Mungkin ada sesetengah daripada kita tidak mengambil berat mengenai pilihan pakaian yang sesuai dengan bentuk tubuh badan. Hal ini menyebabkan penampilan seseorang itu kelihatan kurang menarik dan tidak menawan.

Justeru itu kenali bentuk tubuh badan sendiri untuk memahami jenis pakaian yang sempurna buat tubuh anda. Nona kongsikan tip memilih pakaian tepat mengikut bentuk tubuh badan anda!

BENTUK SEGI TIGA ATAU ‘PEAR’

Mana Satu JENIS BADAN Anda… Pear, Jam Pasir, Diamond Atau Bujur Telur? Check This Out!

Bentuk tubuh ini adalah bentuk yang biasa dimiliki oleh seorang wanita. Bahagian pinggul adalah lebih besar daripada bahagian dada. Sekiranya anda tergolong dalam bentuk tubuh ini, elakkan memakai skirt labuh dan blaus yang terlalu labuh agar anda tidak kelihatan lebar. Pemakaian jaket bersama skirt atau seluar yang ketat di bahagian pinggul juga mesti dielakkan.

BENTUK JAM PASIR

Mana Satu JENIS BADAN Anda… Pear, Jam Pasir, Diamond Atau Bujur Telur? Check This Out!

Wanita dengan bentuk tubuh ini mempunyai ukuran dada dan pinggul yang hampir sama ataupun dalam kata lain adalah seimbang. Untunglah sekiranya anda mempunyai bentuk tubuh seperti ini kerana anda boleh memilih apa-apa sahaja pakaian serta fesyen kegemaran dan masih tampak menawan dan jelita. Untuk menyerlahkan lagi bentuk tubuh yang sempurna itu, pakailah pakaian dari jenis fabrik yang lembut dan beralun. Dari segi pemilihan warna pula, kebanyakan warna adalah sesuai.

BENTUK ‘DIAMOND’ ATAU BERLIAN

Mana Satu JENIS BADAN Anda… Pear, Jam Pasir, Diamond Atau Bujur Telur? Check This Out!

Wanita yang mempunyai bentuk tubuh seperti ini dicirikan dengan bahagian pinggul atau perut yang agak besar berbanding dengan bahagian dada. Sekiranya anda tergolong dalam kategori bentuk tubuh ini, pemakaian aksesori labuh di bahagian leher juga dapat membantu anda kelihatan lebih kurus. Elakkan daripada memakai pakaian berwarna terang dan mempunyai corak yang menyerlah. Pilih warna pakaian yang gelap dan corak yang sederhana.

BENTUK BUJUR TELUR

Mana Satu JENIS BADAN Anda… Pear, Jam Pasir, Diamond Atau Bujur Telur? Check This Out!

Bagi wanita yang mempunyai bentuk badan seperti bujur telur, Pilih pakaian yang mempunyai garis leher berbentuk V, mempunyai corak garis menegak dan motif geometri yang sederhana. Pilih warna yang neutral daripada gelap sehingga sederhana dan anda juga disarankan memakai kasut bertumit sederhana tinggi.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI