“Makan Kerap Bukan Makan Banyak” 10 Cara Kurangkan Gula Dalam Darah

Kandungan gula dalam darah yang tinggi boleh merosakkan lapisan saluran darah dan keadaan itu jika berterusan boleh menyebabkan beberapa penyakit degeneratif yang biasanya seiring dengan proses penuaan.

Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Samhan Awang berkongsi tip untuk mengurangkan gula dalam darah. Mudah sahaja caranya tapi kenalah KONSISTEN.

Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Samhan Awang.

1. SENAMAN
Melakukan senaman dengan lebih kerap dapat membantu menurunkan berat badan dan meningkatkan kepekatan insulin.

Dengan senaman juga, dapat membantu otot menggunakan gula dalam darah dengan betul.

2. KAWAL PENGAMBILAN KARBOHIDRAT
Badan akan memecahkan karbohidrat ke dalam gula (glukosa) dan kemudian insulin memindahkan gula menjadi sel.

3. TINGKATKAN PENGAMBILAN SUMBER SERAT
Serat melambatkan pencernaan karbohidrat dan penyerapan gula. Atas sebab itu, ia mengurangkan kenaikan paras gula dalam darah.

4. MINUM BANYAK AIR, KEKAL HIDRASI
Minum air yang cukup boleh membantu mengekalkan paras gula dalam darah, dan buah pinggang boleh mengalirkan gula berlebihan melalui air kencing.

Kajian menunjukkan, mereka yang minum banyak air masak mempunyai risiko lebih rendah untuk menghidap diabetes.

5. KAWAL PENGAMBILAN KUANTITI MAKANAN


Paling penting adalah mengawal pengambilan kalori setiap hari dengan mengambil saiz hidangan yang lebih kecil. Makan kerap, bukan makan banyak.

6. PILIH MAKANAN KURANG GLYCEMIC INDEX
Glycemic Index bertujuan menilai tindak balas gula dalam badan terhadap makanan yang mengandungi karbohidrat.

7. KAWAL STRES, TIDUR CUKUP
Tekanan boleh menjejaskan paras gula. Yoga dan meditasi dapat mengurangkan stres dan membetulkan masalah rembesan insulin terhadap pesakit kencing manis kronik.

8. PANTAU KADAR GULA DALAM DARAH
Sentiasa pantau dan ukur tahap glukosa darah. Dari situ anda boleh mengetahui penyesuaian dalam makanan dan ubat-ubatan.

9. AMAL MAKANAN TINGGI MAGNESIUM
Diabetes juga dikaitkan dengan kekurangan mikronutrien seperti kromium, mineral dan magnesium. Kekurangan magnesium risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes.

Makanan kaya magnesium seperti sayuran berdaun gelap, bijirin penuh, ikan, coklat, pisang dan kekacang.

10. TURUNKAN BERAT BADAN
Untuk mencegah diabetes, anda harus menurunkan berat badan supaya masalah itu dapat diatasi pada masa hadapan. Malah, ia lebih berfungsi berbanding makan ubat.

Semoga kita sama-sama lebih peka dengan kesihatan kerana ia adalah harta yang tidak boleh ditukar ganti.

 

IKLAN
Share