
Belum pun cukup sebulan bergelar suami isteri, Farhatul Fairuzah dan Ilham Amri kembali bertugas dengan kali ini membawa jemaah umrah menziarahi negara Eropah seperti Itali dan Switzerland. Sambil bekerja, dapatlah juga pasangan ini menikmati bulan madu mereka di destinasi indah tersebut.
Khabarnya rombongan jemaah umrah syarikat Vacasia Tours & Travels Sdn Bhd ini sudah tiba di Milan, Itali pada 27 Disember lepas. Farha atau nama sebenarnya Nor Farhatul Fairuzah Panut merupakan Pengarah Bimbingan Agama syarikat berkenaan.
Farhatul Fairuzah & Suami Bawa Jemaah Umrah Ziarah Switzerland & Itali
View this post on Instagram

Selain ditemani suami tercinta, ziarah Farha ke sana turut bersama ibu tersayang iaitu Hajah Jaliah Haji Simin.
Menerusi perkongsian di Instagram Vacasia, kelihatan para jemaah teruja dan gembira mengikuti rombongan berkenaan apatah lagi dengan bimbingan daripada Johan Qariah Tilawah Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2019 tersebut.
Ditambah pula, kehadiran suami Farha yang merupakan seorang mutawif.
“Umrah Ziarah Switzerland Itali, Ustazah Farhatul Fairuzah sekarang bersama jemaah Vacasia di Switzerland. SubhanaAllah view di Switzerland sangat cantik. MasyaAllah.”
View this post on Instagram

Dalam perkongsian Farha di media sosial miliknya terserlah reaksi bahagia dan seri pengantin wanita ini di samping suami tercinta, Mohammad Ilham Amri. Dia turut memuat naik beberapa foto di tempat tumpuan pelancong di Itali antaranya Duomo Di Milano, Sforzesco Castle dan Galleria Vittorio Emanuelle ll.
Farhatul Fairuzah sah bergelar isteri kepada Ilham Amri pada 14 Disember lalu dengan mas kahwin berupa satu dinar emas.
Cinta Farhatul & Ilham Bertaut Ketika Haji

Pasangan ini mula berkenalan setahun yang lalu namun kembali rapat sewaktu Farha mengerjakan ibadah haji pada Jun 2024.
Meniti usia 24 tahun, Farha berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Dia turut memperoleh tauliah mengajar Agama Islam dan berceramah dalam bidang Al-Quran bagi kategori kanak-kanak dan dewasa dari Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan pada Oktober 2024.
Semoga segala usaha dan kebaikan yang disampaikan Farhatul mendapat keberkatan dari Allah SWT. Juga, rumah tangga yang dibina sentiasa bahagia dan berkekalan sampai ke syurga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!












Aigner baru-baru ini mengumumkan pembukaan butik terbaharunya di lokasi elit tersebut yang terletak di tengah-tengah pusat membeli belah terkemuka. Aigner LaLaport BBCC merupakan butik ketiga yang terletak di Kuala Lumpur dengan flagship berada di Pavilion KL serta Suria KLCC.
Butik seluas 1,296 kaki persegfi ini menerapkan suasana santai di samping sentuhan dekorasinya yang minimalis. Secara tidak langsung, ia mengekalkan nilai estetika yang eksklusif dan bergaya.
Selain itu, rona neutral melatari segenap ruang butik dengan paduan kemasan metalik yang sangat elegan.
Hiasan yang diperkemaskan serta ketenangan aksen menonjolkan lagi rona coklat, kuning air dan hijau yang klasik dan neutral. Saat kaki melangkah ke ruang butik, pengunjung akan disajikan dengan paparan video terbaharu Aigner yang dimainkan di skrin LED 75 inci.
Antara koleksi terbaharu yang diletakkan di meja pameran ialah Mariella Bag Dadino S yang boleh diperoleh secara eksklusif di Aigner LaLaport Bukit Bintang City Centre.







