Macam anak kacukan! Memang terserlah wajah cantik Salsabil Qur’ani. Patutlah namanya tengah jadi bualan hangat. Lebih-lebih lagi sejak video TikTok Salsabil di samping bapa tersayang ketika sambutan hari lahir aktor berkenaan baru-baru ini bertebaran di media sosial.
IKLAN
Sejak itu, ramai yang mula meminati dan mengenali anak pasangan selebriti popular, Mustapha Kamal dan Susan Manen tersebut.
Menjenguk media sosial milik Salsabil Qur’ani, gadis ini baru berusia 18 tahun. Daripada raut wajahnya jelas dia mewarisi kecantikan ibunda tersayang, Susan Manen yang merupakan bekas Ratu Cantik Malaysia 1993!
Mana tidaknya, aktres popular Pengantin 1 Malam itu mempunyai darah kacukan Inggeris dan Portugis. Jadi tak hairanlah anak-anak pun kacak dan cantik.
Sepasang mata bundar, hidung mancung, rambut ikal mayang dan senyuman manis yang dimiliki Salsabil membuatkan sesiapa saja tertawan.
Sebagai anak pelakon popular dan darah seni yang mengalir dalam diri, Salsabil turut tidak melepaskan peluang mengikut jejak langkah kedua-dua ibu bapanya sebagai pelakon.
Sekitar hujung tahun lalu, dia membintangi drama Cinta Yang Tertangguh di samping bapanya, Sweet Qismina dan Zoey Rahman.
IKLAN
Selain Salsabil, pasangan romantis Mustapha Kamal dan Susan Manen turut dikurniakan tiga cahaya mata lagi iaitu Sabella Qawiema, Aulia Qayyiem dan Naqli Qaddiem.
Kredit foto: Instagram Salsabil Qurani, Mustapha Kamal
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cukup 3 item ini untuk solekan simple tapi berseri di rumah. Calit-calit saja asalkan kulit wajah moist, nampak flawless dan bibir ranum kebasahan.
Lumrah wanita bekerja dari rumah, tetap mahu kelihatan cantik walaupun sekadar tatapan ahli keluarga dan suami tercinta. Tapi tak perlulah bersolek mampan, cukup solekan tipis atau kata orang selfie-ready!
Semak 3 item solekan terbaharu pilihan Majalah Nona ini untuk wajah natural tanpa filter kamera.
UNTUK KULIT
Lembapan kulit merupakan asas solekan. Usapkan serum Vinosource-Hydra ke atas kulit kering agar mekap tahan lebih lama.
Semanis wajah Selena Gomez, oleskan concealer ini untuk menyamarkan mata panda, kemerahan kulit atau jerawat dengan cepat.
UNTUK BIBIR
Bibir lebih ranum dan kemerahan, efek penuh bagaikan senyuman Rihanna. Hangatkan godaan dengan gloss bibir dari ekstrak lada capsicum ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pasangan Instafamous yang juga pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina merupakan antara figura yang sering menjadi sorotan netizen dalam setiap tindak tanduk mahupun penampilan yang diperagakan mereka.
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah 63kg! Jelas Ana, ketika itu suamilah mentor untuk berdiet dan pembakar semangat sehingga berjaya hari ini.
Dulu Tak Cantik?
Pemilik nama penuh, Nursyafiqah Aina Abdul Wahab, mengakui dirinya dulu memang tidak secantik sekarang. Dulu dia seorang gadis yang gemuk dan mempunyai muka berjerawat.
Memetik laporan Mstar Online penampilannya jauh berbeza dengan sekarang. Berbanding suaminya yang disifatkan sebagai seorang yang romantik.
Justeru itu, Aina tidak pernah bekecil hati jika suaminya memuat turun foto dirinya dahulu. Ini kerana ada mesej yang tersirat yang ngin disampaikan sebagai pengajaran kepada orang ramai.
Tidak Selesa ‘Lihat’ Diri Sendiri
Aina mengakui pada tahun 2013, berat badannya pernah mencecah 63 kilogram berbanding Hafiz yang hanya memiliki berat 42 kilogram.
Justeru, untuk mengembalikan keyakinan diri, Hafiz adalah orang yang sanggup memberikan tunjuk ajar serta galakkan kepada Aina untuk menurunkan berat badan.
Ketika temu bual bersama majalah NONA, Aina mendedahkan bahawa dia berjaya menurunkan berat dan mendapat bentuk badan ideal hanya dengan menjaga diet tanpa mengambil sebarang suplemen.
Dia juga mengamalkan tip pemakanan daripada Hafiz yang sememangya aktif melakukan senaman di gimnasium dan at berdisiplin menjaga pola pemakanannya.
Aina menjelaskan, tekad untuk kurus bukan kerana dia mengharapkan tubuh badan ramping bagi tujuan kecantikan, tetapi Aina sebenarnya tidak selesa melihat dirinya yang berisi dan merasa tidak yakin untuk memakai pakaian dengan saiz badan yang gempal.
Terima Kekurangan Seadanya
Mereka yang sudah mula saling mengenali sejak lima tahun lalu dan sejak itu kasih antara keduanya tidak pernah berubah hinggalah mereka mendirikan rumah tangga.
Pasangan ini kelihatan cukup romantik dan Hafiz memang betul-betul mencintai wanita ini walaupun ketika mula bertemu dirinya tidak berpenampilan menarik.
Sementara itu menurut Hafiz, gambar yang dimuat turun di laman sosial bukan bertujuan memperlekekan isterinya, sebaliknya hanyalah untuk memberi motivasi kepada pasangan lain.
Jelasnya lagi, dia mahu memberi inspirasi kepada kaum wanita supaya tidak rasa merendah diri dan yakin pada diri sendiri dan berubah kepada perkara lebih baik. Begitu juga lelaki yang perlu menerima pasangan mereka seadanya walaupun mereka tidak begitu sempurna.
Sekadar Info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA!
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Berseri-seri wajah isteri Riezman Khuzaimi, Dato’ Azie Sheikh Mohamed! Suka berkongsi dan bercerita pengalaman hidup, ramai yang terpaku dengan pesona wanita besi ini. Apa tidaknya, setiap kali Dato’ Azie menutur bicara senyuman manisnya tidak lekang di bibir. Ceria saja orangnya.
Mengulas pertanyaan amalan awet mudanya, usahawan berjaya ini sambil tertawa melontar kata. “Saya ni selalu bagi ceramah, motivasi kepada wanita dan saya paling lantang sebab apa saya rasa, saya beritahu sebab saya bukan jenis berlakon ke. Tak!
Apa pengalaman hidup saya, saya share dengan other people supaya mereka dapat inspiring from whatever my story all about.
Sebenarnya nak jadi macam saya ni, you have to be truthful. Maksudnya apa yang you rasa tak happy, you luahkan. Jangan pendam-pendam sebab kalau kita pendam ni makin lama, makan diri kita, makan muka kita jadi kerepot.
So don’t, be happy. Kalau rasa orang tu semak je, buang jauh-jauh. Toxic people buang jauh-jauh.”
Tambahnya lagi, “Hati kena lapang dan jangan ada hasad dengki dengan sesiapa. Kalau boleh memperkasa orang, lagi bagus. Kita perkasakan orang lain, kita akan happy. Kita kena ada perasaan macam tu.
Kita jangan perkasakan orang lepas tu cakap, ‘Kau, aku dulu tolong kau.” Jangan cakap macam tu. Saya dah ramai tolong usahawan jadi jutawan pun ada. Tetapi saya tak pernah fikir benda tu for me. It’s for them.
Alhamdulillah saya rasa saya jadi something great yang Allah dah bagi pinjam usia dan nyawa kepada kita, kita gunakan sebaik yang mungkin.”
Selain kredibiliti Dato’ Azie sebagai wanita korporat dan memperkasa ramai golongan wanita, dia juga sebenarnya nenek kepada empat orang cucu. Bercerita mengenai cucu tersayang, terus terpancar reaksi teruja dan bahagia figura ini.
“Sekarang anak-anak (cucu) masing-masing jaga. Cucu saya panggil saya Nona. Nona dalam bahasa Itali ini maksudnya nenek. Saya on the way, pencen. Dah cukuplah.. Saya seorang usahawan, masa mula-mula masuk bisnes, saya target umur 50 lebih je saya akan pencen.
Kita kalau bisnes atau bekerjaya, kena set bila nak pencen. Sebab masa tu then kita dah boleh kumpul. Kumpul harta, duit, everything jadi bila pencen, kita senang-lenang, relaks dan santai-santai.
Saya usahawan jadi saya ada banyak syarikat, sekarang ni tengah mana yang ada partner, kita jual dekat partner share kita. Semua ni perancangan dari tahun lepas lagi.
Alhamdulillah few company dah settle. Jadi saya adalah masa nak khidmat kembali kepada wanita-wanita Malaysia dan saya tubuhkan Kelab Wanita Ikon Malaysia.
Saya merupakan Wanita Ikon Malaysia yang pertama tahun 2007. Melalui NGO saya, kita buat anugerah wanita ikon dengan kerjasama Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat.”
Moga kejayaan dan perkongsian Dato’ Azie menjadi pencetus semangat buat kaum wanita untuk mengejar impian mereka.
Di sebalik kejayaan yang dikecapi, siapa sangka beliau pernah jalani IVF sebagai ikhtiar hamil dan rajin bersedekah, malah sifat dermawan itulah asbab impian Nur Liyana bina empayar LEEYANARAHMAN tercapai!