Mengikat ikatan perkahwinan mungkin mudah tetapi membina dan mengekalkan bahtera perkahwinan mencabar kewarasan minda. Setiap pasangan pasti menempuh duguaan alam perkahwinan mengikut kemampuan masing-masing. Orang kata kesetiaan seorang suami teruji apabila dilimpahi kemewahan dan kesetiaan seorang isteri apabila diduga dengan masalah kewangan.
Pasangan yang sentiasa bercinta penyanyi dan pelawak terkenal, Mark Adam bersama isterinya, Norazah atau lebih dikenali sebagai Ezan juga tidak terlepas dengan dugaan perkahwinan.
“Banyak susah senang yang kami lalui bersama sebelum Mark berada di tahap sekarang. Kami bermula dari zero. Dulu kami pernah mengalami masalah kewangan, Mark pernah menganggur selama dua tahun dan saya sebagai isteri kena bantu.
Ads
Alhamdulillah kami masih lagi bersama saat susah dan senang. Kini Mark berjaya dalam karier seninya dan saya bersyukur dapat tunaikan hasrat ayahnya yang sudah meninggal dunia untuk melihat Mark berada di pentas yang besar,” ujar Ezan.
Ads
Wanita ini juga beruntung kerana Mark Adam bukan jenis lelaki yang tidak mahu berusaha, “Suami seorang yang tidak mudah putus asa. Walaupun sesuatu perkara itu Mark tak pernah buat tapi dia tetap yakin bahawa dia boleh buat. Contohnya berlakon, Mark tak pernah buat. Mula-mula tu agak sukar juga dia nak hafal skrip.
Sayalah yang banyak membantunya di rumah untuk faham dan hafal dialog termasuk membawa Mark ke sana sini bagi memenuhi komitmen kerjayanya. Mark selalu kata “Yes, I can do it!” dan berpegang kepada prinsip demi mencari rezeki. Mark tak pernah pandang kerjayanya semata-mata nak kejar glamor. Bagi Mark ada kerja, ada duit,” ujar Ezan.
Ads
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiga tahun berlalu pastinya pemergian insan tersayang mengundang kerinduan paling mendalam. Rindu pada yang telah tiada memang sakit, hanya doa pengubat jiwa.
Penyanyi era 80an, Azian Mazwan Sapuwan berkongsi satu hantaran di Instagram memaparkan gambar ‘throwback’ bersama arwah anaknya, Mohammad Aqil Zulkarnain yang maut kemalangan jalan raya pada Disember 2019.
Arwah merupakan anak keempat daripada tujuh beradik. Allah SWT ‘meminjamkannya’ selama 20 tahun sahaja hidup di dunia ini.
Tulis Azian di ruangan kapsyen: –
“Jumaat 16.12.2022 Genap 3 tahun anak Mama.. Allah sayang AQIL. Allahumaghfirlahu..warhamhu..waa’fihi Wa’fuanhu.. Al-Fatihah buat Allahyarham Mohammad Aqil Zulkarnain..”
Menjengah di ruangan komen selain pengikut dan peminatnya, rakan artis seperti Datin Salwa Abdul Rahman turut menitipkan doa serta ucapan.
Memetik perkongsian Azian bersama Majalah NONA sebelum ini, arwah seorang yang ringan tulang dan gemar membantu orang lain. Itulah antara sikap arwah yang dirindui Azian.
“Arwah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang selepas mengalami kemalangan motorsikal pada 22 November 2019. Ekoran kemalangan itu, arwah mengalami kecederaan dalaman yang serius sehingga terpaksa dibius untuk direhatkan.
“Hampir sebulan dirawat dan dalam keadaan koma akhirnya Mohammad Aqil temui ajal. Paling sedih, waktu itu arwah baru saja bergelar bapa. Anaknya, Aryan Zahfran baru berusia 11 hari.”
“Bohonglah kalau saya kata tidak merasa sedih dan menangis terutama ketika merasa rindu. Sebab itulah saya mahu arwah dikebumikan di Putrajaya agar rasa dekat dan dapat ‘berjumpa’ dengannya setiap hari.
