Dalam kesibukan meraikan kedatangan Syawal, nampaknya Uyaina Arshad dan suami tersayang, Raja Syahiran turut mengadakan majlis akikah untuk putera sulung mereka, Raja Urhan Raja Syahiran.
Putera kesayangan Uyaina dan Raja Syahiran ini mempunyai nama yang unik dan maksud yang cukup baik selain sebutannya hampir sama dengan ibunya.
Menurut Uyaina, Urhan membawa maksud pemimpin yang hebat. Selain dekat dengan nama ibu Uyaina iaitu Noor Alhan, nama Urhan juga diambil bersempena nama Sultan Empayar Uthmaniyyah yang kedua iaitu Sultan Orhan Gazi. Semoga Raja Urhan membesar menjadi seorang khalifah yang baik di muka bumi ini dan dapat memberi kebaikan kepada ramai orang.
Ads
Memilih persalinan kuning sebagai tema majlis, majlis akikah tersebut diadakan serentak sambutan rumah terbuka Aidilfitri pasangan ini yang menyaksikan tetamu yang hadir terdiri daripada kaum keluarga kedua belah pihak dan beberapa rakan rapat mereka.
Lari dari tema rumah terbuka yang tipikal, Uyaina dan keluarga mempunyai cara tersendiri menghiburkan para tetamu yang datang berkunjung ke rumah terbuka dan majlis akikah putera tersayang.
Ads
Mana tidaknya, tetamu pasangan ini diserikan dengan persembahan tarian dari keluarga Uyaina yang mempersembahkan tarian Musang Berjanggut & Ketipang Payung versi Uyaina dan Raja syahiran.
Ads
“Keluarga Uyaina memang suka buat persembahan terutamanya jika ada majlis keluarga. Apabila berkahwin dengan Syahiran, keluarga dia pun semangat buat persembahan untuk majlis keluarga. I am soooo happy! Rasa we belong together sangat,” ujar Uyaina dalam posting Instagram miliknya.
Uyaina dan keluarga mengambil masa satu hari untuk mempelajari teknik tarian dan ia merupakan momen indah sekeluarga yang menjadi kenangan mereka bersama.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu kepada dua cahaya mata, Florence Tan terlibat dalam misi eksplorasi NASA untuk planet Marikh. Kisah ini pastinya menjadi inspirasi dan dorongan kepada seluruh rakyat untuk mencatatkan lebih banyak kejayaan di peringkat dunia.
Sudah tentu mereka yang terpilih dan mempunyai pencapaian hebat sahaja mampu berkhidmat di sana. Baru-baru ini Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menzahirkan rasa bangga atas kejayaan wanita kelahiran Muar, Florence Tan yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Juruteknologi NASA.
Menerusi hantaran di Facebook rasmi baginda, Sultan Ibrahim bertitah, pencapaian membanggakan wanita itu telah mengharumkan nama Johor di peringkat antarabangsa.
“Saya mengucapkan tahniah dan menzahirkan rasa bangga atas kejayaan anak kelahiran Johor ini sehingga menempa nama di luar negara.
“Ini juga merupakan satu kejayaan yang turut membanggakan rakyat serta mengharumkan nama Johor di peringkat antarabangsa,” titah baginda.
Berikut 6 fakta menarik mengenai wanita hebat ini;
1-Florence lahir di Muar, Johor dan merupakan bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA Kuantan, Pahang.
2-Dia kemudian melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan elektrik di University of Maryland di Amerika Syarikat.
3-Tidak terhenti di situ, Florence terus menggali ilmu ke peringkat ijazah sarjana dan ijazah kedoktoran dalam kejuruteraan elektrik di Universiti Johns Hopkins.
4-Florence menyertai NASA sejak 1986 selepas diterima sebagai pelatih di Pusat Penerbangan Angkasa Goddard NASA berdasarkan pengajiannya dalam teori elektromagnet. Selepas menamatkan PHD, Florence mula bekerja di situ sebagai pengaturcara.
5-Ibu kepada dua cahaya mata itu terlibat dalam misi eksplorasi NASA untuk planet Marikh.
6-Florence difahamkan kini memiliki kewarganegaraan Amerika Syarikat.
Perjalanan menuju kejayaan pasti berliku. Antara yang tular mengenai Florence ialah beberapa resipi kejayaan dikongsikannya;
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika atau singkatannya NASA merupakan badan pemerintah Amerika Syarikat yang bertanggungjawab mengelola dan mentadbir program angkasa lepas dijalankan negara itu. NASA bertanggungjawab terhadap penyelidikan aeroangkasa ketenteraan dan awam jangka panjang. Sejak Februari 2006, misi NASA ialah merintis masa depan dalam penjelajahan angkasa lepas, penemuan saintifik dan penyelidikan aeronautik.
Sumber: Sinarplus
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasti ramai wanita berkongsi rasa kagum dan bangga dengan kejayaan yang diraih Ayu Damit hari ini. Iyalah, selain sibuk menjalani rutin harian sebagai seorang isteri, ibu kepada tiga orang anak dan juga penyanyi… Juara program nyanyian One In A Million ini dalam diam rupa-rupanya sudah bergelar usahawan pertanian berjaya. Daripada tanaman secara kecil-kecilan, kini Ayu dan suami mampu mengembangkan tanaman di ladang seluas 4 ekar.
Ayu yang ketika dihubungi pihak Nona dalam nada ceria sudi berkongsi pengalaman bergelar usahawan pertanian. Katanya, perkongsian ini boleh dijadikan pembakar semangat buat mana-mana individu khususnya kaum wanita yang menyimpan hasrat bergelar ahli pertanian berjaya kelak. Dikenali sebagai selebriti yang merendah diri, Ayu berkata, “Alhamdulillah, Ayu dan suami mengusahakan cili padi sistem fetigrasi selama tiga tahun. Tapi sebenarnya, kami sudah terlibat dalam bidang pertanian hampir enam tahun. Pada mulanya, kami mengusahakan penanaman kelapa mataq dan nanas.
Pun begitu, buat masa sekarang kami lebih fokus kepada penanaman cili padi. Tanaman
kelapa masih ada cuma nanas je dah tak ada.” Tatkala diaju persoalan mengapa memilih tanaman cili padi, ini jawapan Ayu. “Sebab utama pilih cili padi adalah kerana pasaran yang agak tinggi selain Malaysia kekurangan pengeluar cili dan kebanyakan pembekal cili berasal dari negara lain. Sebenarnya suami yang menggalakkan Ayu ceburi bidang ini sebab dia sangat berminat dengan pertanian. Memang dia di kampung pun dia suka bercucuk tanam.”
Terang isteri Syed Fauzi Syed Baharuddin ini lagi, “Setakat ini kami menyewa tanah Orang Asli yang terletak di Pangsoon, Hulu Langat seluas 4 ekar dan di ladang tersebutlah kami usahakan tiga jenis tanaman iaitu cili padi, timun dan terung. Namun sekarang alhamdulillah kami dapat menambah satu lagi tanaman iaitu kacang panjang. Selain tanaman sayur-sayuran berkenaan, Ayu turut mengeluarkan produk keluarannya sendiri seperti cili padi jeruk dan cookies.
Soal pengurusan tanaman dan bisnes pertanian ini dikendalikan sepenuhnya oleh suami. Tugas Ayu lebih kepada membantu dari segi promosi dan penjualan saja. InshaAllah, dalam masa lima tahun akan datang Ayu ingin meluaskan ladang yang ada sekarang ini untuk dieksport ke luar negara. Selain masih aktif bernyanyi, Ayu dan suami juga buat consultant untuk petani-petani baru.”
Ditanya bagaimana dia dan suami mengendalikan perniagaan ini ketika negara sedang dilanda wabak Covid-19, Ayu dengan tenang mengakui turut terkesan dengan situasi semasa ketika ini. “Ya, bisnes agak terjejas sedikit kerana keperluan asas yang patut dihantar ke pasar borong telah dihadkan jumlah penghantaran. Ditambah pula dengan harga yang sedikit jatuh disebabkan terdapat lambakan di pasaran. Hasil tanaman waktu ini juga agak terhad untuk dibawa keluar kerana Hulu Langat adalah redzone kepada PKPD (perintah kawalan pergerakan diperketatkan). Kawasan Ayu agak berdekatan dengan PKPD tapi alhamdulillah Ayu ada pekerja yang tinggal di ladang untuk menguruskan tanaman. Jadi Ayu monitor by phone untuk tugasan kerja.”
Disebabkan kawasan tempat tinggal Ayu berhampiran kawasan berisiko tinggi Covid-19, dia dan suami belum berkesempatan untuk menghulurkan sumbangan kepada petugas terlibat. Namun pasangan ini masih membantu mereka yang terjejas khususnya di sekitar kawasan tempat mereka tinggal.
Sebagai ibu bekerjaya, bukan mudah bagi Ayu untuk membahagikan masa di antara keluarga, perniagaan dan karier seni. Pun begitu, baik Ayu mahupun suami kedua-duanya memilih untuk tidak lagi menggunakan khidmat pembantu rumah selepas berdepan dengan pelbagai dugaan. “Dulu Ayu memang menggunakan khidmat pembantu rumah tapi banyak kali lalui macam-macam ragam pembantu ni. Jadi, buat masa sekarang Ayu dan suami yang menjaga anak-anak. Kalau Ayu ada kerja, suami yang akan jaga dan begitu juga sebaliknya.”
Selama 11 tahun melayari bahtera perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga orang anak iaitu Syed Nasrul Haikal (10 tahun), Sharifah Alya Adriana (8 tahun) dan Syed Aqif Najmi yang kini berumur 4 tahun.
