Ads

Makin Kaya Raya! SHAH RUKH KHAN Kini Pelakon Terkaya Di Asia Keempat Di Dunia

Hero Bollywood pujaan dunia, Shah Rukh Khan baru-baru ini disenaraikan sebagai pelakon terkaya di Asia dengan memiliki kekayaan sebanyak AS$770 juta (RM3.3 bilion). Menurut sumber, World of Statistics, pelakon dari India dan suami kepada Gauri Khan itu berada di kedudukan empat dunia di belakang pelakon Hollywood, Dwayne Johnson yang memiliki kekayaan sebanyak AS$800 juta (RM3.5 bilion).

Makin Kaya Raya! SHAH RUKH KHAN Kini Pelakon Terkaya Di Asia Keempat Di Dunia

Berada di tangga pertama pelakon paling kaya di dunia adalah Jerry Seinfeld dengan kekayaan AS$ 1 bilion (RM4.3 bilion) diikuti Tyler Perry yang turut mempunyai kekayaan sama.

Makin Kaya Raya! SHAH RUKH KHAN Kini Pelakon Terkaya Di Asia Keempat Di Dunia

Ads

Shah Rukh Khan yang bakal muncul dengan filem aksi Pathaan pada Januari ini turut berjaya memintas kekayaan pelakon filem Top Gun: Maverick, Tom Cruise yang berada di tangga kelima, George Clooney di posisi ketujuh manakala tangga kelapan milik pelakon legenda Robert De Nero.

Makin Kaya Raya! SHAH RUKH KHAN Kini Pelakon Terkaya Di Asia Keempat Di Dunia

Ads

Selain Shah Rukh Khan, pelakon Asia yang turut berada dalam carta 10 pelakon terkaya di dunia adalah pelakon aksi ngeri dari Hong Kong, Jackie Chan dengan memiliki kekayaan AS$520 juta (RM2.24 bilion) dan berada di tangga ke enam. Sementara itu, bekas Gabenor Carlifornia, Arnold Schwarzenegger dan Kevin Hart masing- masing berada di tangga ke sembilan dan 10.

***

Ads

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Australia Lantik Panglima Tentera Darat Wanita Pertama, Lt. Jen. Susan Coyle...

Australia lantik Susan Coyle sebagai Panglima Tentera Darat wanita pertama, mencipta sejarah baharu dan menjadi simbol perubahan kepimpinan global.