Bagaikan menikmati suasana iftar di Madinah! Projek hartanah milik Malaysia, Battersea Power Station di United Kingdom hari ini mencatat sejarah apabila menjadi hos bagi sebuah acara iftar komuniti.
Melihat perkongsian Haliza Hashim di laman Instagram miliknya, kira-kira 250 orang rakyat Malaysia dan penduduk di sekitarnya menghadiri majlis tersebut yang diadakan berlatar belakangkan serombong ikonik Battersea Power Station itu.
Majlis iftar komuniti tersebut telah dianjurkan oleh Badan Kebajikan dikenali sebagai Ramadan Tent Project.
Ads
Laungan azan dan solat berjemaah juga turut diadakan buat pertama kalinya di lokasi ikonik tersebut. Program tersebut mendapat sambutan menggalakkan dari komuniti Malaysia dan masyarakat Islam yang menjadikan aktiviti tersebut sebagai aktiviti kebajikan sepanjang bulan Ramadan.
Haliza Hashim Doyle
Haliza Hashim yang membuat liputan acara tersebut untuk sebuah stesyen televisyen sempat menzahirkan rasa sayu dan emosi apatah lagi apabila mendengar laungan azan kali pertama berkumandang di lokasi ikonik milik Sime Darby Properties, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan SP Setia Berhad dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada Oktober tahun lalu.
Ads
Ads
Di London, Ramadan tahun ini dimeriahkan dengan majlis iftar dan solat maghrib berjemaah di pelbagai lokasi ikonik seperti Royal Albert Hall, Stadium Wembley dan Battersea Power Station.
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK, Dato Zakri Jaafar
Sejak dimulakan 10 tahun lalu, Open Iftar telah menyediakan lebih 300 ribu hidangan di lebih 20 bandar di United KIngdom. Turut hadir di majlis berkenaan ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK, Dato Zakri Jaafar dan isteri Datin Aini Ab Rahman, pegawai dari kedutaan Malaysia du UK serta pemegang amanah badan kebajikan Mercy Humanitarian United Kingdom.
Foto: Koleksi Instagram Haliza Hashim Doyle.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sepuluh malam terakhir Ramadan bakal tiba ke penghujung tidak berapa hari sahaja lagi dan pecutan untuk mengutip segala ganjaran pahala yang disediakan dari awal hingga akhir bulan mulia ini sepatutnya semakin hebat.
Apatah lagi, ketika ini hadiah cepu emas sedang menanti mereka yang bersungguh-sungguh mendapatkannya, iaitu malam lebih baik daripada 1,000 bulan seperti difirmankan Allah SWT dalam surah al-Qadar. Dalam keadaan setiap lapisan masyarakat masib tertakluk Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, sudah semestinya lebih banyak masa dapat diluangkan untuk mengerjakan amalan sunat yang amat dituntut seperti membaca Al-Quran, mengerjakan solat sunat dan sebagainya.
Firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada malam al-Qadr; Dan apakah engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam al-Qadr itu? Malam al-Qadr itu lebih baik daripada 1,000 bulan. Pada malam itu malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.” (Al-Qadr: 1-5)
Sebagai hambaNya, sudah tentu kita tidak mahu termasuk dalam golongan yang rugi, iaitu tidak melakukan sebaik mungkin bagi mendapatkan pahala berlipat ganda dan kurniaan lain disediakan Allah SWT, khususnya malam yang menyamai 1,000 bulan.
Simbolik Ramadan ditutup pintu neraka dan dibuka pintu syurga menunjukkan mudahnya untuk masuk syurga serta susahnya ke neraka kerana pintunya ditutup. Sesuai sebagai bulan kebaikan, sepatutnya kita melakukan amalan baik sepanjang bulan puasa ini.
Memetik persoalan yang diajukan di laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kenapakah bulan Ramadan pahala amalan digandakan lebih banyak, tidak sama seperti di bulan-bulan yang lain? Ini jawapan terhadap persoalan yang diajukan.
Sesungguhnya Allah SWT memberikan pahala kepada hamba-hambaNya yang melakukan amal soleh mengikut kehendakNya tanpa terikat kepada apa-apa peraturan. Allah SWT berfirman:
Maksudnya:Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.