Kredit: Instagram Ayu Damit
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bertuahnya suami Muabellaz. Kejutan di hari jadi membuatkan ramai yang kecur liur. Masakan tidak, jambangan wang menjadi hadiah sempena hari lahirnya. Menurut Bellaz, rezeki yang ada hari ini adalah hasil kesusahan suami yang bersama-samanya sejak awal dahulu.
“Saya belajar makeup hanya dari Youtube dan Instagram. Masa mula-mula dulu memang saya tak mampu untuk menghadiri kelas solekan kerana yurannya terlalu mahal. Saya bukan dari keluarga yang kaya jadi duit yang ada digunakan untuk perbelanjaan keluarga dan untuk up-grade barang solekan.
Solekan ini umpama satu kelebihan dalam skil. Untuk jadi pandai, kita perlu selalu praktikkan solekan dan itulah yang saya lakukan. Setiap kali saya terima bayaran dari klien, saya gunakan untuk beli barang-barang yang lebih baik. Sampai di rumah, saya akan berulang kali solek diri sendiri supaya skil itu semakin baik.
Saya memang minat sangat makeup. Mungkin itulah kelebihan yang Allah berikan. Selepas itu saya mula buat video live di Facebook dan tutorial makeup dan dari situ orang mula mengenali saya. Lama-kelamaan, saya mengambil cabaran membuka kelas solekan agar lebih ramai lagi yang boleh belajar ilmu solekan dan pada masa sama, saya sendiri boleh belajar dari mereka dan mengasah skil sendiri,” ujarnya.
Mengimbau kembali setiap kesukaran hidup yang pernah dilalui, Bellaz hampir mengaku kalah dengan airmata. Hidupnya sukar dan tidak pernah langsung dia terfikir dapat keluar dari kemiskinan. Jiwa yang kental dan tanggungjawab yang dipikul membuatkan Bellaz sentiasa mencari ruang untuk cuba memperbaiki nasib keluarga.
“Ayah saya seorang nelayan, manakala ibu pula hanya seorang surirumah. Apabila ayah ‘masuk pulau’, hampir dua hingga tiga minggu juga kami ditinggalkan. Sebagai anak ketiga, saya rasa sudah menjadi tanggungjawab saya untuk mencari rezeki untuk kami anak-beranak makan, biarpun hanya kais pagi makan pagi.
Kesenangan yang dikecapi Bellaz kini bukanlah hasil sebulan dua. Dia bekerja keras demi kelangsungan hidup dan untuk terus kekal relevan dalam industri demi untuk memberi kesenangan kepada keluarga. Macam tidak percaya apabila Bellaz akui adik-adiknya tidak tahu membuka pintu kereta kerana tak pernah naik kereta seumur hidup mereka.
“Sewaktu saya dan suami belum berkahwin, suami bercadang membawa saya dan adik-adik makan dengan menaiki kereta. Adik-adik saya tak tahu macam mana nak buka pintu kereta kerana kami tak pernah naik kereta! Bagi saya, makan sayur kailan dan minum Milo ais pun sudah cukup mewah.
Kalau tak cukup duit untuk makan, memang saya sendiri akan ke rumah jiran untuk pinjam duit. Kadang-kadang duit upah dari kelas ikan saya berikan kepada ibu kerana ibu dan adik-adik tak makan. Saya berlapar kerana kasihankan mereka. Saya sedar ramai lagi orang yang lebih susah dari saya tapi ini kisah hidup saya yang ingin kongsikan kepada semua,” cerita Bellaz.
“Saya tak pernah terfikir untuk mendapat rezeki besar macam ni dari Allah. Saya fikir, cukuplah kalau ada duit untuk makan, tak perlu kaya-raya. Tetapi ini pemberian Allah, jadi saya perlu buat sesuatu agar ia boleh dikongsi bersama orang lain.
Di kampung, memang ramai sangat orang yang susah, malah lebih susah dari saya dulu. Kalau saya dengar ada yang perlukan bantuan, saya akan ke rumah mereka dan lihat apa yang boleh dibantu. Begitu juga sekiranya mereka perlukan bantuan dari segi kemudahan infrastruktur.
Ada dua perkara yang saya pegang dalam diri iaitu sejahat mana sekalipun kita, jaga hubungan kita dengan Allah kerana Allah akan sentiasa bersama kita. Jangan pernah putus doa dan niat perlu betul. Dan bersedekah dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan. Dengan rezeki yang Allah beri, kita cuba bantu adik-beradik kita dan tolong orang yang memerlukan.” Katanya mengakhiri perbualan.
Lawatan Muzium Pahang bersama Tengku Ampuan Pahang menjadi detik penuh bermakna apabila baginda membawa rakan sekelas ISTAC UIAM menyelami sejarah, ilmu dan kenangan manis yang menyentuh hati.