Romantiknya Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Tengku Datin Seri Marsilla Tengku Abdullah. Walau sudah bergelar datuk dan nenek, namun kemesraan dan sisi romantik pasangan ini tetap menebal. Macam kekasih yang tengah hangat bercinta!

IKLAN

Menerusi perkongsian Ahli Parlimen Sembrong ini, jelas terserlah betapa beliau menghargai isteri tercinta. Buktinya, momen indah bersama Tengku Datin Seri Marsilla sentiasa menghiasi media sosial Dato’ Seri Hishammuddin.

Tidak kira ketika mengikuti lawatan rasmi, menjamu selera mahupun perayaan, kelibat isteri pasti ada di sisi menemani bekas Menteri Luar Negeri berkenaan.

“Cinta Sampai Tua,” Dah Bercucu Pun DS Hishammuddin & Isteri Ibarat Kekasih Hangat Bercinta!
Kredit Instagram @hishammuddinhussein

Kebanyakan momen yang berjaya dirakam juga memperlihat pasangan ini tersenyum bahagia, saling menyokong dan bahagia sebagai pasangan hidup yang sudah pun berkahwin lebih tiga dekad.

Raut wajah manis penuh kelembutan ditambah pula gaya elegan Tengku Datin Seri Marsilla, pasti ramai tidak menyangka wanita ini ibu kepada empat cahaya mata dan nenek empat cucu.

Biarpun anak-anak makin meningkat usia dan berkeluarga, ikatan kekeluargaan mereka cukup kuat.

“Cinta Sampai Tua,” Dah Bercucu Pun DS Hishammuddin & Isteri Ibarat Kekasih Hangat Bercinta!
Kredit Instagram @hishammuddinhussein
“Cinta Sampai Tua,” Dah Bercucu Pun DS Hishammuddin & Isteri Ibarat Kekasih Hangat Bercinta!
Kredit Instagram @hishammuddinhussein
“Cinta Sampai Tua,” Dah Bercucu Pun DS Hishammuddin & Isteri Ibarat Kekasih Hangat Bercinta!
Kredit Instagram @hishammuddinhussein
“Cinta Sampai Tua,” Dah Bercucu Pun DS Hishammuddin & Isteri Ibarat Kekasih Hangat Bercinta!
Kredit Instagram @hishammuddinhussein
“Cinta Sampai Tua,” Dah Bercucu Pun DS Hishammuddin & Isteri Ibarat Kekasih Hangat Bercinta!
Kredit Instagram @hishammuddinhussein

Menelusuri latar belakang Dato’ Seri Hishammuddin, beliau merupakan anak kepada Perdana Menteri Ketiga, Tun Hussein Onn yang dilahirkan pada 5 Ogos 1961.

IKLAN

Mengimbas kenangan di samping ayahanda, “29 Mei – tanggal yang sentiasa menghadirkan rasa hiba. 33 tahun tanpa Allahyarham ayahanda tercinta di sisi. Moga Allah SWT sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkan bersama para hambaNya yang soleh. Amin Ya Rabbal Alamin.”

“Cinta Sampai Tua,” Dah Bercucu Pun DS Hishammuddin & Isteri Ibarat Kekasih Hangat Bercinta!
Kredit Instagram @hishammuddinhussein
“Cinta Sampai Tua,” Dah Bercucu Pun DS Hishammuddin & Isteri Ibarat Kekasih Hangat Bercinta!
Kredit Instagram @hishammuddinhussein
“Cinta Sampai Tua,” Dah Bercucu Pun DS Hishammuddin & Isteri Ibarat Kekasih Hangat Bercinta!
Kredit Instagram @hishammuddinhussein
“Cinta Sampai Tua,” Dah Bercucu Pun DS Hishammuddin & Isteri Ibarat Kekasih Hangat Bercinta!
Kredit Instagram @hishammuddinhussein
“Cinta Sampai Tua,” Dah Bercucu Pun DS Hishammuddin & Isteri Ibarat Kekasih Hangat Bercinta!
Kredit Instagram @hishammuddinhussein

Dato’ Seri Hishammuddin mendirikan rumah tangga dengan Tengku Datin Seri Marsilla Tengku Abdullah pada tahun 1986 iaitu tiga tahun sebelum beliau menceburkan diri dalam bidang politik.

IKLAN

Tengku Datin Seri Marsilla pula anak kepada Almarhum Tengku Arif Bendahara Pahang Tengku Tan Sri Abdullah Sultan Abu Bakar. Bapanya, Almarhum Tengku Arif Bendahara ialah adinda Sultan Pahang, Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Dato’ Seri Hishammuddin dan Tengku Datin Seri Marsilla dikurniakan empat anak iaitu Nasha Alyssa, Farris Hussein, Kyra Ariana dan Fahd Hussein. Serta empat cucu iaitu Ayden, Adryan, Alayna dan Aleena.

Moga rumah tangga Dato’ Seri Hishammuddin dan isteri tercinta diberkati Allah SWT dan berkekalan hingga ke syurga.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/kami-tinggalkan-title-artis-vip-luar-pagar-7-tahun-kahwin-riezman-khuzaimi-dato-azie-wanita-terbahagia/

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI