15 Julai lalu genap 29 tahun usia Erin Malek. Dia menceburi dunia seni sebagai pelakon seawal belasan tahun namun mengambil keputusan untuk memperlahan karier seni sejak mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak. Walau menghampiri usia 30 tahun namun pesona Erin tetap memikat.
Makin menginjak usia, makin terserlah kejelitaan wanita ini. Namanya mula mendapat perhatian selepas membintangi filem Tentang Bulan sewaktu masih remaja. Malah Erin juga pernah bergelar juara program realiti Fear Factor.
Berkongsi foto terkini ketika menyambut ulang tahun kelahiran ke-29 bersama kenalan rapat, Erin tampil anggun dalam persalinan kemeja merah dan berseluar putih.
“29. Alhamdulillah blessed to see another year. Thank you for the lovely wishes and doas,” tulisnya.
Tak dinafikan sejak berkahwin dan bergelar ibu dua anak makin cantik berseri-seri! Bukan hanya langsing bahkan kulit wajah mulus Erin juga dikagumi ramai.
Ingat lagi temu bual Nona bersama jelitawan ini hujung tahun lalu apabila dia mendedahkan tentang amalan kecantikan selama ini.
Ads
“As you grow older dan saya pun dah dekat umur 30 tahun memang dah rasa badan dah lain sedikit. Terutamanya bila melibatkan soal nak turun berat badan yang agak susah. Jadi apa yang saya buat ialah memang dalam kalangan orang rapat tahu yang saya suka work out.
Selain work out, kena jaga makan dengan pengambilan diet sihat. Kadang-kadang ada juga cheat day. Tapi untuk jaga kesihatan dan penampilan kita, perlu makanan sihat, bersenam dan mengeluarkan peluh.”
Dia yang berehat dari dunia seni sejak mendirikan rumah tangga dengan pelumba kereta dan anak kepada usahawan empayar MOFAZ, Farriz Fauzy, bagaimanapun mengaku rindu untuk kembali berlakon.
Ads
Jelas Erin, sehingga kini dia masih menerima ‘lamaran’ berlakon dan terpaksa menolak memandangkan belum ada masa yang sesuai.
Buat sementara waktu dia aktif membuat content dan kempen produk di media sosial di samping masih mencari masa tepat untuk berlakon.
“Acting in TV belum lagi, inshaAllah soon. Alhamdulillah, rezeki tu masih lagi ada cuma nak cari masa yang sesuai agak susah untuk saya sekarang ni. Bagaimana pun jika ada masa yang betul-betul tepat untuk saya kembali berlakon, I’ll be back!”
Berkongsi pandangan mengenai pemakaian hijab pula, Erin mendedahkan dia gembira melihat lebih ramai wanita mengenakan tudung dan dalam masa sama mendoakan agar mereka kekal istiqamah dalam penghijrahan tersebut.
“Kita sebagai individu hanya mampu merancang dan selebihnya mendoakan mereka agar berkekalan. Dari segi gaya, bagi saya tak perlu keterlaluan. Cukup dengan sedap mata memandang tak perlu overdressed.
Especially bila kita dah berhijab ni, untuk kita nak nampak cantik dan selesa memang sangat susah. Apa yang saya boleh nasihatkan, pakailah pakaian yang selesa yang melambangkan imej hijab.”
Erin Malek sah bergelar isteri Farriz Fauzy pada tahun 2014 dan dikurnikan dua orang anak iaitu Mohamed Faliq Mohamed Farriz dan Nur Aisha Mohamed Farriz.
Bentuk wajah runcing memang menjadi idaman semua wanita, tetapi bagi yang mempunyai pipi bulat tentu rungsing. Puas sudah berdiet dan bersenam tetapi cuma badan sahaja yang menyusut. Mana nak sorok pipi ini?
Ada teman rapat yang mengatakan bahawa teknik solekan boleh membantu untuk mengecilkan sedikit pipi dan memberi ilusi kurus. Jom terokai ilusi optik ini dengan lebih terperinci.
PERCATURAN WARNA
Adunan rona gelap yang melunturkan solekan manakala rona cerah pula akan menonjolkan solekan. Gunakan konsep ini untuk mencipta wajah yang runcing daripada sebenar. Cuba adunkan warna kontur atau matte bronzer satu atau dua rona lebih gelap daripada warna kulit dan highlighter dengan rona yang lebih cerah daripada warna kulit.
