Manisnya Fatin Afeefa! Hadir memberi sokongan dan meraikan majlis rakan artis, Mawar Rashid baru-baru ini, penampilan Fatin yang menutup aurat dan berhijab mengundang pujian ramai.
Mana tidaknya, automatik nampak isteri Aliff Awang ini kelihatan muda remaja! Anggun mengenakan persalinan rona hitam dengan tudung polos warna senada, tidak dinafikan terserlah sisi penuh keayuan pelakon berusia 28 tahun tersebut.
Yang pasti, penampilan Fatin turut mendapat perhatian rakan-rakan artis yang memuji wajah cantik dan pesonanya.
Sebelum ini Fatin atau nama sebenarnya Nur Afifah Shamsudin menjadi bualan warga maya selepas momen dia sedang membeli tudung bertebaran di media sosial.
Ads
Ini selepas suaminya sanggup membelanjakan wang hampir RM5,000 untuk menghadiahkan Fatin 19 helai tudung berjenama mewah dalam usaha aktres ini untuk menutup aurat.
Hujung Disember lalu, Fatin sah bergelar isteri kepada usahawan Aliff Awang atau mesra disapa Opai.
Penjagaan tubuh badan adalah terpulang kepada usaha masing-masing untuk mengekalkan atau mencapai satu bentuk badan yang ideal. Ianya berpandu pada niat serta tekad seseorang itu.
Kelihatan semakin kurus dan ramping, ibu kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Bonda Rozita kelihatan cantik di laman Instagram. Ada juga yang risau jika dia jatuh sakit.
Kesihatan Kena ‘Maintain‘ Meski Usia Dah Lanjut
Bagi pengikut Rozita Ibrahim atau lebih gemar dikenali sebagai Bonda Rozita akan sering melihat posting di laman Instagram miliknya itu penuh dengan motivasi serta semangat seorang usahawan. Tambahan, ada juga telatah yang sering menjadi kegemaran orang ramai.
Terdahulu, ibu kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri, tampak ramping dan kurus. Namun, setiap apa yang di kongsikan itu adalah satu bentuk motivasi yang ingin dia tujukan buat semua pengikutnya.
Bonda Rozita juga pernah memuatnaik satu posting pada 8 Julai yang mengatakan dirinya masih boleh menggayakan baju raya 20 tahun yang lepas. Dia juga menjelaskan usia bukanlah cabaran bagi seseorang itu untuk menjaga kesihatan badan dan kecantikan.
“Baju raya 20 tahun lepas , tempoh usia kita makin berkurangan…kesihatan & kecantikan semakin merudum – bonda kongsi sikit tentang kesihatan saya 2 years dulu …
“Parents saya berpenyakit keturunan iaitu jantung, kolestrol susah kawal dietlah macam mana pun…Akhirnya bonda ada fatty liver – saya pernah jalan bertongkat selama 4 bulan! Semakin drop kesihatan saya,
“Saya kaji kesihatan saya dengan ramai doktor pakar tulang, jantung…hampir setahun cari solusi kesihatan saya,
“Akhirnya saya kenal punca disease saya itu dari pemakanan dan saya tak bersenam dan kurang cahaya matahari…” ulasnya di ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, team NONA mendapati ramai dikalangan pengikut Bonda Rozita menzahirkan rasa khuatir dan risau akan perubahan mendadak yang dialami oleh ibu kepada pengasas D’herbs, Datuk Aliff Syukri yang popular dengan gelaran ‘Abang Kosmetik’ itu.
Malah, tidak kurang juga yang menitipkan doa agar bonda Rozita dapat mengekalkan kesihatan dan menurunkan berat badan dengan cara yang lebih selamat.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Kaedah diet Clean Eating ini antara saranan yang paling sesuai diamalkan, selain mudah dan dijamin akan mengenyangkan anda. Makan secara bersih, bermaksud pilihan makanan yang segar dan bebas sumber tiruan. Cara masakan dan penyajian juga seharusnya natural bagi mengekalkan gizi serta nutrien baik di dalamnya.
Diet Clean Eating tidak melulu rendah kalori tapi lebih menekankan pada kualiti makanan yang dipilih. Di Hollywood, ia menjadi pilihan selebriti Gwyneth Paltrow dan Miranda Kerr agar kelihatan sentiasa langsing. Konsepnya ringkas. Daripada anda terpaksa mengurangkan makan atau mengehadkan pemakanan kepada kumpulan yang spesifik, lebih baik anda hindari makanan yang diproses serta hanya makan makanan ‘sebenar’.
MAKANAN YANG DIBENARKAN
Pelbagai jenis bijirin, buah-buahan organik, sayuran organik, daging pejal tanpa lemak, produk tenusu rendah lemak dan sumber lemak sihat.
MAKANAN PATUT DIELAKKAN
Semua jenis lemak tepu dan lemak trans, makanan yang diproses, makanan yang ditapis berkali-kali seperti tepung dan gula, minuman berkarbonat, jus segera serta alkohol.
Makan makanan yang tidak diproses, organik dan segar boleh membuatkan kehidupan anda lebih menyihatkan. Dengan menyediakan makanan sendiri, anda dapat mengawal apa yang masuk ke dalam badan dan merasa kebaikan tentangnya. Nona menyarankan supaya sumber makanan dibeli dari pasar tani atau jika ke pasar raya, pilihlah makanan yang bahan kandungannya boleh difahami. Elakkan makanan di dalam kotak kerana ia mengandungi bahan pengawet yang tinggi.
Diet yang menekankan pengawalan kalori dan senaman berterusan ini juga menggalakkan makanan tinggi serat bersama protein tanpa lemak untuk mengurangkan rasa lapar. Ini melambatkan proses penguraian gula ke dalam salur darah, membuatkan rasa kenyang lebih lama dan menghindari rasa lapar secara tiba-tiba yang mendorong anda untuk menikmati snek. Memasak sendiri juga dapat mengelakkan kebergantungan seseorang terhadap makanan diproses yang tiada gizi di dalamnya.
SARANAN
Karbohidrat yang baik untuk dimakan adalah oatmeal dan beras perang.
Dapatkan bekalan protein daripada dada ayam dan ikan.
Sumber lemak yang baik boleh didapati daripada minyak zaitun, avokado dan kekacang.
Hindari semua makanan diproses yang mengandungi pengawet, lemak tepu dan gula berlebihan.
PERATURAN UNTUK DIPATUHI
MAKAN MAKANAN SEBENAR
Elakkan sama sekali makanan yang diproses. Kalau membeli-belah di pasar raya, pilih makanan yang tertulis bahan kandungan segar atau bahan yang mungkin akan anda gunakan jika membuatnya sendiri di rumah.
SEDIAKAN SAJIAN MUDAH
Makanan yang sedap dan berkhasiat tidak bermakna anda patut masak berjam-jam di dapur. Sediakan bahan yang minimum dan sertakan bijirin, protein serta lemak baik dalam satu hidangan. Contohnya sayur tumis bersama ayam yang dimakan dengan beras perang.
KUNYAH DENGAN PERLAHAN
Kajian menunjukkan bahawa lebih cepat kita makan, makan lebih banyaklah kalori yang diambil. Jadi kunyah secara perlahan, nikmati rasa makanan di dalam mulut dan jangan ‘ganggu’ waktu makan dengan aktiviti melayari media sosial.
MAKAN PADA MASA YANG DITETAPKAN
Jangan biarkan jarak masa melebihi empat jam di antara waktu makan anda dan waktu snek. Ini dapat mengimbangi paras gula darah yang memberi tenaga dan mengawal selera dengan lebih baik.
FAHAMI ISYARAT TUBUH
Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang – bermaksud selesai makan, bukan terlalu kenyang!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekali terpandang wajahnya pasti nak tengok berkali-kali. Tak hairanlah jelitawan kelahiran Turkiye, Zehra Gunes ini menjadi atlet volleyball paling popular dunia. Bersandarkan rupa paras cantik persis seorang ratu dan bakat dalam bidang sukan, Zehra cukup terkenal di media sosial. Sehingga kini, dia mempunyai hampir empat juta followers di Instagram!
Populariti atlet cantik bola tampar Turkiye ini mula melonjak naik ketika temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020. Apatah lagi dia memiliki ketinggian mencecah 198 sentimeter dan berdasarkan kelebihan itu, Zehra diberi peranan sebagai Middle Blocker bagi pasukan kebangsaannya.
Nama Zehra Gunes turut mendahului senarai pemain Middle Blocker dunia dan menduduki ranking keempat dalam kalangan pemain bola tampar terbaik di dunia dengan 628.5 mata.
21 Jun lepas, Zehra dan pasukan baru saja menyertai Women’s Volleyball Nations League (VNL) di Bangkok, Thailand. Bagaimana pun, pasukan kebangsaan Turkiye tewas kepada pasukan Poland.
Kekalahan tersebut sekaligus menyaksikan Turkiye yang sebelum ini berada di ranking pertama jatuh ke kedudukan ketiga dunia di belakang Itali dan Brazil. Pada Julai tahun lalu, Turkiye mencipta momen bersejarah apabila memenangi Women’s VNL.
Menurut portal Vakifbank Spor Kulubu, jelitawan ini mula menceburi sukan bola tampar sejak berusia 12 tahun.
Pada awal pembabitannya sebagai atlet, dia pernah bermain untuk Istanbul Buyuksehir Belediyesi bagi satu musim, menyertai pasukan Besiktas pada tahun 2016-2017, mewakili VakifBank Istanbul dan kini menjadi ahli pasukan kebangsaan negara kelahirannya.
Tidak bersandar kepada kecantikan semata-mata, Zehra menikmati kejuaraan seawal usia 18 tahun.
Biarpun bermain secara berkumpulan, bakat dan potensi atlet cantik Turkiye ini mendapat pengiktirafan apabila dia mencatat pencapaian peribadi membanggakan apabila meraih The Best Middle Blocker dalam 2015 European Championship bawah 18 tahun, The Best Middle Blocker 2017 World Championship bawah 20 tahun, Anugerah Khas 2018 Turkish League dan The Best Middle Blocker pada 2019 FIVB Club World Championship.
Sementara itu, memetik laporan Women Volleybox pula jelitawan Turkiye ini pernah menyertai Festival Olimpik Musim Panas Atlet Belia Eropah 2015 yang diadakan di Georgina. Pasukannya turut memenangi Kejohanan Dunia bawah 23 tahun di Slovenia pada tahun 2017.
Pada Januari 2017, dia ditawarkan menjadi anggota pasukan bola tampar wanita Turkiye dan diserap masuk pada Mac 2018.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!