(Surah Hud: 123)
Imam al-Tabari dalam menafsirkan ayat menyebutkan bahawa hanya kepada Allah SWT jualah setiap amalan yang dilakukan oleh setiap mereka yang melakukan amalan. Dia-lah yang akan memberikan ganjaran kesemua manusia berdasarkan amalan-amalan mereka mengikut kehendakNya. (Rujuk Tafsir al-Tabari, 1:235)
Allah SWT melipatgandakan pahala berdasarkan beberapa sebab antaranya disebabkan oleh kelebihan dan kemuliaan yang diberikanNya kepada beberapa perkara. Kemuliaan tersebut ialah seperti:
Kemuliaan dari sudut tempat seseorang itu melakukan amal ibadat. Ini seperti melakukan ibadah di Masjidil Haram di Mekah dan Masjid al-Nabawi di Madinah akan mendapat ganjaran yang lebih besar berbanding solat di masjid-masjid yang lain. Ia berdasarkan hadith sahih, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya:Solat di masjid aku ini (Masjid al-Nabawi) adalah lebih baik daripada seribu solat di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram.
Riwayat al-Bukhari (1133)
Kemuliaan dari sudut masa sesuatu amalan itu dilakukan. Ini seperti kemuliaan melakukan amal ibadat di bulan-bulan yang dimuliakan Allah SWT terutamanya di bulan Ramadhan. Contohnya ialah pahala mengerjakan umrah di bulan Ramadhan sama pahala ganjaran mengerjakan haji. Ini berdasarkan hadith sahih bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada seorang wanita Ansar:
Maksudnya:Sekiranya telah tiba bulan Ramadhan, maka hendaklah kamu mengerjakan umrah. Ini kerana umrah pada bulan tersebut menyamai pahalanya seperti mengerjakan haji. Dalam riwayat Muslim: seperti mengerjakan haji bersama aku (Rasulullah SAW).
Riwayat al-Bukhari (1782) dan Muslim (1256)
Kemuliaan dari sudut orang yang melaksanakan ibadah dengan ketinggian kedudukannya di sisi Allah SWT dan ketaqwaannya. Contohnya, Allah SWT melebihkan kedudukan umat Nabi Muhammad SAW berbanding umat-umat lain sebelumnya. Setiap amalan yang dilakukan oleh umat Nabi Muhammad SAW akan dilipat-gandakan oleh Allah SWT khusus kepada mereka. (Rujuk Lathaif al-Ma’arif: 209)
Berdasarkan perbahasan dan perbincangan di atas, kami menyimpulkan bahawa kelebihan dan ganjaran yang besar yang ditawarkan oleh Allah SWT di bulan Ramadhan ialah kerana ia bulan yang dimuliakan oleh Allah SWT. Allah SWT telah memilih bulan Ramadhan untuk beberapa peristiwa besar seperti:
Peristiwa penurunan al-Quran (nuzul al-Quran)
Pembukaan kota Mekah (Fath Makkah)
Pembukaan kota Andalusia
Disamping itu juga, Alllah SWT telah mengkhususkan satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan di dalamnya iaitu malam al-Qadr (Lailatul Qadr). Allah SWT berfirman di dalam al-Quran:
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ
Maksudnya:Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan.
(Surah al-Qadr: 3)
Oleh sebab itu, Allah SWT telah menggandakan amalan yang dilakukan di dalam bulan Ramadan berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan yang lain. Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang sahih dalam agama dan menganugerahkan kita taufiq dan hidayah untuk melaksanakan ibadah dengan ikhlas kepadaNya terutamanya di bulan Ramadhan yang mulia ini. Amin.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pertemuan penyanyi dangdut popular Indonesia, Lesty Kejora dengan penyanyi nombor satu Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza nyata menarik perhatian peminat kedua-dua negara.
Mana tidaknya, dua jelitawan ini bukan hanya memiliki suara lunak merdu. Bahkan mempunyai sejumlah besar peminat fanatik!
Berkongsi momen istimewa bersama Dato’ Sri Siti Nurhaliza di Instagram, kelihatan wajah teruja Lesty yang turut mendukung anak kesayangan, Muhammad Leslar Al-Fatih.
Sebelum ini, kedua-dua selebriti berkenaan pernah bertemu dan saling mengagumi bakat masing-masing.
Kredit Instagram @lestykejoraKredit Instagram @lestykejoraKredit Instagram @lestykejora
Tidak sekadar bertanya khabar, Dato’ Sri Siti turut sudi menyanyikan lagu popular Lesty, Sekali Seumur Hidup. Yang pasti, video nyanyian mereka mendapat pelbagai reaksi peminat dan rata-ratanya memuji kelunakan vokal Lesty dan Dato’ Sri Siti.
Kongsi Lesty, “Kami sempat menunaikan permintaan fans untuk berduet lagu Sekali Seumur Hidup. Video ini khusus untuk para peminat lagu Sekali Seumur Hidup. Syukur dapat bertemu CTDK hari ini, ngobrol-ngobrol, makan-makan sambil kita bernyanyi lagu ini.”
Dalam pada itu, difahamkan tanggal 15 Mac 2023 Lesty melancarkan single terbaharunya berjudul Insan Biasa.
Kebanyakan peminat Lesty meluahkan rasa kagum mereka terhadap anak seni ini kerana mampu bangkit dengan semangat baharu selepas rumah tangganya bersama suami, Rizky Billar dilanda badai tahun lalu.
Bagaimana pun pasangan ini sepakat menjernihkan kembali kemelut di antara mereka demi anak tersayang.
Kepesatan teknologi telah ‘merombak’ norma kehidupan manusia yang tidak dijangkau. Perubahan ini meliputi seluruh aspek kehidupan termasuk dalam bidang muzik.
Jika dahulu konsert hanya didukung oleh penyanyi dan pemuzik tetapi kini teknologi telah mula mengambil alih. Ini terbukti apabila ribuan peminat anime telah membanjiri konsert hologram penyanyi maya, Hatsune Miku.
Siapakah sebenarnya Hatsune Miku ini sehingga mempunyai beribu-ribu peminat seluruh dunia dan sanggup membayar harga tiket yang mahal semata-mata mahu menontonnya beraksi di pentas konsert?
Hatsune Miku adalah penyanyi maya yang hadir dengan penampilan rambut berwarna biru yang diikat dua. Hatsune Miku sentiasa tampil cantik dan ‘kawaii’ serta sering dianggap salah satu karakter dalam dunia anime.
Namun sebenarnya Hatsune Miku bukan watak anime dan merupakan produk peranti yang menghasilkan suara nyanyian wanita. Hatsune Miku membawa maksud The First Sound from the Future (suara pertama dari masa depan).
Baru-baru ini selebriti siber berusia 16 tahun dan berasal dari Jepun ini telah membuat persembahan konsert di Malaysia yang dibawakan oleh Astro & Crupton Future Media, INC.
Selepas membuat 48 persembahan di 7 buah negara, Hatsune Miku Expo 2017 akhirnya sampai di Malaysia buat julung kalinya. Konsert hologram pertama ini telah diiktiraf oleh The Malaysia Book Of Records.
Peminat Hatsune Miku menyaksikan penyanyi maya kegemaran mereka secara langsung buat pertama kalinya di Arena Axiata, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 16 Disember 2017 yang lalu.
Persembahan pembukaan tirai yang cukup menguja daripada artis serba boleh, Zizan Razak dan bintang sensasi YouTube, Chaleeda Gilbert. Konsert yang dinanti-nantikan oleh peminat-peminat Hatsune Miku turut distrim secara langsung di Tamago, sebuah aplikasi sosial baharu di Asia Tenggara secara percuma.
Hatsune Miku mempersembahkan hampir 30 lagu-lagu popular termasuk The World is Mine, Tell Your World dan Chentaku, lagu yang asalnya dinyanyikan oleh Zizan Razak. Hamizatul Maizan Mohamed
https://www.youtube.com/watch?v=NXsPGNfYo_o
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Satu persatu kejayaan program Permata Negara menampakkan hasil, terkini Datin Seri Rosmah Mansor terharu apabila gadis genius Matematik ini masuk universiti No. 1 dunia!