Anda bebas untuk memilih tekstur krim atau serbuk mengikut jenis kulit atau kombinasi di antara keduanya. Namun, apa juga formula yang dipilih pastikan menggunakan berus khusus untuk mengadunkan solekan tersebut.
CIPTA ILUSI
Teknik utama yang perlu dipelajari untuk mencipta ilusi pipi yang runcing ialah dengan aplikasi kontur dari daerah tengah pipi membawa ke hujung telinga. Ketika mahu membuat kontur ini buat ekspresi wajah ‘fish face’ untuk mengetahui kedudukan sebenar teknik ini perlu dilakukan.
Bila sudah berjumpa dengan tempat yang betul, adunkan kontur dengan berus menjadi sempurna. Lebih tinggi peletakan kontur ini lebih tajam tulang pipi anda akan kelihatan. Akhiri dengan menyapu highlighter sepanjang tulang pipi yang akan membantu menyerlahkan teknik kontur tadi.
HIDUNG MANCUNG
Teknik solekan kontur benar-benar telah membuat pipi kelihatan lebih runcing atau kurus daripada pipi yang asal. Apabila pipi sudah sempurna bentuk hidung pula perlu diperindah. Bagi mencipta hidung yang lebih sempurna sapu contouring powder di kiri dan kanan tulang hidung.
Berhenti pada lubang hidung kemudian adunkan highlighter menghala ke luar batang hidung dalam arah vertikal demi mencipta hidung yang lebih mancung.
KECILKAN RAHANG
Solekan merupakan solusi penting mengatasi setiap kekurangan yang tercipta pada wajah. Rahang yang besar boleh dikecilkan dengan teknik yang betul. Sebenarnya mudah sahaja untuk mengecilkan rahang melalui solekan iaitu dengan aplikasi bronzer.
Sapukan bronzer sepanjang garis rahang dan adunkan untuk mencipta bentuk rahang yang diinginkan. Teknik ini juga sangat penting jika anda mahu menyembunyikan dagu berlapis pada setiap potret yang dirakam.
ATURAN MATA DAN BIBIR
Bibir yang penuh mempertegaskan wajah bulat namun, mata yang besar melalui solekan mampu mencipta wajah yang lebih kecil secara perbandingan. Jadi, cuba bermain dengan pengalit mata, pembayang mata dan maskara serta lipstik natural atau hanya pelembap bibir sahaja.
PEMBAYANG MATA
Kuasa pembayang mata begitu penting dalam setiap solekan. Cipta pembayang mata dengan lengkung yang lebih jelas membantu menyeimbangkan bentuk wajah bulat secara vertikal. Secara praktikalnya lakarkan pembayang mata dalam aturan dari kelopak mata ke atas sehingga kening.
HIGHLIGHTING
Bermain dengan teknik highlighting demi mencipta keseimbangan dan ilusi runcing pada wajah. Mula dengan bermain highlighting di tengah-tengah wajah dan di antara kening, sisi hidung, atas bibir dan tengah-tengah dagu. Jangan lupa pula di dahi, adun rona kontur menghala ke kepala dan sekitar garisan anak rambut untuk menekankan struktur tulang dahi. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walau sudah lebih 20 tahun berlalu namun aura dan wajah cantik Kristine Hermosa dalam drama popular Filipina, Pangako Sa’yo masih terpahat kemas di hati peminat hingga ke hari ini. Pernah mencipta fenomena di Malaysia menerusi rantaian drama bersiri tersebut, Kristine kembali digandingkan bersama aktor utama Pangako Sa’yo iaitu Jericho Rosales menerusi Sanay Wala Nang Wakas sekitar tahun 2003.
Khabarnya kerana kerap bertemu di set penggambaran, Kristine dan Jericho pernah menjalin hubungan cinta.
Kemunculan awal Kristine sebagai pelakonGandingan mantap Kristine bersama JerichoWajah terkini Kristine HermosaKeluarga bahagia Kristine & Oyo Sotto
Kristine yang bakal meniti usia 38 tahun pada 9 September nanti menikmati hidup bahagia di samping keluarga tersayang. Tidak hanya dikurniakan seorang suami yang romantik dan penyayang, Kristine cukup bertuah kerana turut mempunyai empat cahaya mata yang comel dan bijak! Lebih istimewa, aktres yang dilahirkan di Masbate, Filipina ini sedang sarat hamil anak kelima.
Berita kehamilan tersebut didedahkan Kristine dan suaminya, Oyo Sotto pada Disember tahun lalu. Teruja menyambut kehadiran anak kelima tidak lama lagi, kedua-duanya sepakat untuk mengumumkan jantina bayi mereka pada Mac lalu kepada peminat.
Nampaknya hasrat anak sulung perempuan Kristine untuk mempunyai adik perempuan tidak kesampaian kerana pasangan ini dilaporkan bakal timang anak lelaki.
Kristine bersama anak perempuan, Ondrea
Dedah Kristine, “Always grateful for every blessing. For a healthy and normal baby boy. So Dre (Ondrea), continue praying and believing that one day God will answer your prayer. I’m sure God will give you all that you need to embrace being the only baby girl in the family.”
Kristine dan Oyo Sotto berkahwin pada Januari 2011 selepas lebih setahun bercinta. Pasangan ini juga dikatakan mula berkenalan pada tahun 2004 ketika sama-sama menjayakan drama ‘Enteng Kabisote’. Oyo merupakan anak kepada pelakon komedi veteran Filipina, Vic Sotto.
Kristine & Oyo di samping Kiel, anak angkat yang juga dilayan seperti anak sendiri
Sebelum berkahwin, Kristine dan Oyo nekad mengambil seorang bayi lelaki sebagai anak angkat mereka yang diberi nama Kristian Daniel Sotto yang kini berusia 13 tahun. Mereka kemudian menerima kehadiran anak kandung sulung, Ondrea Bliss Sotto pada tahun 2011. Tiga tahun berikutnya, Kristine melahirkan Kaleb Hanns Sotto dan Marvic Valentin Sotto II pada tahun 2016.
Ini merupakan perkahwinan kedua Kristine. Terdahulu, Kristine pernah berkahwin dengan Diether Ocampo namun bercerai pada tahun 2009.
Pemilik nama Kristine Hermosa Orille-Sotto ini mula bergelar anak seni sejak tahun 2000 dan merupakan anak kedua daripada empat beradik. Difahamkan Kristine mewarisi kecantikan ibu tersayang yang mempunyai darah kacukan Sepanyol sementara bapanya pula berketurunan Filipina – Cina.
Sumber: News ABN CBN
Kredit foto: Instagram Kristine Hermosa
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon jelita dan ternama Indonesia Raline Shah tampil memukau dan berbeza di karpet merah Cannes Film Festival, Paris baru-baru ini. Mana tidaknya Raline Shah tampil begitu cantik dan anggun dengan kebaya warna biru di mana beliau memilih persalinan kebaya dalam misinya memperkenalkan budaya Indonesia.
Raline Shah menghadiri Cannes Film Festival 2023 di Paris pada Sabtu beliau datang memenuhi undangan sebagai wakil anak seni dari Artist International Group yang berpengkalan di Los Angeles yang dianggotai Raline. Tidak hanya itu, Raline juga dipilih untuk mewakili jenama perhiasan mewah Chopard dan Bvlgari.
Penampilan Raline ternyata menarik perhatian dunia dengan mengenakan kebaya biru dipadukan dengan material batik. Penampilannya jelas berbeza jika dibandingkan undangan lain karena memakai pakaian tradisional, apatah lagi ia disuntik dengan elemen mewah menyerlahkan kejelitaan Raline Shah.
Menerusi laman Instagram story @ralineshah, Raline dilihat berjaya menonjolkan sisi kebanggaanya menggunakan kebaya dan batik di acara bertaraf antarabangsa. Warganet juga turur memuji kecantikannya saat mengenakan pakaian di festival tersebut.
Untuk pengetahuan, kebaya yang dipakai Raline menyimpan seribu satu maksud dan dihasilkan oleh rumah fesyen Maison Baaz Couture yang mereka kebaya tersebut.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Beruntungnya usahawan kosmetik Cubre Mi, Afzalizah Nizam Azizan dapat mengerjakan umrah kali ini meskipun dalam keadaan sedang berbadan dua! Bukan semua orang dikurniakan rezeki untuk jadi tetamu Allah. Apatah lagi ketika sarat hamil. Tapi atas izin-Nya, Afzalizah atau mesra disapa Liza memanjat kesyukuran kerana hasrat untuk ke sana ...