Puan Sri Shariffa Nisa atau lebih mesra disapa Puan Sri Nisa Bakri gemar memasak dan menjamu rakan-rakan dengan pelbagai masakan tradisi.

Prinsip Puan Sri Nisa hanya satu sahaja iaitu memasak makanan dengan penuh kasih sayang dan ikhlas kerana ia menghubungkan jiwa sesama manusia selain memberi kepuasan kepada diri sendiri.

IKLAN

Kurma Masih Berbaki, PUAN SRI NISA Kongsi Resipi Kek Kurma Sedap, Boleh Jamu Tetamu Beraya

Puan Sri Nisa pernah mengharumkan nama Malaysia apabila mementaskan keunikan air tangannya di salah satu kota fesyen dunia terkenal dunia iaitu London, England.

Pada Minggu Fesyen London 2018 lalu beliau diberi kesempatan menghidangkan pelbagai masakan Malaysia asli dan unik kepada semua hadirin yang terdiri daripada golongan VVIP di pentas fesyen yang berprestij itu.

Kurma Masih Berbaki, PUAN SRI NISA Kongsi Resipi Kek Kurma Sedap, Boleh Jamu Tetamu Beraya

Puan Sri Nisa telah berkongsi resipi istimewa berasaskan buah kurma. “Saya ingin berkongsi resipi kek kurma untuk anda, terutama jika masih ada baki kurma di rumah,” katanya.

Kurma Masih Berbaki, PUAN SRI NISA Kongsi Resipi Kek Kurma Sedap, Boleh Jamu Tetamu Beraya

Kek Semanis Kurma Semerah Ceri

Bahan-bahan:

180gm tepung kek
25gm serbuk badam
150gm mentega
50gm selai ceri (masak ceri segar hingga empuk dan memekat).
100gm gula kastor (kerana ceri dan kurma sudah sedia manis adunan ini boleh disesuaikan dengan cita rasa anda)
100gm buah kurma – dicencang kasar
3 biji telur asingkan kuning telur dan putih telur
1 sudu teh vanilla
Pati beetroot merah (atau pewarna merah) sesuaikan warna
Secubit garam

Cara Memasak;
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul lagi.
3. Akhir sekali masukkan selai ceri, pati beetroot, sedikit garam serta esen vanilla dan pukul serata.
4. Ayak tepung dan serbuk badam. Gaul tepung campuran halus tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan di atas sehingga sempurna rata.
5. Masukkan juga kurma cincang tadi dan gaul lagi.
6. Pukul putih telur sehingga kembang sempurna di bekas berasingan.
7. Gaulkan menggunakan spatula silikon, putih telur kembang itu dengan adunan kek di atas. Buat dengan lembut dan perlahan sehingga serata.

IKLAN

Tip; Jangan masukkan putih telur sekali gus, boleh buat secara berperingkat agar kegebuan putih telur tadi tidak hilang.
8. Alas tin kek dengan kertas pembakar dan bakar kek di dalam oven 170 Celcius sehingga masak (oven berbeza jadi masa sesuaikan dengan oven anda).
9. Tunggu sejuk dan potong. Hidang dengan ceri segar.

Kurma Masih Berbaki, PUAN SRI NISA Kongsi Resipi Kek Kurma Sedap, Boleh Jamu Tetamu Beraya

7 Kebaikan Buah Ceri Untuk Kesihatan

1 Mencegah diabetes
Walaupun buah ceri tinggi kandungan gula tetapi rendah glycemic index. Ini boleh membantu kadar gula dalam darah pesakit diabetes.

IKLAN

2 Tidur lebih berkualiti
Ceri kaya dengan melatonin yang boleh membantu mendapatkan tidur yang lena dan berkualiti.

3 Menyingkirkan lemak di perut
Merendahkan risiko radang, mengurangkan stres dan menyeimbangkan kadar kolesterol yang terdapat dalam buah ceri ini merupakan faktor untuk menyingkirkan lemak di bahagian perut.

4 Kurangkan risiko strok
Buah ceri mengandungi bahan anti-radang yang sangat efektif untuk mengurangkan risiko serangan jantung.

5 Mencegah kanser
Buah ceri kaya dengan flavonoid yang digelar Quercitrin menrupakan agen antikanser yang sangat berkesan.

6 Menghalang arthritis
Buah ceri mengandungi anthocyanins dan bioflavonoids yang membantu mengurangkan risiko penyakit arthritis.

7 Anti-penuaan
Buah ceri kaya dengan melatonin, yang berkuasa untuk mengurangkan proses penuaan.

Kurma Masih Berbaki, PUAN SRI NISA Kongsi Resipi Kek Kurma Sedap, Boleh Jamu Tetamu Beraya

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI