Di sebalik kekuatan dan senyuman isteri Achey Bocey, Nur Hassanah Yahya, pasti terselindung duka yang ditahannya. Perkhabaran keputusan rawatan IVF yang sudah diikhtiarkan sejak Ogos lalu, menunjukkan tanda negatif, sekaligus menoktahkan perjalanan IVF mereka tahun ini untuk mendapatkan zuriat selepas 11 tahun berumah tangga.

Nur Hassanah atau panggilan mesranya, Anne, tenang menerima keputusan IVF itu pada 17 Disember lepas sambil memeluk anak kesayangan, Nur Tiara Zinnirah.

IKLAN

“17/12/2022 RESULTS TEST IVF NEGATIVE.

Kita usaha, Allah menentukan. Mungkin belum ada rezeki untuk kita. Kakak sabar ya, insyaAllah ada rezekinya nanti. Kalau kakak sedih, Mama dengan Ayah 10x lagi sedih. Mama sayang awak dan ayah awak.” Anne

“Maafkan Saya Belum Ada Rezeki Bagi Awak Zuriat” – Keputusan IVF Negatif, Isteri Achey Bocey Sebak Tahan Air Mata

“Maafkan Saya Belum Ada Rezeki Bagi Awak Zuriat” – Keputusan IVF Negatif, Isteri Achey Bocey Sebak Tahan Air Mata

Menerusi hantaran video dalam Instagram miliknya, Achey atau nama sebenarnya Mohd. Nasir Hamzah dilihat menenangkan isterinya yang tidak dapat menahan sebak setelah mendapat tahu keputusan rawatan itu.

“Syukur alhamdulillah, reda. Anne (isterinya) mohon bangkit dengan kuat.” Achey

Achey juga meminta sedikit ruang buat isteri tercinta, Anne yang masih dalam keadaan berduka.

“Empat bulan keluar masuk sini…. jumpa lagi… bukan tak move on tapi ianya sedikit perlahan… ruang masa mungkin lebih..

Anne akan kembali lebih kuat… aku? Kerja tetap jalan cuma perasaan masih di situ…” Achey

IKLAN
“Maafkan Saya Belum Ada Rezeki Bagi Awak Zuriat” – Keputusan IVF Negatif, Isteri Achey Bocey Sebak Tahan Air Mata
“Semangatttttt” – Achey Bocey

***************

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)

***************

IKLAN
“Maafkan Saya Belum Ada Rezeki Bagi Awak Zuriat” – Keputusan IVF Negatif, Isteri Achey Bocey Sebak Tahan Air Mata
Foto: Instagram @anne_achey

Perkongsian Achey itu mendapat sokongan daripada rakan selebriti dan pengikut Instagram yang tidak putus-putus memberi kata-kata semangat buat Achey.

Achey dan Anne mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan masih belum dikurniakan cahaya mata. Bagaimanapun pada tahun 2018, pasangan itu mengambil seorang anak angkat yang diberi nama Nur Tiara Zinnirah.

Rahsia jodoh, rezeki, ajal dan maut, semuanya di tangan Allah. Didoakan semoga pasangan ini terus kuat dan tidak putus asa berikhtiar untuk mendapatkan rezeki cahaya mata, suatu hari nanti.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI