
Diam tak diam, usia anak sulung pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Al Yahya, Lara Alana sudah mencecah usia 9 tahun. Baru-baru ini, Scha dan Awal mengadakan sambutan hari lahir untuk puteri kesayangan mereka bertemakan Barbie di Pavillion Kuala Lumpur.
Bahang filem Barbie yang sedang menyerang seantero dunia menjadi pilihan Lara Alana untuk sambutan hari lahirnya kali ini. Bertuahnya Lara Alana apabila dapat menyambut hari lahir bersama rakan-rakan di pawagam sambil serikan dengan pelbagai juadah enak serta tema merah jambu untuk dekorasi sambutan hari lahirnya itu!
Jarang melihat wajah comel Lara Alana dioles solekan, tetapi kali ini sempena hari lahirnya, wajah mungil Lara mendapat sedikit sentuhan solekan yang tidak keterlaluan. Apabila bergambar dengan ibu tersayangm terserlah wajah manis Lara yang kini meniti usia 9 tahun!
Wajah gembira jelas kelihatan di wajah Lara Alana sepanjang majlis sambutan hari lahirnya yang diraikan bersama teman-teman rapat di pawagam yang mendapat sentuhan rona merah jambu bersesuaian dengan tema Barbie. Boleh dikatakan, She’s having the best day ever!
Untuk rekod, Lara Alana dilahirkan pada 22 Julai 2014. Lara pernah mencipta fenomena tersendiri apabila mempunyai rancangan televisyen sendiri berjudul Lara Oh Lara yang mengisahkan kehidupan Lara Alana yang dibesarkan oleh kedua-dua ibu bapanya. Rancangan tersebut mempunyai 16 episod dan ditayangkan pada Ogos 2016.
“Sebelum Hujung Tahun Dah Boleh Kahwin!” Farahdhiya ‘Gorgeous’ Usia 39 & Dikelilingi Insan Hebat!

Farahdhiya memang cantik orangnya! Tidak hairanlah setiap mata yang memandang pasti terpikat dengan personaliti jelita ini. Bukan hanya dikurniakan rupa paras cantik bahkan pelantun lagu Bertahta Di Hati ini juga memiliki susuk tubuh langsing bak supermodel. Gorgeous!
Genap berusia 39 tahun pada 28 April lalu, Farahdhiya yang juga pelakon cukup bertuah kerana dikelilingi insan-insan tersayang. Malah dia diraikan penuh meriah dan istimewa daripada sahabat handai termasuk Datin Sri Zizie Izette!


“Happy birthday Farah Dhiya binti Mohamed Amin. Another year older, another year wiser. Sebelum hujung tahun ni dah boleh kahwin! Eh.. doakan yang baik-baik for me please kesayanganku semua.
Thanks for all the calls, messages, wishes, gifts and doa everybody, means a lot to me.”
Farahdhiya turut memuat naik video kejutan hari lahir yang dirancang rakan artis kesayangan, Datin Sri Zizie yang turut dihadiri beberapa kenalan rapat mereka.
“I was running late so I decided to put on just a simple polka dot baju kurung. As I reached her place, dengan kalut sebab dah lambat, I went in her house and it took me about 10 seconds to realise that it was actually a surprise birthday do that she planned at the back of me with all my best buddies.
I couldn’t control my tears, happy and sad tears to be honest. It somehow hit me there on how much time we’ve wasted when we had that “nearly 10 years fall out”. I guess sometimes 2 people have to fall apart to realise how much they need to fall back together?
Thanks for everything B, I’m happy that we are good friends again. Let’s grow old together! I love you lots B, since 1998, Zizie Izette.”



Farahdhiya ‘hebat’ di dapur https://www.nona.my/bukan-ibu-ibu-je-masak-yang-single-tak-kahwin-lagi-ni-pun-masak-hari-hari-juga-rajinnya-farahdhiya/
Terharu ada sahabat yang menghargai persahabatan macam Datin Sri Zizie. Walau lama tak jumpa tetap ingat dari jauh.
Semoga ikatan persahabatan mereka terus bertaut dan Farahdhiya dikurniakan kesihatan yang baik dan rezeki melimpah ruah serta diberkati selalu.
Fakta: Produk Pembersih Rumah, Losen & Chewing Gum Antara Pemicu Kanser Payudara!

Pencegahan kanser seharusnya bermula dari rumah, setepatnya daripada gaya hidup kita setiap hari. Meskipun terdapat banyak faktor penyebab kanser ini, namun tidak dinafikan salah satunya bermula daripada bahan kimia yang sering digunakan di rumah.
Antaranya Aspartame yang didapati dalam pemanis sintetik (bijirin sarapan, yogurt, gula-gula getah), BHT & BHA atau antioksidan sintetik (daging diproses, minyak sayuran), MSG atau perisa tiruan serta pewarna tiruan (Blue 1, Yellow 5).
Selain itu, faktor alam sekitar yang bertoksin juga menyumbang kepada risiko kanser payudara. Malah tanpa disedari, semua punca di bawah sentiasa berada di sekeliling kita. Antara yang perlu dibimbangkan adalah:
- PARABENS
Digunakan secara meluas dalam produk kosmetik seperti losen, anti-perspirasi, syampu dan semburan badan. Kajian klinikal menemukan sejumlah kandungan paraben yang tinggi dalam tisu wanita yang menghidap kanser payudara.

2. PHTHALATES
Ditemui dalam produk pembersihan rumah dan alat kosmetik. Ia dikaitkan dengan pertumbuhan kanser payudara, penyakit neurologi dan disfungsi sistem imunisasi.
3. FORMALDEHYDE
Merupakan sejenis karsinogen berbahaya yang wujud dalam pelbagai produk pembersihan komersial.
4. BPA
Atau bisphenol A sering digunakan dalam industri membuat botol plastik, makanan dalam tin, penampal gigi dan resit juruwang. Kompaun ini juga menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan termasuklah kanser payudara.
5. PFOA
Asid Perfluorooctanoic sering ditemui dalam alat perkakas memasak, karpet kalis kotoran, pembersih karpet, pakaian kalis air dan air minuman.
KAEDAH PENCEGAHAN NATURAL
Bagi mengurangkan peluang mendapat kanser payudara secara semula jadi, terdapat pelbagai kaedah yang boleh dilakukan. Selain berniat untuk mencegah penyakit, amalan di bawah juga sesuai diaplikasikan untuk menjaga kesihatan keluarga secara keseluruhan.
(a) ELAKKAN SEGALA MAKANAN BERPROSES
Diri anda ialah apa yang anda makan. Cuba kawal dan hindari pengambilan makanan berproses serta tinggi kandungan kimia. Gantikan dengan makanan segar dan organik seperti kekacang, biji-bijian, produk tenusu, buah-buahan, sayuran, ayam, daging dan ikan yang didapati melalui habitat asal mereka. Lebih kuat sistem imunisasi anda, maka lebih bersedialah sistem pertahanan tubuh untuk melawan kanser.
(b) CIPTA SUASANA HIJAU
Kini perhatikan pula suasana di sekeliling anda. Semak label pada kosmetik serta produk pembersihan rumah yang selalu digunakan. Sedarilah bahawa kebanyakan produk-produk ini boleh menjadi penyebab kanser payudara serta pelbagai penyakit berbahaya lain. Gantikan barang kosmetik harian seperti mekap, rangkaian penjagaan kulit dan rambut yang berkimia ini dengan produk berasaskan mineral atau organik. Anda juga boleh membersihkan rumah dengan mudah menggunakan cuka, jus lemon dan sabun kastil.
(c) LAKUKAN URUTAN LIMFATIK PAYUDARA
Gaya hidup yang bertoksik dan sedentari (duduk setempat) boleh mendedahkan kita kepada pelbagai toksin. Justeru, lakukan urutan payudara di rumah dengan tujuan menyahtoksin dan melancarkan peredaran darah.
(d) TINGKATKAN PENGAMBILAN VITAMIN D3
Kebanyakan pesakit kanser payudara sering mengalami masalah kekurangan vitamin D3. Tanpa bekalan vitamin D mencukupi, anda terdedah kepada pertumbuhan pelbagai jenis kanser termasuk kulit dan payudara. Dos optimum yang disyorkan untuk orang dewasa adalah sekitar 2000-5000 IU serta bertambah penting untuk mereka yang tinggal dalam iklim sejuk atau tidak mendapat dedahan matahari secukupnya.
Anda Hidap Diabetes? Hati-Hati Jika Selalu Sakit Gigi, Kesannya Lebih DAHSYAT Dari Yang Disangkakan

