Mengambil konsep kafe ala New York yang mengilhamkan dekorasi santai dan minimalis, Raul’s Cafe by NisaBakri bukan sekadar restoran yang menyajikan seleksi menu lazat malah lebih tepat digambarkan sebagai medan pertemuan khusus bagi seisi keluarga, sahabat handai mahupun ahli korporat.

Masakan tidak, ruang kafe berskala sederhana dan selesa cukup ideal dijadikan lokasi majlis rasmi dan keraian selain mencipta momen indah tatkala menjamu selera di sini.

IKLAN

Terletak di aras bawah Menara Tabung Haji Damansara Uptown, kafe yang mula beroperasi Disember lalu ini menjanjikan sebuah pengalaman gastronomi yang tidak mungkin dapat dilupakan.

LOKASI LEPAK Di Damansara, Boleh Cuba Ke Raul’s Cafe By Nisa Bakri Milik VVIP Ini. Banyak SAJIAN ‘RARE’ Anda Mesti Rasa

Memulakan operasi seawal pukul 7.30 pagi hingga 10 malam pada setiap Isnin hingga Sabtu, pelanggan bakal dihidangkan dengan aneka sarapan pagi menyelerakan. Antaranya Nasi Lemak Nisa Bakri, Lontong dan pelbagai pilihan kuih-muih tradisional.

Melangkah masuk ke Raul’s Cafe, aroma mewah kopi Champ yang memenuhi segenap ruang kafe bagaikan terapi semangat sebelum memulakan hari anda. Deretan juadah tradisi yang tersusun kemas di meja bufet pastinya membuka dan membangkitkan selera pelanggan.

LOKASI LEPAK Di Damansara, Boleh Cuba Ke Raul’s Cafe By Nisa Bakri Milik VVIP Ini. Banyak SAJIAN ‘RARE’ Anda Mesti Rasa

Jika anda penggemar kopi tegar, nikmati hirupan kafein Champ Raul’s Signature, Latte, Cappucino, Mocha, Chocolate, Teh dan bermacam-macam minuman buah-buahan.

Mengutamakan keselesaan pelanggan di samping berhasrat menjadikan Raul’s Cafe umpama berada di rumah sendiri, pemiliknya Puan Sri Nisa Bakri mengakui idea untuk mempunyai perniagaan ini tercetus atas galakan dan sokongan daripada puteri tersayang, Intan Junita.

Tidak dilupakan kenalan rapat yang mengagumi air tangan isteri kepada bekas Timbalan Ketua Polis Negara ini.

IKLAN

“Sebenarnya nama kafe ini diambil sempena nama cucu lelaki saya, Raul kerana mahu memiliki sebuah brand yang asli dan bermakna. Kalau boleh saya mahu Raul’s Cafe jadi tempat bersantai yang bukan saja sebuah restoran makan.

LOKASI LEPAK Di Damansara, Boleh Cuba Ke Raul’s Cafe By Nisa Bakri Milik VVIP Ini. Banyak SAJIAN ‘RARE’ Anda Mesti Rasa

Saya mahu pelanggan rasa macam masuk ke rumah sendiri. Perasaan itu yang mahu saya serlahkan kepada setiap orang yang masuk dan makan di sini.”

IKLAN

Mempertaruhkan sajian tradisi Daging Salai, Asam Pedas, Kari Kepala Ikan, Ikan Goreng Berlado, Mi Kari termasuk hidangan Barat seperti Chicken Chop, Spaghetti Bolognese dan Carbonara, Raul’s Cafe turut menjual pes Asam Pedas dan Kari Ikan yang dihasilkan oleh Puan Sri Nisa sendiri serta dipasarkan di rangkaian pasar raya Mydin seluruh negara.

LOKASI LEPAK Di Damansara, Boleh Cuba Ke Raul’s Cafe By Nisa Bakri Milik VVIP Ini. Banyak SAJIAN ‘RARE’ Anda Mesti Rasa

Berbekalkan minat terhadap dunia kulinari, beliau juga mengeluarkan ramuan Rempah Beriyani dan Rempah Ayam. Eksklusifnya, kedua-dua jenis rempah tersebut hanya boleh di dapati di Raul’s Cafe.

Mampu menempatkan lebih 70 pelanggan dalam satu-satu masa, Raul’s Cafe menawarkan perkhidmatan perancang majlis hari lahir, mesyuarat, pelancaran produk dan turut menerima tempahan katering untuk pelbagai jenis majlis.

Usah risau dengan tawaran harga yang dikenakan kerana kafe ini mampu merealisasikan majlis anda mengikut kemampuan bajet yang ditetapkan bermula RM35 seorang dan ke atas. Di Raul’s Cafe, segala-galanya mencerminkan mercu tanda kasih sayang! Suziana Abu Daud

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI