Keprihatinan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah terhadap keadaan kesihatan semasa bintang bola speak Selangor FC, Faisal Halim mendapat perhatian rakyat. 8 Mei lalu, anakanda kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor ini berkenaan berangkat ke sebuah hospital swasta di Shah Alam untuk melawat Faisal.

IKLAN

Lebih menarik perhatian, Tengku Amir hadir dengan penampilan kasual iaitu mengenakan T-shirt berkolar beserta logo negeri Selangor dan berseluar serta kasut sukan.

Keberangkatan DYTM Raja Muda Selangor yang juga merangkap Pengerusi Selangor FC ini tiba kira-kira jam 11 pagi. Turut mengiringi Tengku Amir ialah Timbalan Presiden Persatuan Bola Speak (FAS) Dato’ Seri Shahril Mokhtar.

Prihatin Kesihatan Faisal Halim, Tengku Amir Shah Berkenan Lawat Bintang Selangor FC Di Hospital!
Kredit Instagram @selangorroyalofficial

Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim atau lebih dikenali sebagai Micky merupakan pemain bola speak kebangsaan kini mendapatkan rawatan di hospital berkenaan selepas menjadi mangsa insiden simbahan asid pada 5 Mei lepas.

Artikel https://www.nona.my/usia-perkahwinan-cecah-5-tahun-faisal-halim-figura-bapa-penyayang-suami-setia/

Dalam pada itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menzahirkan rasa prihatin dan bimbang susulan kejadian tersebut.

Baginda selaku Penaung Selangor FC mengecam sekeras-kerasnya serangan tidak bermoral ini dan mahu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat kejadian ini hingga ke akar umbi serta mencari punca sehingga pelakunya segera ditangkap.

IKLAN

Baginda memandang serius kejadian ini dan mahu siasatan turut merangkumi kemungkinan sekiranya ada melibatkan kegiatan kumpulan yang berniat jahat atau keingkaran awam seperti samseng bola sepak atau hooliganisme.

Baginda amat kecewa dan menganggap kejadian seumpama ini sebagai melampau kerana melibatkan nyawa ahli-ahli sukan.

IKLAN
Prihatin Kesihatan Faisal Halim, Tengku Amir Shah Berkenan Lawat Bintang Selangor FC Di Hospital!
Kredit Instagram @selangorroyalofficial
Prihatin Kesihatan Faisal Halim, Tengku Amir Shah Berkenan Lawat Bintang Selangor FC Di Hospital!
Kredit Instagram faisalhalim.7
Prihatin Kesihatan Faisal Halim, Tengku Amir Shah Berkenan Lawat Bintang Selangor FC Di Hospital!
Kredit Instagram @faisalhalim.7

Faisal Halim yang kini berusia 26 tahun merupakan suami kepada Norsyazwani yang dinikahinya sejak lima tahun lepas dan pasangan berkenaan turut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki diberi nama Khalish Aryan yang kini berusia empat tahun.

Sebelum insiden yang menimpa Faisal Halim, seorang lagi pemain bola sepak tanah air, Akhyar Rashid turut dilanda musibah dirompak dan dipukul.

Moga Faisal Halim diberi kesembuhan segera.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI