Puteri bongsu kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar ini sering dilihat bersama bondanya, terutama sekali ketika mengiringi ke majlis-majlis bersama rakyat.
Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah ke sisi YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersempena dengan hari keputeraan YAM Tengku Puteri yang ke-18 hari ini. Semoga Allah SWT sentiasa memberikan taufik dan rahmat, juga lindungan kesihatan, hidayah serta redaNya. Menjunjung kasih.
Sentiasa tampil manis dan bersopan dan paling diingati ialah ketika Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah Al-Sultan Abdullah berangkat ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Istana Negara apabila mengenakan persalinan yang yang pernah dikenakan bondanya Tunku Azizah semasa istiadat pertabalan nenda beliau Almarhum Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan pada November 1984.
Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah Al-Sultan Abdullah juga pernah menemani bondanya, berkenan berangkat untuk menyediakan juadah kepada mangsa-mangsa banjir di Pahang tidak lama dahulu.
Foto: Instagram @houseofpahangKDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong bersama anakanda Baginda YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika berangkat ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat di Istana Abdul Aziz Kuantan, Pahang.
Bangga rasanya apabila melihat rakyat Malaysia yang berjaya di luar negara. Salah seorangnya ialah Adi Sakinah Omar atau Kina yang punya kisah tersendiri di bumi Jeju.
Seawal usia 29 tahun, Kina telah pun bergelar Pengarah di syarikat miliknya bersama suami iaitu Jeju Muslim Travel. Suaminya, Muhd Syafiq Idris bertindak selaku CEO. Mereka turut mengusahakan bisnes Kereta Sewa Jeju.
Kredit Foto: Instagram Kina Omar.
“Pada tahun 2014, saya melancong ke Jeju bersama dua rakan. Waktu itu kami masih bujang. Tiba di Jeju, saya terus jatuh cinta dengan keindahan Jeju.
“Ketika itu saya baru habis degree dan dalam usaha mencari tempat untuk sambung Master di Korea. Akhirnya saya dapat melanjutkan pengajian peringkat Master jurusan Art & Design di Jeju National University.
“Sepanjang bergelar pelajar, untuk menampung hidup di sana macam-macam kerja saya buat seperti mengajar bahasa Inggeris, ambil upah lukis inai, jadi personal shopper sampailah saya mulakan Jeju Muslim Travel,” kongsi ibu anak dua ini.
Kredit Foto: Instagram Kina Omar.
Kina berkahwin ketika dia masih bergelar pelajar di Jeju. Suaminya berhenti kerja dan memberi tumpuan penuh terhadap bisnes pelancongan merekaa yang baru bermula ketika itu.
“Ramai yang mesej saya di Instagram dan Facebook bertanyakan tip travel ke Jeju. Saya pun dapat idea untuk menjadi pemandu pelancong. Dari situlah saya bermula sebagai supir Jeju.
“Sepanjang menjadi supir saya banyak belajar tentang bisnes pelancongan. Setelah beberapa bulan kami mula menjual pakej lengkap. Maka tercetuslah Jeju Muslim Travel.
Kredit Foto: Instagram Kina Omar.Kredit Foto: Instagram Kina Omar.
“Syukur, sambutan sangat baik dari semasa ke semasa. Bermula hanya 8 pelanggan sebulan sampailah mencecah 250 pelanggan sebulan.
“Jeju Muslim Travel berjaya menarik minat AirAsia untuk membuka direct flight ke Jeju. Jeju Muslim Travel satu-satunya syarikat pelancongan Malaysia berdaftar dan berlesen dengan Jeju Tourism Organization.”
“Saya dan suami sama-sama mencari idea bagaimana untuk menarik pelanggan yang tak berminat untuk menempah pakej pelancongan. Suami cadangkan untuk sewakan kereta maka tercetuslah bisnes Kereta Sewa Jeju.”
MOMEN INDAH BERSAMA SUAMI
“Ketika bisnes baru bermula, setiap awal pagi kami akan naik kereta menuju ke hotel untuk ambil pelanggan. Saya bawa satu group pelanggan, suami pula bawa group pelanggan yang lain. Selalunya kami akan ke tempat-tempat lawatan yang sama, rasa macam bekerja sambil dating.”
Kredit Foto: Instagram Kina Omar.Kredit Foto: Instagram Kina Omar.
Menurut Kin, sepanjang dia menetap di luar negara banyak perkara baru yang dipelajari seperti budaya, bahasa, survival skill dan communication skill.
“Dapat belajar lebih banyak tentang diri sendiri, menjadi lebih sabar, berani, berdikari dan tak mudah putus asa. It makes me learn all the time and all those learning make me a better person every day.”
TIP PERCUTIAN KE JEJU OLEH KINA OMAR
Bawa wang USD jika mahu menukar wang di Jeju kerana semua money changer di Jeju tidak menerima mata wang Ringgit.
Jika anda tak berniat untuk ambil pakej pelancongan, disarankan untuk menyewa kereta kerana pengangkutan awam di Jeju tak semudah di Seoul. Tempahan kereta sewa perlu dibuat 2-3 bulan awal, jangan last minute. Setiap pemandu WAJIB ada International Driving Permit.
Rancang perjalanan anda. Dicadangkan 1 hari di East Jeju, 1 hari di South Jeju, 1 hari di West Jeju dan 1 hari di North Jeju. Kira-kira 4 hari diperlukan untuk jelajah Jeju selengkapnya.
Bagi yang menyewa kereta ketika musim sejuk, lihat dulu ramalan cuaca 2-3 hari sebelum bertolak. Jika Jeju akan bersalji ketika trip anda, sewa snow chain dari syarikat kereta sewa.
Seiring peredaran zaman, elemen dekorasi turut mengamali peralihan. Antaranya ialah sentuhan gaya untuk ruang tamu berkonsepkan moden. Untuk menerapkan nuansa ruang tamu gaya moden memerlukan beberapa cara iaitu:
MEJA KOPI
Reka bentuk meja kopi lazimnya berukuran lebih kecil namun jauh lebih estetik dan menarik jika anda mengaplikasi saiz yang lebih kecil untuk memudahkan aliran pergerakan di ruang tamu.
JANGAN TERLALU DEKAT DENGAN DINDING
Konsep rekaan ruang tamu yang baik dan tepat adalah yang meletakkan perabot yang tidak terlalu dekat dengan area dinding. Ia tidak tertuju hanya pada area dinding ruang tamu.
LETAK RAK DI BELAKANG SOFA
Tiba masanya untuk menambah elemen lain ke ruang tamu supaya boleh terlihat segar dan berbeza daripada kebiasaan. Contoh, ruang tamu boleh dijadikan sebagai salah satu ruang untuk menyimpan koleksi buku yang disusun kemas dalam rak panjang bagi memberikan aksen pada ruang.
KOMBINASI VINTAJ
Ruang tamu dengan gaya moden bukan didominasi oleh perabot yang mempunyai rakaan futuristik sahaja bahkan boleh digabungkan dengan barangan vintaj. Aksen estteik yang menarik boleh memberikan nuansa berbeza pada gaya moden ruang tamu dan mengindahkan pandangan.
MAINAN WARNA
Jika gaya moden dengan nuansa monokrom, semestinya akan menghadirkan warna-warna lain serta rak dinding bagi memperindahkan sekitar ruang tamu. AMY MOHD
Setiap ibu bapa pasti mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak. Meskipun berdepan kesulitan sepanjang membesarkan zuriat, namun mereka tidak meminta pengorbanan tersebut dibalas kerana sedar anak adalah amanah daripada Yang Maha Esa. Bagi ibu bapa, menghargai jasa dan menjaga mereka dengan baik ketika sudah meniti usia emas, sudah cukup membahagiakan.
Selebriti popular Indonesia Dato’ Sri Rossa nyata ada cara tersendiri untuk menghargai kedua-dua ibu bapa. Sekitar Ogos lalu, Rossa menarik perhatian media negara seberang apabila membeli sebuah kediaman mewah yang dilaporkan bernilai 20 Miliar Rupiah atau lebih RM5 juta buat orang tuanya di Sumendang, Jawa Barat.
Pemberian itu adalah hasil titik peluh dan kerja keras Rossa sebagai anak seni selama ini. Walau mampu menghadiahkan rumah agam kepada dua insan terpenting dalam hidupnya itu, Rossa atau nama penuhnya Sri Rossa Roslaina Handiyani percaya ia tidak mampu membalas pengorbanan mereka.
Kongsi Rossa sambil memuat naik foto di hadapan kediaman tersebut, “Kebahagiaanku. Semoga Allah senantiasa menjaga mama papa. Sihat, panjang usia dan bahagia selalu. Aamiin. Doa yang sama untuk orang tua semuanya dan Al-Fatihah untuk para orang tua yang sudah ditempatkan di sisi Allah.”
Pelantun lagu Tegar ini dikatakan memiliki sumber kekayaan utama hasil kerjaya sebagai penyanyi. Dia meraih royalti lagu sehingga ratusan juta Rupiah setiap bulan daripada soundtrack sinetron atau filem.
Selain bidang nyanyian, Rossa juga mempunyai beberapa cabang bisnes antaranya termasuk perusahaan karaoke, kosmetik dan minyak wangi. Dia juga menceburi bidang jual beli hartanah yang membolehkannya meraih keuntungan berlipat kali ganda.
Sumber pendapatan Rossa juga diperoleh hasil tawaran sebagai juri bagi program hiburan di Indonesia selain menjadi duta pelbagai produk.