Senyuman manis yang terukir di bibir wanita cantik bernama Bella Dally ini benar-benar memukau pandangan mata. Bella Dally bukan suatu nama yang asing dalam industri seni tanah air. Menoktahi perkahwinan bersama pelakon Nazim Othman bulan Mei tahun lalu menjadikan Bella, 28, atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally lebih kuat demi kelangsungan hidup.

IKLAN

Lepas 8 Bulan ‘Bersendirian’ Bella Dally Kembali Bergelar Isteri Tak Lama lagi

Namun dua hari lalu melalui laman Instagramnya Bella telah berkongsi berita gembira lantas mengumumkan pertunangannya dengan jejaka pilihan hatinya. Khabarnya tunang Bella yang hanya dikenali sebagai Arif merupakan seorang ahli perniagaan dan berasal dari Kuala Lumpur.

Tunang kesayangan Bella ini juga turut kelihatan menemaninya di majlis resepsi pelakon popular Elfira Loy baru-baru ini. Tahniah diucapkan kepada pasangan sama cantik sama padan ini.

Bercerita tentang penglibatan Bella sebagai duta hijab eksklusif ARIANI, tuturnya, “Secara peribadi saya memang sangat bertuah kerana terpilih untuk menggayakan koleksi ARIANI. Saya teruja melihat kombinasi rona yang menarik setiap koleksi yang dikeluarkan. Sudah pasti pastel menjadi kegemaran saya. Potongan rekaan ARIANI tidak pernah menghampakan dan saya pasti setiap peminat ARIANI pasti tertunggu-tunggu koleksi yang bakal berada di pasaran.

Lepas 8 Bulan ‘Bersendirian’ Bella Dally Kembali Bergelar Isteri Tak Lama lagi

ARIANI umpama rumah kedua saya kerana hampir setiap bulan saya datang untuk shooting di sini. Ini kerana saya merupakan duta hijab eksklusif ARIANI. Alhamdulillah rezeki saya sejak berhijab semakin murah dan masih kekal hampir 4 tahun bersama hijab eksklusif ARIANI.

IKLAN

Saya sangat selesa bekerjasama dengan jenama hijab ARIANI yang diketahui secara umum sebagai label hijab terbaik dengan kualiti dan corak rekaannya terkini. Mungkin dahulu saya tidak pandai dalam penggayaan hijab tetapi dengan ARIANI saya belajar dan memahami lebih cara pemakaian hijab yang betul, praktikal, mudah dibentuk dan semestinya cantik bila menggayakannya. Saya sepertinya tidak salah berfesyen atau menjadi mangsa fesyen kala menggayakan jenama ARIANI,” tutur lembut Bella sambil tersenyum.

Lepas 8 Bulan ‘Bersendirian’ Bella Dally Kembali Bergelar Isteri Tak Lama lagi

IKLAN

Bella juga terkenal dengan mampu membawa kepelbagaian watak dalam lakonannya. “Saya sangat suka menjayakan karakter dalam drama, Makmum Yang Paling Aku Cinta. Drama sebanyak 30 episod untuk siaran HyppTV. Watak tersebut benar-benar mencabar kredibiliti saya sebagai seorang pelakon. Dalam drama ini saya melakonkan watak seorang wanita bisu.

Bukan mudah untuk membawa watak wanita kurang upaya kerana perlu bermain dengan ekspresi wajah dan emosi dalaman. Watak ini begitu emosional kerana melihat sendiri ibunya mati dibunuh. Dia menjadi trauma dan tidak mahu bergaul dengan orang. Setiap episod saya perlu menangis.

Lepas 8 Bulan ‘Bersendirian’ Bella Dally Kembali Bergelar Isteri Tak Lama lagiLebih sukar apabila saya perlu berbahasa isyarat dan digabungkan dengan emosi dan ekspresi. Kena jaga ketiga-tiga elemen tersebut agar selaras dengan situasi. Apabila saya tengok play back kadang-kadang tak sampai mesej yang hendak disampaikan. Saya minta kepada pengarah saya nak buat balik scene tersebut. Sebenarnya belajar bahasa isyarat ini tak susah sangat. Tapi nak gabungkan bahasa isyarat, emosi dan ekspresi dalam satu masa benar-benar mencabar diri,” ujar Bella.

Foto: Instagram @belladally

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI