Siapa sangka, pemergian Datin Seri Shamshida Taharin ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajaran akhirnya ‘mendekatkan’ beliau dengan jodoh. Meskipun usia perkahwinan bersama Dato’ Seri Mohamad Azmin Ali hampir mencecah 30 tahun namun pasangan ini kekal bahagia melayari bahtera rumah tangga di samping enam cahaya mata.

IKLAN

Dari awal pembabitan Dato’ Seri Azmin dalam arena politik sehinggalah menyandang jawatan Menteri Hal Ehwal Ekonomi hari ini… wanita berusia 53 tahun ini tetap setia berdiri di belakang suami tercinta.

Mengimbas kembali momen perkenalan pasangan genius ini, Datin Seri Shida membuka bicara. “Sebagai anak guru, saya memang sentiasa didedahkan tentang pentingnya pelajaran oleh ibu bapa. Terutama sekali ibu saya, Puan Siti Rahmah Ismail.

Alhamdulilah, ketika di Sekolah Menengah Sains Bukit Mertajam, Pulau Pinang, saya selalu menjadi top student dan mendapat Anugerah Dekan pada setiap semester. Saya juga pernah ditawarkan untuk mendalami bidang perubatan tapi akhirnya saya menolak.

Belajar Bersama Di Amerika, DATIN SERI SHAMSHIDA Dedah Perkenalan Awal Dengan Dato’ Seri Azmin!Saya masih ingat pertemuan dengan Dato’ buat pertama kali. Hari itu dia datang ke tempat saya di Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Bukit Gambang, bersama wakil universiti bagi memilih pelajar terbaik ke University of Minnesota.

Tanpa disangka, saya terpilih dan menerima biasiswa MARA untuk ke American Degree Program. Maka bermulalah kisah hidup saya sebagai anak perantau di Amerika. Sayangnya ketika tiba di sana, bagasi saya hilang.

Pensyarah kami pernah mengusik. Katanya suami saya telah memilih saya dari awal untuk dijadikan isteri. Mungkin kerana selepas saya menamatkan baki pengajian dua tahun di Malaysia, tidak lama kemudian Dato’ pun masuk meminang.

Tapi sebenarnya kami percaya pada jodoh dan alhamdulilah berkekalan sehingga ke hari ini,” kata Datin Seri Shida yang berbeza usia hanya setahun lebih muda daripada Dato’ Seri Azmin.

IKLAN

https://www.instagram.com/p/Bymq0xbH9Xq/

Selepas tamat pengajian di Amerika Syarikat, Datin Seri Shida seterusnya bergelar pelatih di syarikat pembinaan EMKAY selama enam bulan dan di Malaysia Airlines sebagai management trainer selama enam bulan. Selepas mendirikan rumah tangga dengan Dato’, beliau menyertai Phileo Allied Bank sebagai konsultan.

IKLAN

“Kini selain menumpukan perhatian pada anak-anak, masa saya lebih banyak terisi dengan program sendiri. Saya merupakan Pengerusi di Rumah Puteri Arafiah (di bawah kelolaan PEKAWANIS) yang merupakan sebuah rumah pemulihan dan perlindungan remaja bermasalah di antara usia 12 ke 21 tahun.

Belajar Bersama Di Amerika, DATIN SERI SHAMSHIDA Dedah Perkenalan Awal Dengan Dato’ Seri Azmin!Saya dan anak-anak juga aktif berhubung melalui grup Whatsapp. Itulah cara kami bersembang dan mengeratkan hubungan bila masing-masing jauh di mata. Sebenarnya sepanjang hidup suami saya, dia memang seorang yang selalu sibuk.

Dari seorang ahli politik, sehingga bergelar ADUN, Ahli Parlimen, dan Menteri Besar, tingkat kesibukannya semakin lama semakin tinggi. Sebagai teman hidup, saya cuma mengikut apabila kehadiran diperlukan. Tapi sebenarnya saya suka berjumpa rakyat dan melalui program-program tertentu, saya seronok dapat menyalurkan amal jariah serta membantu golongan susah.”

Belajar Bersama Di Amerika, DATIN SERI SHAMSHIDA Dedah Perkenalan Awal Dengan Dato’ Seri Azmin!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI