Pasangan pelakon Adam Lee, 28, dan Sweet Qismina, 25, selamat bernikah dengan sekali lafaz di sebuah lokasi acara di Ampang, di sini, jam 10.40 pagi, hari ini. Pasangan itu dinikahkan abang pengantin perempuan, Fahed Ashraf Supandi dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan merangkap Imam 1 Masjid Darul Ehsan Taman Tun Abdul Razak, Gombak, Selangor, Mohamad Khairin Hussein.

IKLAN

Mas Kahwin RM2,410.97 Simbolik Hari Jadi Pengantin Wanita, SWEET QISMINA dan ADAM LEE Selamat Disatukan

Mas Kahwin RM2,410.97 Simbolik Hari Jadi Pengantin Wanita, SWEET QISMINA dan ADAM LEE Selamat Disatukan

Pada majlis itu, Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi menerima mas kahwin RM2,410.97 manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan serta tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pihak Sweet.

Mas Kahwin RM2,410.97 Simbolik Hari Jadi Pengantin Wanita, SWEET QISMINA dan ADAM LEE Selamat Disatukan

IKLAN

Nilai mas kahwin itu adalah simbolik pada tarikh lahir Sweet pada hari ini. Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 100 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan terdekat dan media.

Mas Kahwin RM2,410.97 Simbolik Hari Jadi Pengantin Wanita, SWEET QISMINA dan ADAM LEE Selamat Disatukan

IKLAN

Terdahulu, Sweet dan Adam yang juga pelakon drama Bidadari Salju bertunang pada 24 Oktober tahun lalu yang juga tarikh ulang tahun kelahiran Sweet ke-24.

Sumber: Sudirman Mohd Tahir (Harian Metro) | Foto: wsvs.co

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI