Wah, diam-diam rupanya Sharifah Zarina Wan Hassan ligat mengusahakan bisnes makanan. Memang kecur tengok aneka hidangan Indonesia yang dijual penyanyi bersuara lunak berkenaan.
Seakan sepi daripada dunia seni dan jarang kelihatan di majlis hiburan, pelantun lagu popular Langit Ketujuh ini nampaknya teruja menguruskan perniagaan tersebut di samping keluarga tersayang.
IKLAN
Bukan hanya jual sajian negara jiran saja bahkan dia juga ada menyediakan masakan Malaysia termasuk juadah Sarawak jika ada tempahan. Tak menang tangan dibuatnya!
Ketika ditemui Nona, ibu tiga cahaya mata ini gembira berkongsi perniagaan tersebut. “Sebenarnya saya kini lebih banyak beri perhatian untuk family dan bisnes family kami. Lagu baru pun tak ada.
Dalam bidang nyanyian, agak ketinggalan jauh daripada rakan-rakan artis seangkatan saya. Tapi saya rasa it’s ok. Kalau ada rezeki, boleh buat come back satu hari. Tapi buat masa ini belum ada perancangan untuk buat come back lagi.
Sekarang busy dengan perniagaan makanan family which is dah start lama, dah buat dari tahun 2008 dan ada restoran. Tapi sebab anak time tu kecil lagi, so saya rasa macam saya kena tunggu anak-anak besar dan saya decided untuk stop.
Itu di kedai tapi di rumah jalan (beroperasi) lagi ya. Di rumah saya tetap buat katering, ambil tempahan Grab Food dan Food Panda.
Sekarang ni saya melangkah ke satu lagi cara baru dan moden, saya tetap tak ada restoran tapi ada satu office untuk saya jadikan sebagai central kitchen so that orang boleh order dan boleh datang terus ke premis kalau tak nak order online.”
Mengulas menu yang disediakan, “Menu paling utama dan favorite homemade bakso yang dari dulu memang terkenal dengan Sharifah Zarina. Bakso tu buat sendiri tak ambil daripada mana-mana supplier.
IKLAN
Ada mi ayam, kebanyakannya makanan Indonesia sebab kedai saya dulu memang Indonesia cuisine sepenuhnya. Ayam penyet pun banyak permintaan.
Nasi malaysia pun ada dan kadang-kadang jual makanan Sarawak macam Mi Kolok dan Laksa Sarawak kalau ada tempahan. Tapi fokus kami ialah makanan Indonesia.”
Awal Ogos lalu, Sharifah Zarina berangkat ke Jakarta untuk merasai makanan di sana dan pastinya untuk menambah baik lagi perniagaan.
“Tujuan utama saya ke Jakarta kali ini adalah untuk makan. Bukan hanya sebab saya memang kuat makan tapi tujuan yang paling utama ialah untuk refresh skills dalam bidang F&B.
Kalau dulu restoran saya BASO SAPI ASLI di Sunway dan Wangsa Walk. Kali ni adalah untuk persediaan pembukaan central kitchen THALS FOOD AND CATERING di Laman Nadi Elmina.
Antara menu yang ada ialah Mi Ayam Pangsit, Baso Sapi Asli Urat Babat, Set Nasi Ayam Bakar Pangsit, Mi Goreng Pangsit, Set Sup Tulang, Gado-gado dan banyak lagi.
Moga perniagaan yang diusahakan semakin maju dan menjadi inspirasi buat para peniaga untuk turut berjaya.
Rancangan seorang kenalan rapat untuk mempertemukan Nadia Adila Datuk Radzali dan Nabil Akmal Haji Azlan di sebuah restoran di ibu negara pada tahun 2015 rupa-rupanya penamat kepada pencarian cinta dua jiwa berkasih ini. Meskipun pada awalnya niat mereka berjumpa adalah sekadar untuk berkawan namun perasaan cinta di antara Nabil dan Nadia hadir tanpa diduga.
Terpana dengan renungan asmara yang kian menyelubungi perasaan pada pertemuan berikutnya, jejaka berusia 28 tahun ini lantas memenuhi hasrat hati untuk memperisterikan anak sulung kepada pasangan Datuk Radzali Hassan dan Datin Norishah Ahmad Baharuddin. Biarpun Nadia ketika itu masih bergelar penuntut Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa di KDU University College, lamaran tersebut tetap mendapat restu kedua-dua keluarga.
Mengimbas kembali detik bersejarah itu, suasana meriah di ruang legar Royale Chulan Hotel Kuala Lumpur bertukar tenang tatkala lafaz ijab dan kabul berlangsung. Bersaksikan 300 tetamu yang hadir, Nadia yang anggun dalam persalinan indah Rizman Ruzaini kelihatan sebak sebaik bergelar isteri yang sah kepada Nabil dengan hanya sekali lafaz. Sambil ditenangkan ibunda tersayang di atas pelaminan, para hadirin turut tidak ketinggalan menzahirkan rasa syukur.
Berlatarkan dekorasi moden kontemporari ilham Kayangan Gallery, Nadia menerima seutas gelang tangan dan mas kahwin RM1, 000 sebagai hadiah pernikahan. Sebanyak tujuh dulang hantaran berbalas sembilan diberikan kedua-dua mempelai berupa manisan, aksesori perhiasan diri, wangian dan senaskah Al-Quran.
“Syukur alhamdulillah, lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab seperti Nabil akhirnya diperkenankan menjadi suami saya. Sepanjang perkenalan, saya tertarik dengan keperibadiannya yang kelakar, baik hati dan ada ciri lelaki berkeluarga yang saya idamkan. Cara pemikiran Nabil yang berpandangan jauh juga telah memikat hati saya untuk menerimanya sebagai teman hidup.”
Mengadakan majlis persandingan pada keesokkan hari di Dewan Perdana Felda, Nabil dan Nadia diarak seperti putera dan puteri salju yang lengkap berpakaian tuksedo hitam dan gaun kembang berkilauan rekaan Rizman Ruzaini. Pernah berhajat untuk mengadakan persandingan ‘Winter Wonderland’ kerana terinspirasi dengan keindahan musim sejuk, Kayangan Gallery sekali lagi diberi kepercayaan untuk merealisasikan impian perkahwinan Nadia.
Momen yang paling mencuri tumpuan hadirin malam itu, saat pasangan pengantin melangkah masuk ke ruang dewan menuju ke singgahsana yang tersergam indah. Bagaikan berada dalam dimensi musim sejuk penuh romantis tatkala butiran putih umpama kepingan salji menghujani kelibat pengantin yang tersenyum manja di samping pasangan.
Simbahan lampu neon dan dekorasi pelamin yang mengetengahkan hiasan rona putih sebagai simbolik musim sejuk melatari ruang pelamin dengan gaya yang cukup elegan dan mewah. Khidmat solekan segar dan natural sentuhan Leen Zakaria menyerlahkan lagi seri pengantin Nadia. Pada majlis tersebut, tetamu yang hadir termasuk golongan VIP turut dihiburkan dengan persembahan penyanyi tersohor, Dayang Nurfaizah.
Sebut saja Sheila Rusly perkara pertama yang terlintas di fikiran ialah raut wajahnya yang tegas dan kepakarannya memasak. Terkenal dengan watak-watak antagonis ketika awal pembabitan dalam dunia lakonan, kini segala penat-lelah Sheila Rusly terbalas apabila dia mampu meletakkan pesona dirinya sebagai satu ‘branding’ dan mempunyai nama besar dalam industri seni tanah air.
Sepanjang 36 tahun menceburi bidang seni Sheila yang lahir pada 18 September 1971 tidak sekadar menjadi pelakon. Malah dia juga penerbit, pengarah, pemilik syarikat produksi JS Pictures Sdn Bhd dan usahawan yang disegani ramai. Tidak cukup itu Sheila turut dilantik duta produk Maggi selama beberapa tahun.
“Buat masa sekarang saya masih sibuk dengan program Maggi dan alhamdulillah dah tujuh tahun kami berkolaborasi. Maggi ni dah macam family saya, we are like partners yang bukan saja kongsi rezeki tapi juga kongsi resipi.
Dalam masa sama bila tak ada recording saya akan fokus balik dengan skrip untuk mega drama bertajuk Nikah Cerai Rujuk di Astro Ria. Tak tahu lagi bila mega drama ni akan disiarkan.
Kami akan mula shooting lepas Elisya bersalin dalam bulan Julai. Syukur, mega drama Ratu Tenpin 2 pun dah habis shooting,” ujar isteri Azman Haji Yahaya atau lebih dikenali sebagai Jinggo.
Enggan bermegah dan mendabik dada dengan kejayaan yang diraih, Sheila ketika ditemui sewaktu sesi fotografi penghias Nona Jun 2022 sebenarnya seorang personaliti yang mesra dan merendah diri. Meskipun masa penggambaran dia sedang berpuasa enam Syawal namun figura ini tetap komited memberikan yang terbaik.
Begitu juga menantu kesayangan, Elisya Sandha yang hadir menjayakan edisi Hari Ibu kali ini di samping ibu mentua. Tengah sarat mengandung pun masih ceria dan bersemangat memenuhi pelawaan. Patutlah dua anak seni ini mampu bertapak kukuh dalam industri sebab masing-masing berdisiplin dan profesional dalam kerjaya!
KEHADIRAN MENANTU Sheila yang selamat menerima menantu pada 21 Ogos tahun lalu tanpa berselindung mengakui kehidupannya lebih harmoni sejak kehadiran Elisya Sandha. Lebih manis, menantu Sheila ini bergelar anak seni dan berstatus selebriti.
Ditanya reaksi apabila bermenantukan artis, pengusaha The Dim Sum Place ini tidak menganggap ia satu masalah.
“Saya tak kisah dan tak pernah memilih nak menantu bukan selebriti atau selebriti popular level international. Saya tak meletakkan apa-apa harapan pun. Pada saya, yang penting anak-anak happy. Bukan saya yang happy tapi anak-anak yang happy. Bila itu pilihan Haq, saya terima sebab saya nak anak saya happy.
Anak takkan selama-lamanya dengan kita. Dia kena ada hidup dia sendiri dan kita kena hidup dengan orang yang dia sayang dan cinta. Bukan orang yang kita suka. Anak saya pernah cakap, dia takkan kahwin dengan perempuan lain kecuali Elisya Sandha.
Bila saya meredakan perkahwinan mereka, saya rasa itu satu benda besar yang saya buat sebab ini adalah titik permulaan kehidupan dia.
Jujurnya bila anak bawa Elisya ke rumah, saya macam tak percaya. Bila dengar nama belakangnya Sandha, saya tahu dia adik Fasha Sandha. Masa datang rumah Elisya masih sekolah dan tak berlakon lagi. Dia tunggu dalam kereta dalam sejam tak keluar-keluar sebab takut.
Saya yang dalam rumah dengar enjin kereta tapi pelik kenapa dia tak masuk. Dah agak mesti dia nervous. Iyalah saya dari umur 15 tahun banyak berlakon watak antagonis. Mungkin sebab aura tu, sampai orang sekeliling takut nak tegur termasuk Elisya.”
Bakal bergelar nenek tidak lama lagi, Sheila yang popular dengan program Ketuk-Ketuk Ramadan teruja timang cucu sulung kelak. “Saya tak pernah meletakkan bila sekian tahun Haq dan Elisya perlu ada anak. Memang tak pernah bincang pun. Cuma saya pernah cakap kalau Allah bagi, terima. Jangan kacau perancangan Allah.
Kalau Allah kata itu yang terbaik untuk dapat anak awal, just terima rezeki. Tak anggap ia seawal ini tapi bila berlaku, sudah tentu saya happy. Saya tak control hidup anak-anak. Apa yang saya buat ialah saya observed dan kalau ada rasa tak betul, saya tegur. Mereka lebih tahu perjalanan macam mana yang dipilih, saya terima dan saya mendoakan yang baik-baik.”
Ujar Sheila, dia bersyukur Allah kurnia seorang menantu yang bukan hanya cantik tetapi juga pandai mengambil hati. “Sekarang ni susah nak dapat menantu yang betul-betul rajin masuk dapur. Memang susah nak cari perempuan pada umur Elisya ni yang rajin untuk turun dapur masak. Masak ni tak boleh paksa, dia kena ada kemahuan sendiri.
Saya harap Elisya jadi anak menantu yang baik, isteri baik kepada suami, jadi ibu dan anak yang baik. Jangan lupa di mana kita bermula sebab di situ kita akan berakhir.”
IBU MENTUA Tertawa mengimbas detik pertemuan pertama dengan ibu mentua, Elisya berkata dia mula tahu Uzair Haqimy anak Sheila Rusly selepas sebulan mereka berkenalan dan berkongsi perkara tersebut dengan kakaknya, Fasha Sandha.
“Angah beritahu mama Sheila ni garang tapi hati dia baik. Memang nervous masa first time jumpa tapi saya tahu apa saya nak dan saya tahu kenapa saya ada di situ. Saya dan Haq kenal sejak zaman sekolah lagi.
Waktu tu saya baru 16 tahun dan Haq dah masuk kolej. Tapi kami belum masuk industri yang sama. Kami pertama kali jumpa di restoran dan tak tahu pun dia anak Sheila Rusly. Sampailah dah sebulan kenal each other baru tahu status dia.”
Bercerita keistimewaan suami tercinta di matanya, anak bongsu daripada enam beradik ini membongkar rahsia. “Di mata saya, dia seorang lelaki family oriented. Dia lelaki yang sangat jaga keluarga dan sayang mak dia. Dari situ, saya percaya Haq boleh jaga saya sampai bila-bila.”
Mengulas lanjut peribadi ibu mentua yang tidak diketahui ramai, aktres berusia 23 tahun ini mendedahkan sikap sebenar wanita bernama Sheila Rusly berkenaan.
Sheila di samping ibu Elisya Sandha
“Orang mungkin nampak mak mentua saya macam garang. Tapi sebenarnya dia sangat penyayang. Di luar dia nampak garang tapi dia sangat baik hati. Mama Sheila seorang yang straight forward dan cakap lepas.
Orang tak nampak sisi dia yang penyayang, suka masak dan pemurah sebab suka bawa makanan pergi set. Jadi benda-benda macam tu sebenarnya bagi saya sangat sweet. Dalam masa sama, saya terinspirasi dengan sikap ibu mentua tentang macam mana dia jaga family, suami dan didik anak-anak.
Semua tu saya tak boleh dapat di luar sana tapi boleh dapat daripada mak mentua sebab dialah yang banyak mengajar saya. Mama ni sangat tenang. Apa yang orang nak cakap pasal dia, dia tak kisah. Itu juga antara yang saya kagum dengan sikap mama.”
Solekan : Tiar Zainal (Sheila Rusly) / Jijie Zainal (Elisya Sandha) Dandanan Rambut : Emma Mustafa Busana : Larney Lokasi : The Ascott Kuala Lumpur @discoverasrmalaysia
Melalui fasa perubahan dalam hidup daripada seorang anak gadis kepada isteri dan seterusnya ibu bukan suatu yang mudah dihadam oleh wanita. Fasa ‘Naik Pangkat’ ini memerlukan pengorbanan besar tidak kira wanita yang berkerjaya mahupun suri rumahtangga.
Penat memanglah penat tapi demi keluarga tercinta semua akan diharungi dengan penuh gelak-tawa. Kuasa kesabaran seorang wanita memang bukan calang-calang. Kalau suami dapat bantu sikit-sikit pun dah bersyukur ya amat. Jom sama-sama ambil iktibar dari perkongsian daripada Ustaz Ebit Lew.
“Seorang suami jumpa saya dan tengah teramat marahkan isterinya kerana anak kecil baru 2 orang tapi rumah dah tak terurus dan diri sendiri…Bersepah, rumah dan diri isteri serta anak-anak dah tak terurus. Beliau pantang tengok benda macam tu katanya. Dia dah nekad takkan balik selagi isterinya tak berubah.
Saya kata padanya, saya lihat seorang ibu di hospital buat fisioterapi kerana tangan dan bahunya sakit dan ada masalah kerana lama dukung anak. Terkesan dan termenung berfikir pengorbanan seorang wanita dan ibu. Ya Allah.
Cuba saudaraku yang kukasihi ingat saat isteri kita melahirkan anak yang kita hampir separuh nyawa mereka melayang. Sakit, perit, kesusahan mereka… Selepas itu kena terus menyusukan anak.
Dukung anak sedangkan diri sendiri baru melepasi kesakitan paling dahsyat dalam dunia. Dulu 9 bulan bawa anak ke sana sini. Tidur, makan, semuanya tidak sempurna. Nak bangun, duduk, pusing. Kepala, pinggang, kaki, tangan, semuanya sakit…
Anak keluar kena menyusukan anak 2 tahun. Anak bangun 2 jam sekali. Paling kurang ambil masa 30 minit. Anak menyusu dan menyakitkan.. itulah seorang ibu. Penat dan kesabaran teramat tetapi ikhlas kerana Allah dan suamilah kekuatannya.
Kerana itu ringankanlah tugas isteri dan ibu anak-anak kita… menangis lihat ibu tersengguk menyusukan anak kerana kepenatan. Masa bila mereka tidur. Masa bila mereka berehat. Saya terus terang katakan saya memang tiada kesabaran dan ketabahan seperti itu. Itulah sifat mulia wanita yang Allah hadiahkan.
Kerana itu kita suami wajib memudahkan segala urusan mereka dengan bersama-sama membantu atau carikan pembantu rumah buat mereka. Ini rumah dan keluarga kita. Bersma-sama membantu. Itulah Islam.
Menguruskan rumahtangga dan ada yang bekerja. Allah. Sayangilah mereka. Semakin kita disayangi Allah. Jika mereka jaga solat awal waktu, jaga aurat dan kita redha dengan mereka syurgalah tempat mereka.
Hidup ini bukan apa kita suka atau tidak. Tapi apa yang Allah mahu dari kita. Bertolak ansur. Hargai isteri. Bangunkan mereka dengan agama. Takpelah kurang sikit bab lain tapi biar mereka masuk syurga. Itulah kasih yang sejati. Cinta sebenarnya.
Saya cakap ini kerana saya ingat ibu saya. Saya ingat isteri saya. Saya ingat Rasulullah saw amat mengasihi isteri dan keluarganya.
Abang tadi menangis. Katanya saya rasa macam tersedar. Saya stress agaknya. Betul tu ustaz.
Tahniah semua lelaki yang sedang mengasihi isteri. Menghormati mereka. Membantu mereka dan memimpin tangan mereka ke syurga. Ingatlah ketika itu kita sedang mengikuti jejak langkah Rasulullah saw.
Tahniah buat wanita yang berkorban dengan rasa cinta kerana Allah.”
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...