Apabila seseorang disahkan menghidap penyakit diabetes, komplikasi seperti masalah penglihatan sehinggalah gangguan fungsi saraf cukup membimbangkan.
Namun tidak ramai yang menyedari, diabetes juga berpotensi menyerang gusi. Ini kerana badan tidak mampu melawan bakteria yang akhirnya menyebabkan jangkitan dan menjadikan gigi berlubang.
Gangguan kesihatan gigi ini dikenali sebagai penyakit gusi atau periodontal.
Penyakit periodontal atau penyakit gusi adalah jangkitan bakteria kronik yang melibatkan gusi dan tulang yang menyokong gigi. Penyakit periodontal boleh melibatkan sebatang gigi atau lebih.
Penyakit ini disebabkan oleh bakteria di dalam plak (selaput gigi yang melekit dan tidak berwarna). Jika tidak dibersihkan menggunakan berus gigi dan flos setiap hari, plak boleh bertambah (dan menjadi keras untuk membentuk tartar).
Bakteria ini juga akan menjangkiti tisu gusi dan tulang yang menyokong gigi. Jika proses ini berterusan, gigi menjadi semakin longgar.
Poket gusi iaitu suatu ruang akan terbentuk di antara gigi dan gusi, serta membenarkan lebih banyak bakteria berkumpul.
Tanpa disedari, penyakit ini dialami ramai pesakit diabetes. Mereka yang tidak mampu mengawal glukosa dengan baik turut berpeluang terkena risiko penyakit ini.
Gejala seperti mulut dan lidah terasa terbakar, mulut kering, radang gusi atau gingivitis, plak dan jangkitan kulat antara simptom yang dialami pesakit diabetes.
Malah gejala lain seperti gangguan gigi turut berlaku pada individu yang tidak mementingkan kebersihan mulut dan gigi.
Satu kajian juga menunjukkan bahawa penyakit gusi dan kencing manis ini bersifat dua arah.
Tidak hanya pesakit diabetes yang terdedah pada masalah periodontal malah penyakit gusi yang serius juga berpotensi mempengaruhi kawalan gula darah dan menyumbang kepada perkembangan diabetes.
Hal ini disebabkan kerana periodontal yang parah punca peningkatan gula darah dan berisiko terkena komplikasi diabetes. Oleh kerana itu, pesakit diabetes disarankan melakukan pemeriksaan gigi setiap tiga atau enam bulan sekali.
Masyarakat yang menetap di luar bandar lebih terdedah diserang penyakit diabetes berbanding mereka yang tinggal di kawasan bandar.
Peningkatan ini dikaitkan dengan perubahan pola gaya hidup masyarakat. Jadi, salah satu usaha menyedarkan masyarakat ialah memberikan kesedaran, pendidikan dan langkah pencegahan bagi menanganinya.
Tip Penjagaan Gigi
- Di peringkat awal, penyakit gusi boleh dirawat dengan memberus gigi dan flos dengan betul.
- Gunakan ubat kumur mulut anti-bakteria dua kali sehari selepas memberus gigi. Kumur untuk 30 saat dan bilas dengan air selepas kumur.
- Penjagaan kesihatan gigi yang baik akan mencegah pembentukan plak.
- Pembersihan secara profesional oleh doktor gigi adalah satu-satunya cara untuk menanggalkan plak yang telah mengeras dan menjadi tartar.
- Jika keadaan sudah teruk, prosedur membersihkan akar gigi boleh dibuat untuk mengelakkan plak dari melekat pada permukaan.
- Seelok-eloknya, dapatkan rawatan lanjut daripada pakar pergigian anda. Rosmah Idayu Abu Samah