“Setiap petang saya sering ke kubur arwah. Rasa tenang sangat, hilang rasa rindu. Kalau hujan pun saya akan duduk dalam kereta sekejap dan tengok kubur arwah dari jauh. Itu pun sudah cukup menghilangkan rasa rindu.”
“Sejak pemergiannya kami sekeluarga banyakkan bersedekah niat untuk arwah dan orang lain. Sumber kekuatan saya semestinya suami walaupun selepas kejadian dialah insan yang paling lemah walaupun luarannya nampak tenang.
“Sebagai seorang Islam juga saya tidak pernah putus berdoa dalam solat lima waktu. Saya juga sentiasa memastikan mendekatkan diri kepadaNya. Itulah penawar paling mujarab buat saya, jiwa akan lebih tenang.”
Al Fatihah (mohon dibacakan buat Allahyarham Mohammad Aqil Zulkarnain).
Kredit Foto: Azian Mazwan Sapuwan
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bintang bola jaring yang juga penyampai berita sukan di Astro Arena, Fariha Razak pernah melakar sejarah buat Malaysia apabila dia bersama skuad negara berjaya merangkul pingat emas di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).
Fariha atau nama sebenarnya, Nurfariha Abdul Razak, merupakan pemain di posisi tengah dalam skuad bola jaring negara.
Selain hebat di gelanggang, Fariha juga berbakat besar sebagai hos dan penyanyi. Menariknya lagi, Fariha pandai bermain gitar. Wow, hebatnya! Mengikat kontrak dengan sebuah syarikat label, Werkit Record, Fariha sudah pun mempunyai single berjudul Sama-Sama.
SENTIASA JAGA KECANTIKAN
Bergelar atlet semestinya Fariha sangat menitikberatkan soal penjagaan kesihatan dan kecergasan diri. Sebab itulah Fariha menyediakan satu ruang khas sebagai gimnasium mini di rumahnya.
Bukan saja bergelar pemain bola jaring, Fariha juga sebenarnya ahli sukan silat olahraga dan pencinta sukan lasak. Biarpun menjalani kehidupan yang aktif setiap hari tetapi Fariha juga gemar menjaga kecantikan dan menjaga penampilan.
CEMERLANG AKADEMIK
Atlet cantik yang berusia 27 tahun ini merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim, Johor serta Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.
Pada tahun 2019, graduan Sarjana Muda Pengurusan Teknologi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor ini turut menerima Anugerah Cemerlang Pingat Emas Tun Fatimah Hj Hashim pada Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia ke-63.
Lebih indah, saat itu Fariha menerima anugerah tersebut dari Tuanku Permaisuri Johor, DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah.
Menurut Fariha, ketika itu segala usaha dan pengorbanannya terbalas walau terpaksa menangguhkan pengajian selama setahun bagi mengikuti latihan menghadapi temasya Sukan SEA ke-29 pada tahun 2017.
Namun segalanya berbaloi apabila pasukan mereka berjaya merangkul pingat emas dalam acara tersebut. Semoga Fariha terus cemerlang dalam kariernya dan terlaksan segala impian.
Kredit Foto: Instagram @farihaarazak
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Status ibu tunggal sama sekali tidak menjadi penghalang buat wanita cantik ini untuk mengejar impian hidup. Terus tabah mengharungi ujian mendatang, Mawar Abdul Karim yang sebelum ini popular dengan jenama tudung eksklusif Fareeda kini semakin ligat menceburi perusahaan emas! Masih terlibat dalam perniagaan Fareeda milik ibu tersayang, Mawar menjelaskan dia mahu mengembangkan bisnes yang ada ke cabang baharu demi masa depan seisi keluarga.
Terbuka berkongsi sisi peribadi, rakaman video secara eksklusif bersama Nona baru-baru ini jelas menunjukkan keterujaan Mawar mengendali bisnes emas. Optimis mampu berjaya, ibu berusia 32 tahun berkenaan tanpa berselindung mengakui mengusahakan Mawar Jewelry secara kecil-kecilan dan masih mempelajari selok-belok industri barangan kemas.
“16 tahun lepas, perjalanan Fareeda mengingatkan saya pada mama di awal pembabitan industri fashion tudung. Permulaan di rumah hanya dua mesin jahit, kadang-kadang hanya tidur 2 jam untuk siapkan tempahan. Pesanan mama saya, apa pun permulaan berniaga mula dari kecil-kecilan. Sentiasa beringat dari mana kita mula. Jangan terus nak boom ada kilang besar.
Syukur, lahirnya Mawar Jewelry hari ini, tanpa Fareeda, tanpa sokongan kalian yang setia bersama tidak mungkin saya berada di sini. Jujurnya apabila dunia mengalami pandemik coronavirus. Banyak sektor yang terkesan termasuk bidang fesyen seperti kami. Jadi ini adalah masa untuk saya kembangkan perniagaan yang ada.
Jika ditanya mengapa ‘gold’, saya perlu berfikir business jangka masa panjang. ‘Gold’ berfungsi 4 dalam 1 perhiasan, simpanan, pelaburan dan perniagaan. Saya akui nilainya gold ini ketika saya diuji dalam kesusahan,” dedah Mawar yang terpaksa menjual koleksi emas miliknya selepas dihimpit kesukaran hidup.
Ujar Mawar lagi, selain aktif mempromosikan Mawar Jewelry dia juga kini sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Jewellery di University of the Arts London. Kagum dengan semangat Mawar! Dalam sibuk berniaga pun masih sempat sambung belajar.
“Saya perlu mencari ilmu dalam bidang ini. Saya bukanlah seorang yang mempunyai segulung ijazah atau phD kerana saya tidak mampu ketika habis sekolah untuk sambung belajar. Hanya tumpang gembira melihat kawan-kawan ketika itu dapat masuk universiti.
Alhamdulillah akhirnya tahun ini, walaupun umur dah meningkat saya dapat sambung belajar universiti impian saya dari dulu Arts London, Jewellery Course. Walaupun secara online disebabkan pandemik. Pernah ketika sebelum adanya Maryam saya berdiri depan UAL, suatu hari nanti saya pasti sambung belajar di sini.
Sudah pasti perlu ada ilmu dalam bidang jewellery, saya dari zero. Jika ditanya di mana butik jewellery saya? Permulaan saya menjual secara online di Shoppee yang pasti ‘emas 916’. Saya bermula dari bawah secara kecil-kecilan, bagaimana mulanya bisnes Fareeda ketika dulu. InshaAllah selepas Raya nanti saya akan launching Butik Mawar Jewelry di Bangi.
Mawar Jewelry ini sangat simbolik, unik juga menjadi identiti saya. Saya bukan hanya jual ‘barang kemas 916’ semata-mata. Terima kasih kepada anakanda Maryam setia menjadi peneman mama tengah-tengah malam study, family, teman, team sentiasa berada bersama susah senang saya ketika diuji pelbagai keadaan.
Tak akan saya lupa insan-insan yang penting dalam hidup saya. Kalian sentiasa memberi semangat untuk saya. Tanpa sokongan kalian mana mungkin saya di sini.”
Jelas Mawar, dia mendapat inspirasi untuk mengusahakan perniagaan emas bukan sahaja kerana berdasarkan pengalaman hidupya yang pernah menyaksikan nilai produk tersebut dalam jangka masa panjang. Bahkan Mawar mendapat ilham tersebut daripada pelanggan setia Fareeda dan sedar emas adalah pelengkap gaya wanita.
Mawar sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Fizo Omar namun perkahwinan mereka selama hampir enam tahun terputus di tengah jalan. Hasil perkongsian hidup, dia dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Wan Maryam yang bakal meniti usia 4 tahun Disember nanti.
Kredit: Instagram Mawar Karim
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar Ustazah Asma' Harun kehilangan anak di Masjid Nabawi ketika musim sesak menjadi pengajaran besar tentang tawakal, doa dan kebergantungan kepada Allah.