Tingginya atlet cantik bola tampar Turkiye, Zehra Gunes! Nama wanita ini mula menjadi perhatian ramai dan popularitinya melonjak naik ketika temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020. Mana tidaknya, bukan sekadar dikurniakan rupa paras cantik persis seorang ratu bahkan aura atlet ini juga cukup mempersona.
Sewaktu berlangsungnya sukan terbesar dunia itu, Zehra Gunes menjadi tumpuan peminat sukan dan hangat diperkatakan ramai. Dia menyambut ulang tahun kelahiran ke-24 pada 7 Julai lepas.
Bersandarkan ketinggian 197 sentimeter dan wajah jelita yang tak jemu mata memandang membuatkan atlet ini meraih perhatian luar biasa.
16 Julai lalu, pasukan bola tampar wanita Turkiye yang dianggotai Zehra mencipta momen bersejarah apabila memenangi Volleyball Nations League (VNL).
Berlangsung di Arlington, Amerika Syarikat, pasukan bola tampar wanita Turkiye itu berjaya menewaskan pihak lawan dari China.
Ads
Sebelum ini Turkiye mempertahankan gelaran tersebut dan memenangi tiga edisi VNL iaitu pada tahun 2018, 2019 dan 2021. Bagaimanapun tahun lalu pasukan Itali merampas tahta
berkenaan.
Zehra yang sentiasa kelihatan ceria, komited dan mudah tersenyum menyandang posisi pemain tengah pasukan atau dikenali sebagai middle blocker.
Menurut portal Vakifbank Spor Kulubu, jelitawan ini mula menceburi sukan bola tampar sejak berusia 12 tahun.
Ads
Pada awal pembabitannya sebagai atlet, dia pernah bermain untuk Istanbul Buyuksehir Belediyesi bagi satu musim, menyertai pasukan Besiktas pada tahun 2016-2017,
mewakili VakifBank Istanbul dan kini menjadi ahli pasukan kebangsaan negara kelahirannya.
Tidak bersandar kepada kecantikan semata-mata, Zehra menikmati kejuaraan seawal usia 18 tahun.
Biarpun bermain secara berkumpulan, bakat dan potensi atlet cantik Turkiye ini mendapat pengiktirafan apabila dia mencatat pencapaian peribadi membanggakan apabila meraih The Best Middle Blocker dalam 2015 European Championship bawah 18 tahun, The Best Middle Blocker 2017 World Championship bawah 20 tahun, Anugerah Khas 2018 Turkish League dan The Best Middle Blocker pada 2019 FIVB Club World Championship.
Ads
Sementara itu, memetik laporan Women Volleybox pula Gunes pernah menyertai Festival Olimpik Musim Panas Atlet Belia Eropah 2015 yang diadakan di Georgina. Pasukannya
turut memenangi Kejohanan Dunia bawah 23 tahun di Slovenia pada tahun 2017.
Pada Januari 2017, dia ditawarkan menjadi anggota pasukan bola tampar wanita Turkiye dan diserap masuk pada Mac 2018. Di samping berjaya mendapat tempat dalam pasukan bola tampar wanita kebangsaan, Zehra dan pasukannya memenangi pingat perak di 2018 FIVB League of Nations dan 2018 Women’s European Championship.
Sopan dan sejuk mata memandang! Penampilan supermodel terkemuka, Naomi Campbell di Masjid Agung Sheikh Zayed di Abu Dhabi, Dubai beberapa hari lepas meraih perhatian ramai. Lebih menyentuh hati, wanita yang kini bergelar Dr Naomi Campbell itu turut membawa puteri kesayangannya bersiar-siar di sana.
Berusia 52 tahun, Naomi Campbell kini bergelar doktor falsafah apabila beliau dianugerahkan Ijazah Kehormat dari University for the Creative Arts (UCA) pada Julai 2022 atas sumbangannya dalam bidang fesyen secara global.
Hampir 40 tahun bergiat aktif dalam industri fesyen, Dr Naomi Campbell sering menjadi wajah yang memperjuangkan nilai fesyen lebih dari sekadar warna kulit.
Beliau juga disegani kerana sifat positif serta bersuara untuk hak manusia sejagat tanpa mengira bangsa dan agama.
Dalam hantarannya di Instagram, Dr Naomi tampil menawan dalam balutan dress labuh lengan panjang bermotif leopard. Bagi menghormati tempat suci umat Islam, beliau turut mengenakan selendang pashmina rona kelabu.
Tidak berseorangan, supermodel legenda yang turut bergelar aktivis dan aktres ini terlihat mengunjungi masjid tersebut bersama anak perempuannya. Hantaran itu menerima banyak pujian daripada pengikut beliau di media sosial.
Umum mengetahui bahawa si kecil tersebut merupakan anak kandungnya tetapi dilahirkan menerusi kaedah ibu tumpang. Walau bagaimanapun, identiti ayah kandung masih belum dapat dipastikan.
Teruja menonton video Dr Naomi bersiar-siar menikmati panorama indah masjid di Abu Dhabi itu. Semoga wahita hebat itu diberi hidayah dan menonjolkan keindahan seni Islam yang terunggul di mata dunia!
Aduhai, comel betul nampak kelibat anak Naomi Campbell dengan ibunya jalan-jalan di masjid. Terserlah gaya keibuan supermodel ni…
Meskipun jarang berkongsi foto ibu dan anak di media sosial, namun perkongsian beliau kali ini menggembirakan peminat. Cahaya matanya yang lahir pada Mei 2021 itu dilihat berjalan berpimpin tangan dengan ibunya dalam persalinan gaun krim dan legging sedondon.
Sumber: Instagram @naomi
***********
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
***********
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak dinafikan, ramai yang memuji dan terpesona dengan keanggunan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin selepas pulang mengerjakan ibadah haji. Selamat tiba di tanah air pada 4 Julai lalu, penampilan sulung Baginda pada 8 Julai lepas nyata meraih perhatian rakyat.
Baginda berkenan berangkat ke Majlis Perasmian ‘Program Plastic Busters Beach-River-Park Clean Up’ Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Stadium Tertutup Kuala Selangor.
Program ini melibatkan 1,000 peserta terdiri daripada ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) di seluruh negara dan dilaksanakan serentak di seluruh negara.
Pada majlis ini, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin anggun mengenakan hijab rona kelabu. Dalam perkongsian di laman media sosial rasmi Selangor Royal Office, gambar terkini Tengku Permaisuri Selangor meraih ribuan reaksi daripada warga maya.
Rata-rata mereka menzahirkan rasa gembira melihat penampilan Baginda.
Pada majlis ini, DYMM Tengku Permaisuri Hajah Norashikin merangkap Penaung Diraja PPPM Cawangan Selangor mengiringi keberangkatan KDYMM Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang juga Penaung Diraja PPPM.
Turut hadir isteri Perdana Menteri, YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, YB Nga Kor Ming dan Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek.
DYMM Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu pada 20 Jun lalu dan kembali ke tanah air pada 4 Julai.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Dahulu keluarganya dihina, kini dialah Miss Universe Thailand. Itulah gambaran tepat yang dapat diberikan pada nasib Anna Sueangam-iam yang dinobatkan dengan gelaran itu selepas berjaya menundukkan 20 peserta yang lain.
Selain dari kemenangan merangkul mahkota tersebut, asal usul keluarganya turut mendapat perhatian ramai dek nasibnya tidaklah sebaik peserta-peserta yang lain.
Buat yang belum tahu, Anna berasal dari keluarga miskin di mana ibu dan bapanya merupakan pengutip sampah jalanan di kota Bangkok. Zaman kecil Anna hanyalah bermain dengan mainan terbuang bagi mengisi masa lapang berbanding kanak-kanak seusianya yang disuap dengan alat solek dan pakaian indah.
Nekad untuk mengubah nasibnya, Anna berazam untuk melanjutkan pelaharan sehingga berjaya menamatkan pengajian sarjana muda dalam bidang pengurusan hotel dan pelancongan dari Universiti Kasetsart.
Namun perjalanannya untuk memenangi gelaran itu juga tidak mudah. Selain bukan penutur Bahasa Inggeris yang lancar, Anna juga merupakan peserta ‘underdog’ dan bukan pilihan untuk memenangi pertandingan tersebut. Apatah lagi Anna bukan bukan seorang ‘luk khrueng’ iaitu rakyat Thailand dengan kacukan seperti finalis-finalis yang lain.
Jika sebelum ini, gelaran Miss Universe Thailand itu dirangkul oleh peserta berasal dari keluarga kacukan, kini Anna berjaya memecahkan tradisi sebagai seorang anak jati Thailand yang sebenar. Pada tahun 2018, Anna pernah memenangi gelaran Miss Mobile Thailand 2018 dan tempat kedua Miss Beautiful Thailand Pageant pada tahun 2020, namun pada ketika itu diberi gelaran ‘Miss Garbage’ kerana kerjaya bapanya.
NONA cukup terinspirasi dari kisah Anna ini. Semoga maju jaya buat Anna dan diharapkan kisah asal-usulnya menjadi pendorong untuk semua yang pendidikan itu sesuatu yang sangat penting.
Foto: Instagram (@annasnga_1o)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!