Walau pun kini jarang muncul di kaca televisyen, pelakon dan usahawan Diana Rafar sentiasa aktif di mesia sosial.
Bagi Diana, keluarga adalah keutamaannya sekarang ini sementelah anak-anak pun dah makin membesar.
Melihat penampilan terkini ibu kepada tiga orang anak ini, seperti tak percaya umurnya dah mencecah 40 tahun.
Masih menawan, badan langsing persis anak dara, kulit pun halus mulus je.
Ketika dihubungi Majalaha Nona, isteri kesayangan kepada aktor popular, Zamarul Hisham ini mendedahkan rahsia kekal cantik dan sihat.
“Sebenarnya sejak turun temurun lagi saya memang suka makan jamu.
“Dan terhasilnya produk susu kambing Diana ni adalah petua sebenarnya daripada family turun temurun.”
Ads
Keluarga tersayang Diana Rafar.
Diana turut mendedahkan, ketika kecil kulitnya tidak secerah seperti sekarang dan dia sangat mengimpikan untuk memiliki kulit yang cerah.
“Kalau nak ikutkan dulu masa kecil saya tersangatlah gelap. Diana nak sangat-sangatlah cerah-cerah, nak sangat putih.
“So, keluarga paksa saya minum susu kambing atau pil susu kambing dan pakai susu kambing. Jadi, susu kambing ni sinonim sangat dengan saya untuk kecantikan kulit.
“Bila dah dewasa, saya terus amalkan dan buat pula produk berasaskan susu kambing bukan untuk kulit saja tetapi juga untuk antibodi, awet muda, kekal bertenaga. Lelaki dan perempuan dua-dua boleh amalkan.
Ads
“Jadi, fungsi susu kambing ni bukan satu saja. Sebenarnya ia merangkumi semua dan minum susu kambing adalah sunnah juga. Dengan mengamalkannya, kita akan terasa lebih bertenagadan awet muda,” kongsi Diana yang berasal dari Kuala Lumpur.
PERCAYA REZEKI ALLAH
Diana turut berkongsi bagaimana persediaannya jika suatu hari nanti dia berhadapan dengan detik kejatuhaan dalam bisnes.
“Dalam bisnes, saya percaya rezeki tu bukan kerana kita mengharapkan sesuatu content, ya, usaha itu perlu ada.
“Tapi sebenarnya rezeki tu kalau kita letakkan keyakinan seratus peratus bahawa Allah yang bagi rezeki dan pada masa sama kita berusaha berzikir, berselawat, cari ilmu untuk rezeki bukan ilmu dunia tapi ilmu akhirat inshaAllah bisnes kita akan sentiasa stabil.
Ads
“Kalau jatuh pun tidaklah teruk sangat. Kita yakin Allah yang atur segalanya, hanya Dia yang tahu kehebatan kita. Bergantung kepada manusia, bukan kepada content. Allah yang beri tapi kita tak boleh duduk diam tunggu rezeki tu.
“Kalau kita betul-betul nekad dan tahu Allah yang atur segalanya inshaAllah kita tak akan rasa sangat terjatuhnya sesuatu bisnes itu,” akhiri Diana.
Anak bongsu daripada enam beradik ini merupakan adik kepada Linda Rafar yang juga seorang pelakon, penyanyi dan usahawan.
Untuk info, Diana Rafar atau nama sebenarnya Adiana Abdul Rafar pernah menyertai kumpulan G.I.M pada 1998. Dia mula berkecimpung dalam bidang seni sejak berusia lima tahun.
Kredit Foto: Instagram Diana Rafar
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pesona Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin sememangnya memukau pandangan. Penampilan Baginda sentiasa dinanti-nantikan dan menjadi tumpuan ramai. Apatah lagi, Tengku Permaisuri Norashikin memiliki raut wajah cantik dan penuh kelembutan.
Pada 27 November lepas berlangsungnya Istiadat Penganugerahan / Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor Darul Ehsan bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ke-75.
Istiadat yang sepatutnya diadakan pada 11 Disember 2020 terpaksa ditangguhkan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Mengiringi Sultan Selangor pada istiadat itu ialah Tengku Permaisuri Norashikin yang anggun mengenakan persalinan kebaya. Uniknya, busana tersebut diperbuat daripada Tenun Pahang Diraja.
Memetik perkongsian pereka fesyen tersohor, Datuk Radzuan Radziwill… ada kisah istimewa di sebalik busana berkenaan.
“Dirgahayu Tuanku. Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Tuanku Permaisuri Selangor menyarung persalinan Tenun Pahang Diraja. Kurniaan Tuanku Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Kebaya Selangor ini telah ditelepok emas. Bercorak Bunga Tanjung pecah sembilan. Mewakili 9 daerah di negeri Selangor di bahagia baju dan juga sarung.”
Turut berangkat pada Istiadat itu ialah Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.
Sementara itu, pada 24 November lalu juga penampilan Tengku Permaisuri Selangor dalam persalinan Tenun Pahang Diraja paduan rona biru dan kelabu di Majlis Santapan Malam bersempena Memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-257 di Istana Negara, Kuala Lumpur turut mencuri perhatian.
Lengkap mengenakan perhiasan mutiara, baju tradisi Tenun Pahang Diraja Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menyerlahkan lagi kejelitaan Baginda. Bagaikan tidak puas mata memandang!
Kredit foto: Facebook Selangor Royal Office & Istana Negara
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Melewati usia 46 tahun, kejelitaan Datin Seri Zizie Izette seakan tidak memudar. Sebaliknya isteri Datuk Seri Bung Moktar ini tampil lebih anggun dengan gaya memukau. Tanggal 30 Disember lalu, Datin Seri Zizie menyambut ulang tahun kelahiran. Lebih istimewa, ia diraikan bersama anak kembar lelaki kesayangan yang lahir pada 29 Disember.
Menerusi perkongsian di media sosial abangnya iaitu Samzy Fuzette, majlis sambutan hari lahir personaliti ini dan anak lelaki diadakan penuh meriah. Turut kelihatan dalam majlis berkenaan ialah suami tercinta, ibunda dan keluarga tersayang.
Datin Seri Zizie Sambut Birthday Dengan Anak Lelaki Kembar
Aktres cantik ini kelihatan bergaya santai T-shirt sedondon rona hitam dengan Datuk Seri Bung. Ia cukup bertepatan dengan tema mengenai bola sepak bersempena hari lahir anak kembar lelaki tersayang iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette yang kini berusia tujuh tahun.
Kalau tengok penampilan jelitawan ini pasti ramai tidak menyangka kakak Shaheizy Sam ini sudah pun mencecah usia lewat 40an.
Apatah lagi selebriti tersebut juga aktif menjalani gaya hidup sihat dan rajin bersenam. Semangat pelakon filem Sama Tak Serupa ini mengekalkan susuk tubuh langsing berjaya membuatkan dirinya kelihatan awet muda seperti anak dara.
Datin Seri Zizie Anak Pelakon Khaty Fauziah
Beliau merupakan anak kepada pasangan Allahyarham Abdul Samad Jamaan dan pelakon veteran, Fauziah Khatijah Musa atau lebih dikenali sebagai Khaty Fauziah.
Mengenali figura ini, Datin Seri Zizie Izette seorang public figure yang mudah mesra dan merendah diri orangnya. Membawa status VIP dan selebriti namun ibu anggun ini seorang yang low profile dan disenangi.
Jelitawan ini berkahwin dengan Datuk Seri Bung Moktar pada 9 Jun 2010. Mereka turut dikurniakan lima anak iaitu Naila Nurjenna, Aaric Zayn Izette, anak kembar iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette serta puteri bongsu, Aalisa Belle Izette.
Semoga kehidupan Datin Seri Zizie dan suami serta anak-anak sentiasa berada dalam keadaan baik dan bahagia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal, maut, jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Tujuh tahun bergelar ibu tunggal akhirnya aktivis dan pempengaruh media sosial, Farah Lee bertemu bahagia yang dicari. Tanggal 5 Januari lepas Farah atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli kembali menjadi isteri kepada jejaka pilihan, Mohamad Fuad Hashim.
Rata-rata followers setia Farah meluahkan rasa syukur dan gembira melihat kebahagiaan ibu berusia 34 tahun ini. Terdahulu, Farah pernah mendirikan rumah tangga dengan pengacara popular iaitu Ally Iskandar pada 20 Januari 2012 namun dikhabarkan berpisah pada 17 Ogos 2016.
Ketabahan Farah menempuh hidup sebagai ibu tunggal di samping anak perempuan iaitu Maream Esabel menjadi inspirasi.
Dia memiliki ijazah kejuruteraan mekanikal dari Universiti Korea Selatan pada tahun 2013 dan mengenggam Sarjana Pendidikan Kanak-Kanak di University of Leads, United Kingdom pada Mac 2022.
Berkongsi momen bahagia di media sosial, Farah tampil menawan dalam persalinan tradisi rona hitam sedondon dengan suami tercinta. Majlis pernikahan yang berlangsung secara sederhana namun meriah di Terengganu itu dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat pasangan pengantin.
Paling mencuri tumpuan ialah gaya Farah dan suami yang berpakaian tradisi dengan padanan kasut sneakers. Lain macam!
“My nikah was done on Friday, January 5th morning, in a very humble and simple setting, attended by only my family members, close relatives and few very close friends. Vibes was a bit gloomy masa akad nikah sebab I wish Papa was there to witness all these.
But I made sure Maream is fully involved so I gave her the honour to be the ring bearer.
Yang tahu je tahu dramanya nak sampai ke sini. Few times nak give up je sebab tiba nervous gila pula but Alhamdulillah ala kulli hal. Masih nervous, sometimes doubting my ability as a wife, sometimes rasa not yet ready, sometimes trigger trauma lama.
Tapi terima kasih Fuad Hashim sebab tetap tarik tangan untuk sama-sama mencuba. Told him seorang FL is not easy sebab macam-macam dah dia lalui, tapi dia nak juga, so#goodluckFuad.”
Usai diijab kabul, pasangan ini turut diraikan dalam sebuah majlis ringkas. Uniknya, pengantin baharu ini diiringi anak mereka menuju ke lokasi majlis dengan menunggang kuda. Sweet sangat!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.