Pastinya Dato’ Seri Azmin Ali dan Datin Seri Shamshida menjadi ibu bapa terbahagia apabila anak lelaki kesayangan selamat bergelar suami baru-baru ini. Jelas terpancar wajah bahagia dan sayu kedua-duanya saat menyaksikan hari bahagia putera mereka di samping wanita pilihan.
Berkongsi momen istimewa itu di media sosial, ADUN Hulu Kelang berkenaan meluahkan rasa syukur dan kelihatan sebak ketika memeluk erat Mohamed Basheer usai melafaz nikah.
Begitu juga anak lelaki Dato’ Seri Azmin Ali ini yang membalas dakapan kemas bapa tersayang.
Dato’ Seri Azmin dan Datin Seri Shamsida serta anak-anak tampil berseri-seri dalam persalinan sedondon beige di hari pernikahan tersebut.
“Alhamdulillah, saya dan Shida serta keluarga amat bersyukur ke hadrat Allah SWT di atas kesempurnaan dan kemeriahan upacara akad kikah putera kami, Mohamed Basheer Noor Alhaq.
Pada hari Jumaat, 15 Disember 2023, Sayyidul Ayyam yang penuh barakah ini, Mohamed Basheer Noor Alhaq telah selamat diijabkabulkan dengan Shariffa Deena Feisal Alkaff di Kuala Lumpur.
Ads
Majlis akad nikah dimulakan dengan khutbah nikah oleh Habib Dr. Syed Omar bin Abdullah Alshatrie. Khutbah ini sarat dengan peringatan dan nasihat serta doa untuk kedua mempelai.
Kemudian disusuli dengan upacara akad nikah yang dipimpin sendiri oleh ayahanda pengantin perempuan, Tuan Syed Feisal Salim Alkaff dengan disaksikan oleh Pendaftar Nikah dari JAWI, Ustaz Mohd Nizam Md Nor.
Alhamdulillah, Mohamed Basheer melafazkan akad nikah dengan lancar dan tertib dengan sekali lafaz. Sebaik diterima dan disahkan oleh saksi-saksi, majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al Bakri.”
Tahun ini Dato’ Seri Azmin dan isteri meraikan ulang tahun ke-35 perkahwinan mereka. Hasil perkongsian hidup selama lebih 30 tahun itu, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Farah Shazliyana, Mohamed Ameer Shazrin, Farah Amira, Farah Afifah, Mohamed Basheer Noor Alhaq dan Mohamed Yusuf Al Sadiq.
Bekas Menteri Hal Ehwal Ekonomi ini turut menerima perkhabaran gembira dengan kehadiran cucu keenam pada 20 Oktober lepas.
“Saya mendapat khabar gembira iaitu menerima cucu yang ke-6. Alhamdulillah dan syukur. Tahniah kepada putera saya, Ameer Shazrin dan isteri, Mazreen Shanim yang dikurniakan putera kedua pada jam 11.56 pagi Jumaat yang penuh barakah ini.”
Moga rumah tangga Dato’ Seri Azmin dan isteri berkekalan hingga ke syurga di samping keluarga tersayang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sama cantik, sama padan. Bagaikan pinang dibelah dua. Tiba berita gembira tengah malam Jumaat apabila YB Nurul Izzah Anwar mengumumkan perkahwinannya dengan jejaka pilihan hati, Yin Shao Loong.
Pasangan ini selamat diijabkabulkan pada Jumaat, 5 Ogos 2022 berwalikan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berita tentang perkahwinan kedua Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dengan suami, seorang pengkaji daripada Khazanah Research Institute dikongsikan sendiri oleh Nurul Izzah di media sosial, sekitar tengah malam tadi.
“Pada petang 5 Ogos, berwalikan ayahanda pengantin perempuan, kami telah selamat diijabkabulkan di samping keluarga terdekat.
Kami memohon doa kalian semua agar kita sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT.” Nurul Izzah
Kredit: Pinography
Untuk rekod Nurul Izzah, 42, yang digelar Puteri Reformasi pernah berkahwin dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim pada Mei 2003 namun bercerai pada 2015.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Raja Nur Safiyah, 15, dan Raja Ahmad Harith, 13.
Didoakan semoga perkahwinan Nurul Izzah dan pasangan berkekalan hingga ke Jannah serta mendapat sakinah, mawaddah dan warahmah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hampir lima tahun mendirikan rumah tangga bersama kerabat diraja Johor, Ungku Azhar Ungku Maznan, penyampai radio popular Linda Onn akhirnya mengakui dia sedang hamil anak sulung. Memuat naik foto eksklusif tentang dirinya di Instagram petang tadi, Linda atau nama sebenarnya Rozlinda Onn nyata teruja menyambut kehadiran cahaya mata yang amat dinanti-nantikan tersebut.
Tulis Linda, “Buat semua peminat-peminat dan kawan-kawan Linda yang tersayang. Sesuatu untuk Linda kongsikan dengan you all. The best thing in my life. Nantikan LO junior… coming soon. Syukur Alhamdulillah.”
Berdasarkan keadaan perut yang makin membesar, mungkin kandungan Linda sudah pun berusia lima bulan ke atas. Atau mungkin akan berkongsi tarikh kelahiran sama dengan penyanyi tersohor negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza?
Pengumuman Linda menerusi Instagramnya juga mendapat reaksi ramai kenalan artis yang turut menzahirkan ucapan tahniah dan berharap keadaan ibu serta bayi berada dalam keadaan sihat hingga saat melahirkan kelak. Desas-desus mengenai kehamilan Linda Onn mula bertebaran sejak dia memuat naik gambar buah mangga pada September tahun lalu. Namun waktu itu, empunya badan tidak memberikan sebarang kenyataan.
Semoga Linda diberikan kesihatan yang baik dan segala urusan dipermudahkan kelak. Untuk makluman, Linda Onn dan Ungku Azhar telah mendirikan rumah tangga pada 27 Disember 2013.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tanggal 24.12.22 menjadi saksi pelakon Reen Rahim selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, pada majlis yang berlangsung di Bora Ombak Marina, Putrajaya.
Aktres berumur 34 tahun itu dinikahkan sendiri oleh ayah pengantin perempuan, Abdul Rahim Abdul Kadir, di hadapan Pendaftar Nikah Putrajaya iaitu Hafizan Ibrahim pada pukul 9.05 malam dengan mas kahwin RM1,988 beserta sedulang barang kemas.
Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim menerima lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak lelaki. Pasangan sama cantik sama padan itu memakai busana serba putih pada hari penuh bermakna ini.
Majlis akad nikah itu dihadiri oleh kira-kira 400 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak dan media.
Sebelum ini, Reen meluahkan rasa syukur kerana mendapat tajaan sebanyak RM15 juta dengan mengadakan tiga majlis iaitu malam berinai, akad nikah dan resepsi. Terdahulu, Reen melangsungkan majlis pertunangan dengan jejaka berusia 28 tahun itu pada Ogos lalu namun bertindak untuk merahsiakannya atas permintaan keluarga.
Menurut Reen, kisah cinta bersama suaminya itu bermula pada dua tahun lepas.
“Jujurnya, di awal perkenalan, saya yang suka pada dia. Namun dia tidak menunjukkan apa-apa reaksi untuk membalas perasaan saya. Jadi, saya pendam sendiri perasaan ini selama dua tahun perkenalan sehinggalah kami pulang dari mengerjakan umrah bersama-sama,” ujar pelakon cantik ini.
Reen dan pasangan mula membina cinta selepas pulang dari umrah apabila hati kedua-duanya terbuka untuk membawa hubungan persabahatan yang sudah terjalin selama dua tahun ke fasa yang lebih serius.
Pada majlis akad nikah, wajah Reen mendapat sentuhan dari Datin Saidatulnisa Aminuddin manakala busana serba putih sentihan @ariweddingcouture. Reen turut mengenakan aksesori dari @ceresgoldofficial.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!