Di atas niat dan kesedaran mahu menghalalkan perhubungan yang terjalin, kini semakin ramai pasangan muda yang mengambil keputusan berkahwin awal. Ini termasuklah pelajar lepasan SPM atau STPM.

Namun membina rumah tangga tanpa asas ilmu yang kukuh, sebenarnya boleh mengancam masa depan keluarga. Soal kematangan, kewangan, ketahanan iman, persiapan untuk hamil dan menjadi ibu bapa amat jarang dititikberatkan.

IKLAN

Nona tertarik dengan perkongsian seorang wanita ini kepada golongan pasangan muda. Banyak poin yang patut disebarkan dan dipelajari sesungguhnya jika berhasrat untuk bergelar bakal ibu. Norzalina Mohd Alias

========================

Assalamualaikum. Kak N adalah seorang yang berpengalaman dalam bidang perubatan dan kehamilan. Jadinya, Kak N rasa terpanggil untuk beri nasihat kepada bakal-bakal ibu dan bakal isteri (terutamanya ibu muda) sebab Kak N sedih sangat tengok ramai ibu muda yang terlalu cetek ilmu mengenai pregnancy dan mudah tertipu dengan page ‘membongak’ di Facebook.

Terlampau banyak petua mengarut yang ibu muda ni percaya dah akhirnya menyusahkan anak dan diri sendiri. Tak salah kahwin muda, bahkan Kak N sendiri berkahwin pada usia yang amat muda jadi Kak N faham sangat.

(1) Tolong gali ilmu mengenai kehamilan, kelahiran, penyusuan dan kanak-kanak sebelum kahwin. Perkahwinan bukan sekadar ‘seronok buat anak’ tapi adik semua tak ada ilmu pun mengenai kehamilan dan sebagainya. Jadilah ibu yang berilmu bukan dungu.

(2) Makan asid folik sebaik-baiknya enam bulan sebelum berkahwin. Asid folik penting untuk pembentukan Neural Tube dan saraf bagi mengelakkan daripada kes spina bifida berlaku pada bayi.

(3) Tolong vaksinkan anak anda. Kenapa Kak N amat tekankan mengenai vaksin ni? Sebab sekarang ni penyakit yang sepatutnya boleh dicegah melalui vaksin dah mula menular dan menjangkiti kanak-kanak yang lain. Tolonglah jangan menyusahkan orang lain.

Kalau tak mahu vaksin, kurung anak dalam rumah mohon jangan sebarkan penyakit pada orang lain. Sebelum nak kata vaksin ni agenda Yahudi, mohon belek sejarah siapa insan pertama yang invented vaksin ya. Nak bertawakal tapi tak kena cara. Ini bukan cara Islam!

(4) Tolong sediakan mental dan fizikal untuk hadapi fasa-fasa kehamilan. Ada yang datang klinik jumpa Kak N minta digugurkan kandungan atas alasan tak bersedia nak jadi ibu dan tak mampu nak jaga anak. Ingat, rezeki anak ni Allah yang beri dan setiap anak dah tertulis bahagian rezeki mereka.

(5) Bila berlaku komplikasi semasa mengandung dan semasa kelahiran, tolong buat keputusan untuk diri sendiri dan anak, bukan ikut keputusan merepek suami awak. Nak taat pada suami tolonglah bertempat.

IKLAN

Ada satu kes masa Kak N di hospital dulu, anak dalam kandungan dah lemas disebabkan tali pusat terbelit dan perlu menjalani Emergency Lower Segment Ceasarean Section (EMLSCS). Tapi si isteri kata suami tak benarkan dan nak isteri bersalin normal.

Hampir bergaduh juga Kak N dengan si suami namun si suami berkeras juga nakkan isterinya bersalin normal. Sudahnya, anak dalam kandungan meninggal. Si suami? ‘Reda dengan ujian Allah’, katanya. Kalau awak semua berada pada tempat Kak N, geram tak?

(6) Tolong jaga pemakanan dan jangan ambil jamu atau supplemen mengarut. Jangan rosakkan organ dalaman anda. Penjual hanya nakkan untung dan tak kisah pun kalau awak sakit nanti.

(7) Bila dah bersalin, tolonglah jangan ikutkan sangat pantang bersalin yang merepek contohnya jangan berjalan banyak atau jangan minum air nanti takut bentan (bentan in medical is Peuperal Sepsis iaitu jangkitan disebabkan tak jaga kebersihan bukannya sebab langgar pantang) katanya.

IKLAN

Ibu yang menyusu perlukan banyak air so minum air masak dengan banyak ya. Dan tolong banyakkan berjalan semampu yang boleh untuk elakkan Deep Vein Thrombosis daripada berlaku.

Kak N ulang semula. Tolonglah cari ilmu mengenai kehamilan, kelahiran, penyusuan, parenting dan kanak-kanak. Jangan tahu seronok nak kahwin tapi ilmu tak ada. Sedih sangat Kak N tengok. Kita sebagai perempuan kena ada ilmu supaya tak mudah tertipu.

Kak N harap apa yang Kak N pesan, ambil sebagai ingatan. Silakan kecam kalau tak setuju. Kak N dah nampak banyak sangat masalah ibu-ibu yang takda ilmu ni. Kesianlah pada anak. Orang yang tak nampak masalahnya memang akan bercakap yang bukan-bukan. Maaf kalau ada yang terasa hati.

Salam Sayang.

– Kak N

Sumber: IIUMC

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI