Berbagai-bagai jenis tudung yang ada di pasaran tapi gaya instant shawl masih mempunyai peminatnya yang tersendiri. Instant shawl tetap popular kerana pemakai tidak perlu susah-payah untuk mengenakan tudung. Hanya sarung dan kemaskan, dah siap. Ringkas dan tetap kemas tapi elegan.

IKLAN
Lihat Gaya 5 Selebriti Popular Ini Pakai Instant Shawl, Hanya Sarung Kemaskan Dah Siap!
Foto: Hijabs By Hanami

Tengok gaya, selebriti yang menggayakan instant shawl ini;

Lihat Gaya 5 Selebriti Popular Ini Pakai Instant Shawl, Hanya Sarung Kemaskan Dah Siap!
Foto: Instagram @catrionabrianross
Lihat Gaya 5 Selebriti Popular Ini Pakai Instant Shawl, Hanya Sarung Kemaskan Dah Siap!
Nora Ariffin
Lihat Gaya 5 Selebriti Popular Ini Pakai Instant Shawl, Hanya Sarung Kemaskan Dah Siap!
Foto: Instagram @lufyalaana
Lihat Gaya 5 Selebriti Popular Ini Pakai Instant Shawl, Hanya Sarung Kemaskan Dah Siap!
Foto: Instagram @wanisyazofficial
Lihat Gaya 5 Selebriti Popular Ini Pakai Instant Shawl, Hanya Sarung Kemaskan Dah Siap!
Hawa Rizwana Redzuan

Instant shawl juga seperti tudung-tudung yang lain memerlukan penjagaan rapi agar kekal terbentuk cantik. Bagi menjaga instant shawl tersebut, pastikan ikuti langkah demi langkah ini.

Guna cecair pelembut

Instant shawl perlukan penjagaan yang rapi kerana rekaannya telah dibentuk atau dijahit dengan sempurna. Justeru, ketika mencuci instant shawl pilih pencuci yang khusus untuk tudung. Jika tidak mempunyai pencuci khas itu boleh gunakan pelembut fabrik yang digemari saja. Rendam instant shawl selama 15 minit dalam air suam yang dicampur dengan bahan pencuci. Kemudian, bila instant shawl seperti biasa dan pastikan cecair pencuci telah hilang daripada fabrik instant shawl tersebut. Usah perah fabrik terlalu kuat kerana boleh merosakkan struktur fabrik.

Elak sental terlalu kuat

Macam biasa kalau dah terlambat nak ke pejabat, alamatnya memang kena bersolek dalam kereta. Saat yang dinanti adalah ketika berhenti di lampu trafik. Tiba-tiba tertekan pedal minyak dan kelam-kabut tekan pedal brek pula. Nah! lipstik dan maskara terkena instant shawl pula. Dahlah itu instant shawl kesayangan. Bagi elak instant shawl rosak, letak sabun pada bahagian yang terkena kotoran dan biarkan seketika. Selepas itu, gosok dengan tangan dan jangan guna berus yang kasar untuk menghilangkan kotoran.

Lihat Gaya 5 Selebriti Popular Ini Pakai Instant Shawl, Hanya Sarung Kemaskan Dah Siap!

Elak sidai bawah panas matahari

IKLAN

Rules nombor satu untuk jemur instant shawl adalah menggunakan penyangkut baju. Pastikan instant shawl disepit dengan pengepit baju dengan kemas dan tidak merosakkan bahagian hadapan atau muncung tudung. Dan rules nombor dua adalah tidak perlu menjemur di bawah terik cahaya matahari. Fabrik instant shawl biasanya ringan dan mudah kering, cukup menjemur instant shawl di tempat yang teduh.

Dilarang basuh instant shawl menggunakan mesin basuh

Sayang kalau basuh instant shawl dalam mesin basuh. Seperti yang kita tahu, instant shawl telah dijahit sempurna mengikut bentuk wajah. Jadi jika kita campak instant shawl dalam mesin basuh bersama baju-baju yang lain, sudah pasti warnanya akan pudar dan rekaannya pula akan rosak. Faham, kadang-kadang masa tak mengizinkan untuk membasuh tudung dengan tangan, jika hendak basuh menggunakan mesin basuh juga, pastikan pilihan membasuh di mesin basuh tersebut ada perkataan delicate. Kemudian, masukkan instant shawl kita dalam jaring. Baru rasa selamat!

IKLAN

Lihat Gaya 5 Selebriti Popular Ini Pakai Instant Shawl, Hanya Sarung Kemaskan Dah Siap!

Guna suhu rendah apabila menggosok

Sebenarnya tak susahpun kalau tahu teknik nak gosok instant shawl ni. Rahsianya guna seterika wap. Letakkan saja instant shawl di penyangkut baju dan mula menggosok. Mudah, bukan? Jika tak ada seterika wap, boleh menggosok seperti biasa dan yang paling penting gosok di bahagian muncung atau bahagian hadapan dengan sempurna. Pastikan laras seterika di suhu yang rendah untuk mengelakkan instant shawl terbakar atau berlubang.

Simpan dalam almari

Seelok-eloknya simpan kemas instant shawl dalam sebuah almari. Lipat kemas dan pastikan bahagian muka atau muncung tidak ‘terkelepek’. Ini kerana kekuatan instant shawl ini terletak pada muncungnya. Jaga baik-baik.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI