Kemenangan suami tercinta, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini tentunya menjadi berita paling gembira buat Datin Seri Shamshida Taharin.
IKLAN
Walau karier politik suami diuji namun sebagai isteri, Datin Seri Shamshida atau mesra disapa Shida ini setia di samping lelaki kesayangan dalam keadaan susah mahupun senang.
Mendekati ratu hati wakil rakyat tersebut, Datin Seri Shida seorang wanita berjiwa cekal dan ibu penyayang. Dia dan Dato’ Seri Azmin melanjutkan pengajian di universiti yang sama di Amerika Syarikat.
Mereka berkenalan rapat di sana sebelum mendirikan rumah tangga pada tahun 1988.
Menerusi perkongsian Dato’ Seri Azmin di media sosial miliknya, ADUN Hulu Kelang berkenaan memanjat kesyukuran atas kurniaan isteri dan keluarga tersayang bersempena ulang tahun perkahwinan pada Julai lalu.
“30 Julai adalah hari yang paling istimewa untuk diri saya dan Shida. Kami menyambut ulang tahun ke-35 perkahwinan kami.
Alhamdulillah dikurniakan enam orang anak dan lima orang cucu. Semoga kami kekal bahagia sehingga ke jannah.”
35 tahun bergelar suami isteri dan melayari alam perkahwinan, pasangan ini dikurniakan enam cahaya mata iaitu Farah Shazliyana, Mohamed Ameer Shazrin, Farah Amira, Farah Afifah, Mohamed Basheer Noor Alhaq dan Mohamed Yusuf Al Sadiq.
IKLAN
Bahagianya seorang ibu apabila keenam-enam anak ini mempunyai latar belakang akademik yang cemerlang dan berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading sama seperti ibu bapa mereka.
Ketika hari pengundian PRN pada 12 Ogos lalu, kelibat Datin Seri Shida sentiasa berada di sisi Dato’ Seri Azmin. Malah, dia turut turun padang beramah mesra dengan penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang tersebut sebagai tanda sokongan kepada suami.
Kongsi Datin Seri Shida, “Aku menadah tangan memohon doa agar dikurniakan perlindungan dan keselamatan terhadap hambaMu, Mohamed Azmin bin Ali. Sesungguhnya tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan dariMu dari segala bentuk kezaliman.
IKLAN
Sesungguhnya Engkau Maha Melihat dan Maha Mengetahui segala sesuatu. Berikan kemenangan kepada suamiku Mohamed Azmin bin Ali dengan segala kebaikan bersamanya.”
Dari awal pembabitan Dato’ Seri Azmin dalam arena politik sehinggalah menyandang jawatan menteri suatu ketika dulu, wanita ini setia berdiri di belakang suami yang berbeza usia hanya setahun lebih muda daripada Dato’ Seri Azmin.
Victoria Beckham bersama keluarganya turut menyahut seruan kerajaan di negaranya untuk bersama membantu memutuskan rantaian COVID-19 dengan #DudukDiRumah atau #StayAtHome. Isteri kepada bekas Kapten Bola Sepak England ini, telah melakukan berbagai-bagai cara untuk memastikan mereka sekeluarga kekal positif sepanjang berada di rumah.
Foto: Instagram @victoriabeckham
Sudah pasti apa yang menarik perhatian adalah melihat keindahan kediaman pasangan sama cantik sama padan ini bersama empat orang anak mereka. Dikatakan kediaman townhouse mereka yang berlokasi di London ini bernilai RM169 juta (£31.5 million).
Foto: Instagram @victoriabeckham
Biarpun wanita wanita yang popular dengan nama Posh Spice ini bersama suaminya, David Beckham tidak ‘menunjuk-nunjuk’ dekorasi kediaman mereka. Tetapi perkongsian pasangan ini di media sosial, saat menghabiskan masa bersama keluarga mencuri tumpuan peminatnya. Bukan saja gembira melihat kebahagiaan keluarga ini malah dapat melihat sendiri interior kediaman mereka. Kali ini, kita jengah dapur wanita cantik ini.
Dapur Victoria Beckham ada lesung batu lah. Foto: Instagram @victoriabeckham
Victoria Beckham sering digambarkan sebagai seorang wanita yang mempunyai kehidupan yang lengkap. Memiliki rupa paras menawan dan bertubuh langsing walau sudah ada empat orang anak. Malah memiliki suami yang kacak, kaya dan ternama. Tidak cukup dengan itu, David Beckham juga cekap memasak di dapur.
Di samping itu, Victoria Beckham juga mempunyai jenama fesyen tersendiri. Ramai wanita yang ‘cemburu’ dengan apa yang dimiliki oleh wanita British ini dan tidak kurang juga ada yang telah mengangkat salah seorang anggota kumpulan Spice Girl ini sebagai wanita inspirasi.
Foto: Instagram @victoriabeckham
Biarpun sibuk menyeimbangkan kehidupannya sebagai selebriti, pereka fesyen, ahli perniagaan, isteri dan juga ibu namun Victoria begitu positif melayari kehidupannya. Wanita yang berusia 45 tahun ini telah melancarkan rangkaian kosmetiknya sendiri. Dikatakan produk kosmetik milik wanita yang jarang tersenyum ini menggunakan bahan-bahan semula jadi dan sesuai dengan semua jenis kulit tanpa mengira usia.
Salah faham dalam berhijab, walaupun dianggap oleh pemakainya sudah sempurna, tapi niat menutup aurat dan mendapatkan pahala sebenarnya tidak boleh dinikmati selagi kita melakukan 10 perkara ini.
Wanita sebagai makhluk Allah yang sukakan kecantikan, kita tentu sekali mahu dipandang cantik dalam apa keadaan pun. Namun sayang, alangkah ruginya berhijab kalau ia sekadar melepas batuk di tangga. Cacat-cela berhijab sungguh ketara, apatah lagi apabila pakaian Muslimah kian moden dan mula difesyenkan.
Renung semula pemakaian hijab kita dan niatkan untuk perbaiki stail pakaian sedikit demi sedikit. Seperti nasihat Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad, sekarang sudah cukup-cukuplah kita mencari pujian manusia!
(1) Bermekap & Stail Tudung
Essence
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu.
Bermekap dan menurut Maqatil sengaja mengikat tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahiliah.
(2) Mencukur bulu kening
Marie Claire
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
(3) Mata Meliar
Dan katakanlah kepada perempuan Mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, ‘Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.’ Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
(4) Rambut Terdedah
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
(5) Berfesyen
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang mencolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al-Ahzab Ayat 59 bermaksud: ‘Hai Nabi-nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya. Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Sebaiknya usahlah berfesyen yang keterlaluan bagi mengelakkan salah faham. Lebih-lebih lagi bagi kita yang masih banyak ketinggalan ilmu aurat.
(6) Menyembur wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung. Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
(7) Bentuk dada
Burkini
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: ‘Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.’ Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
(8) Bersalaman Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. Petikan dari Hadis Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi.
(9) Menyanyi
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. Petikan dari Surah Al-Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, ‘Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.’ Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
(10) Mencuaikan Kehormatan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan Mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. Hadis Riwayat Riwayat Al-Bazzar.
Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
Tip Bertudung Labuh Secara Berperingkat
Mulakan dengan memakai stoking kaki dan sarung tangan. Elakkan seluar jeans denim tapi pakailah seluar slack yang longgar. Gantikan t-shirt dengan baju labuh menutupi peha (mencecah lutut).
Sertai kumpulan usrah wanita.
Lazimkan menghadiri majlis-majlis ilmu seperti kuliah Maghrib atau ceramah di masjid.
Perbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat dan berpuasa.
Perbanyakkan membaca Al-Quran dan bertadabbur (mengkaji) maknanya.
Pakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus.
Terpikat dengan keperibadian Jaclyn Victor yang bukan saja murah senyuman dan mesra, tapi dia juga happy go lucky orangnya. Melihat personaliti ceria Jac, pasti khalayak yang memandang turut sama tersenyum bahagia.
Bergelar juara Gegar Vaganza Musim 9, pemilik suara taraf antarabangsa ini menjalin hubungan akrab dengan rakan artis, Shila Amzah.
Bahkan Jac meluangkan seharian masanya bersama anak penyanyi Dato’ ND Lala tersebut ketika majlis persandingan Shila dan Ubai yang berlangsung baru-baru ini.
Pada majlis itu, kelihatan Jac tampil berseri-seri dalam persalinan indah rona putih di samping Marsha Milan dan Amylea.
Malah, dia turut menitipkan ucapan istimewa buat sahabat kesayangannya itu.
“Semoga cinta kamu berdua berkekalan sampai ke syurga.”
Keupayaan Jac sebagai penyanyi nyata tidak perlu dipertikai lagi. Setelah memenangi Malaysian Idol, kerjaya seninya terus memuncak dan dia sering diundang membuat persembahan di majlis berprestij.
Atas pencapaian membanggakan sepanjang bergelar anak seni, Jac pada Jun lepas menerima pengiktirafan The Most Celebrated Singer of All Time, The Knights Award 2023.
Bukan mudah baginya mendaki puncak kejayaan apatah lagi dia bukan berasal dari keluarga berada.
Namun, kesusahan yang pernah dialami Jaclyn memberikan kekuatan semangat buatnya dan tiga adik lelaki lain untuk terus tabah menghadapi dugaan kehidupan.
Pastinya, tulang belakang Jac atau nama sebenarnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor ini ialah ibunda kesayangan iaitu Maggie Victor.
Betapa dia menyayangi ibunya lebih-lebih lagi sejak mendiang bapa meninggal dunia ketika Jac baru berusia sembilan tahun.
Selain sibuk dengan kerjaya nyanyian, Jac yang berusia 44 tahun dilaporkan turut mengurus perniagaan Restoran BATS bersama rakan kongsi di Bangsar. Dia juga merupakan anak sulung daripada empat beradik.
Jac pernah mendirikan rumah tangga dengan anggota kumpulan Az Yet yang juga rakyat Amerika Syarikat, Shawn Rivera pada 19 Julai 2014. Namun perkahwinan mereka terlerai pada Januari 2020.
Hasil perkongsian hidup, Jac dikurniakan dua cahaya mata iaitu Jonah Joshiah Rivera berusia tujuh tahun dan Molly Marguerite Rivera, lima tahun. Kedua-dua anak kesayangan Jac ini lahir pada tarikh sama iaitu 24 Ogos.
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...