat:
Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang dipotong halus. Kemudian masukkan satu sudu besar sos cili, sos tiram dan kicap. Letak sedikit minyak bijan dan masukkan cili kering yang dipotong bersama tepung jagung sebagai agen pemekat. Tuang kuah yang telah siap tadi ke atas tenggiri yang sudah siap digoreng. Tempoh penyediaan masakan ini adalah lebih kurang 20 minit. Suziana Abu Daud
Bila tiba hujung minggu, pelbagai agenda dirancang untuk meluangkan masa bersama keluarga tersayang. Ada yang bercadang bercuti, membawa keluarga berkunjung ke pusat beli belah mahupun menikmati hidangan di restoran pilihan masing-masing.Minggu ini, hari minggu menjadi lebih bermakna apatah lagi tatkala negara bakal menyambut ulangtahun kemerdekaan ke 63 esok. Cuti hujung minggu yang lebih panjang dari biasa membolehkan pelbagai agenda bersama keluarga dirancang sebaik mungkin.Jika anda masih mencari lokasi untuk menikmati hidangan yang enak pada harga yang berpatutan, kunjungan ke The Resort Cafe yang terletak di Sunway Resort Hotel & Spa boleh dijadikan pilihan. Mana tidaknya, The Resort Cafe memperkenalkan “Tiki-Licious Sunday Brunch” untuk membolehkan anda seisi keluarga menikmati hidangan secara buffet yang menampilkan menu dari seluruh dunia!
Tiki-Licious Sunday Brunch boleh dinikmati pada setiap hari Ahad bermula jam 11 pagi hingga 3 petang ini pada harga RM88nett untuk dewasa dan RM48 nett untuk kanak-kanak dari 6 hingga 12 tahun.
Penulis berkesempatan berkunjung ke Resort Cafe baru-baru ini untuk menikmati sendiri hidangan secara buffet dalam norma baharu yang dipersembahkan dalam cara unik dan sendiri oleh kakitangan Resort Cafe ini.
Bagi memastikan faktor keselamatan pengunjung tatkala menjamu selera, inisiatif Sunway Hotels & Resorts yang menampilkan polisi ‘Sunway Safe Stay’ bagi memastikan soal kebersihan dan keselamatan diberi perhatian khusus. Mana tidaknya, setiap pelanggan akan diperiksa suhu badan terlebih dahulu sebelum memasuki premis selain mengamalkan penjarakkan sosial seperti yang disarankan oleh pihak kerajaan.
The Resort Café telah ditransformasi dengan gaya Lūʻau-inspired set-up di mana setiap kakitangan akan menampilkan pakaian dari Kepulauan Hawaii dan Mexico di samping alunan muzik Aloha yang dimainkan sepanjang 4 jam brunch berlangsung. Lebih istimewa, ketibaan pelanggan akan disambut oleh set up ala Hawaii di tepi pantai. Sememangnya bagai berada di Hawaii!
Nak tahu apakah perbezaan yang penulis dapat rasai sendiri tatkala menikmati Tiki-Licious Sunday Brunch ini baru-baru ini? Ya, penulis amat tertarik dengan konsep buffet yang lebih bersifat personal dan mesra di antara para kakitangan hotel dengan para pelanggan. Mana tidaknya, brunch kali ini membolehkan para kakitangan menghidangkan makanan secara direct di meja para pelanggan!
Ya, hidangan akan dibawa ke setiap meja oleh kakitangan The Resort Cafe dalam kuantiti yang cukup unik. Apabila makanan dibawa terus kepada pelanggan, sekaligus mengurangkan pergerakan ke meja buffet dan mengehadkan pergerakan di dalam restoran. Selain itu, terdapat 12 live action stations yang menghidangkan pelbagai hidangan enak untuk dinikmati.
Antara menu yang ditawarkan bermula dari hidangan starters seperti Caesar Salad with condiments tossed in a large Cheese Wheel, sup barat atau Cina, mi tarik, teppanyaki,Makki Rolls dan sebagainya. Tidak ketinggalan, menu Asia dan hidangan Mexico yang wajid dicuba iaitu Nachos dan Quesadillas, hidangan enak seperti sate, kebab Turki, Satey Lilit Bali dan tidak dilupakan hidangan signature The Resort Cafe iaitu Churrasco.
Memahami selera rakyat Malaysia yang gemar mencuba pelbagai hidangan, hidangan yang diinspirasi dari Korea seperti Korean-style Fried Chicken dan Pancake turut dihidangankan untuk dicuba. Sebagai hidangan penyejuk tekak, jangan lupa mencuba ais kacang, cendol serta mocktail buah-buahan tropika.
Selain menikmati pelbagai hidangan yang enak, para tetamu turut akan dihiburkan dengan persembahan istimewa dari kakitangan The Resort Cafe yang sememangnya bukan sahaja mempunyai bakat dan kemahiran menyediakan hidangan yang enak untuk dinikmati, malah turut mempunyai bakat penghibur yang berjaya dicungkil melalui Tiki-Licious Sunday Brunch ini! Jika anda datang bersama anak-anak, turut disediakan sudut mewarna dan menghias kek cawan bagi membolehkan mereka mengisi masa lapang dengan pelbagai aktiviti yang menarik.
Anda juga pasti akan tersenyum bangga bila si kecil menarikan tarian Aloha di hadapan anda sebagai surprise untuk anda dari anak-anak ini. Sememangnya pengalaman menikmati hidangan enak sambil bersantai di hujung minggu bersama keluarga memberi memori yang indah untuk dikenang. Untuk informasi, jangan lupa layari laman sesawang Sunway Resort Hotel & Spa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sangka ketika zaman kanak-kanak sering mengikut moyangnya yang bekerja di dapur istana membuat Datin Seri Emylia cekap memasak di dapur. Air tangan moyangnya sering mendapat pujian Almarhum Sultan Abu Bakar dan keluarga.
“Dulu-dulu masa sekolah rendah saya rajin ikut arwah moyang memasak di dapur istana. Bahan-bahan semua sudah disusun pembantu. Saya suka tengok gaya arwah memasak dan perhati bahan-bahan yang digunakan. Dari situ saya dah mula tahu macam mana nak masak dan bila sekolah menengah saya dah boleh memasak.
Di antara amalan masak arwah moyang adalah membuat rempah ratus yang diproses dan dikisar sendiri. Hingga kini saya amalkannya dan saya tak pernah beli rempah yang sudah diproses dalam peket. Aromanya lebih wangi dan rasanya lebih berperisa. Saya juga buat sendiri pes cili kering dan tidak sekali-kali menggunakan cili boh,” kongsi beliau mengenai ilmu masakan yang diwarisi dari moyangnya dan turut berkongsi resipi acar buah.
ACAR BUAH
Bahan-Bahan :Bahan A (bahan tumis):
1 1/3 cawan minyak untuk menumis (Lebihkan sedikit kerana buah akan menyerap minyak)
1 sudu makan biji sawi (ditumbuk atau kisar tanpa air)
4 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2.5cm halia
Bahan B (rempah tumis)
3 sudu makan rempah kari
8-10 tangkai cili kering (dibuang biji ,rebus dan kisar. Disangai dan dikisar halus
1 sudu makan ketumbar biji
1 sudu teh Jintan Putih biji
1 camca teh Jintan Manis biji
Bahan C
4 sudu makan gula merah
2 sudu makan sos cili
Garam secukup rasa
2 sudu makan perahan lemon
Bahan D
Disangai:
1/4 cawan bijan
1/3 cawan biji sawi
Bahan E (Buah-buahan)
50-150 gram setiap jenis buah buahan | kering atau jeruk (limau jeruk dibelah 12 ikut saiz)
2 labu bawang putih | dibelah dua jika bersaiz besar
12-15 ulas bawang merah | dibelah dua Cili Padi secukupnya
* Kalau buah yang berbiji atau besar seperti prune lebihkan sedikit timbangan, dipotong dua atau empat atau biarkan sebiji-biji.
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Tumiskan bahan A sehingga garing.
3. Masukkan bahan B, kacau jangan biar hangit dan terus masukkan bahan C.
4. Biarkan sampai mendidih dan sedikit kering (berbuih-buih air gula).
5. Masukkan bahan E dan akhir sekali bahan D dan digaul sedikit supaya bercampur.
6. Usah dikacau terlalu lama kerana buah akan hancur.
7. Bila mendidih terus padamkan api (Jangan masak terlalu lama kerana buah akan kecut).
Sumber: Majalah RASA
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nabila Razali, nama yang tak perlu diperkenalkan lagi. Si pelantun lagu Pematah Hati dan Peluang Kedua kini kian ligat dengan karier seninya.
Namun begitu, sesibuk mana pun dirinya sepanjang bulan Ramadan ini, Nabila tetap memilih untuk berbuka puasa di rumah bersama keluarga.
“Detik ini bukan selalu ada memandangkan saya sentiasa sibuk dengan karier. Kesempatan itu saya manfaatkan pada bulan Ramadan. Semoga tahun ini kami sekeluarga berpeluang untuk berbuka puasa bersama.
“Antara juadah berbuka yang sentiasa saya nanti-nantikan setiap kali Ramadan ialah Murtabak Daging, Puding Karamel, Nasi Beriani Daging dan Kuih Lompang.”
Selain Datuk Chef Wan, Nabila turut menjadikan ibunya sebagai idola dalam dunia masakan. Bagi Nabila, ibunya bukan saja pandai memasak malah kreatif dalam mencipta menu-menu baru tanpa perlu merujuk buku.
“Salah satu menu kreatif ibu ialah Ikan Bilis Goreng Cili yang dicampur dengan anggur. Rasanya sangat sedap!
“Menu air tangan ibu yang lain yang turut menjadi kegemaran saya ialah Kari Baba Nyonya, Rendang Ayam dan Ayam Goreng Cili. Bagi saya keenakan rasanya sangat unik.”
Nona kongsikan resipi Puding Karamel yang menjadi juadah kegemaran Nabila setiap kali Ramadan.
PUDING KARAMEL
Bahan-bahan:
4 biji trelur saiz A
1 tin susu cair
4 sudu besar gula
170 ml air
Sedikit vanila esen
Cara Membuat:
Kredit Foto: Instagram Ustazah Asni Mansor
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
The Devil Wears Prada mengupas realiti salah guna kuasa di tempat kerja, memperlihatkan peralihan dunia fesyen ke era digital dan konflik kepimpinan moden.