Jenama kaca mata, Bolon, menyatukan elemen kemahiran, seni dan fesyen dalam menyerlahkan lagi keanggunan rekaan untuk koleksinya yang terbaharu. Kali ini, koleksi ini meraikan keperibadian setiap individu yang memiliki personaliti serta stail tersendiri. Setiap koleksi menawarkan rekaan fesyen kontemporari yang cukup unik. Ia juga dihasilkan daripada bahan berkualiti tinggi dengan sentuhan teknik kemahiran terkini.
Koleksi musim ini diinspirasikan oleh Jewellike (inspirasi rekaan barang kemas), Wavy (inspirasi rekaan ukiran), Eiffel (inspirasi rekaan Menara Eiffel) serta Layers (inspirasi rekaan corak geometri).
Mula diperkenalkan pada tahun 2003, Bolon telah dilancarkan di Malaysia pada tahun 2016 dan jenama ini mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan di segenap rantau Asia Pasifik.
Bolon yang sentiasa mengikuti gaya fesyen terkini menawarkan ciri-ciri rekaan Itali yang elegan dan berkualiti tinggi serta penggunaan bahan-bahan kaca mata terbaik seperti Resin Asetat Premium Itali yang terkenal dengan pemilihan warna dan tekstur yang menarik. Juga, Resin Memori TR90 buatan Switzerland yang tahan lasak dan ringan.
Ads
Penggunaan bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan penelitian inovatif merupakan kunci kepada rekaan kedua-dua koleksi kaca mata hitam dan kaca mata optik Bolon. Kombinasi rekaan kaca mata Bolon dengan teknik kemahiran terkini dapat menjamin keaslian produknya di samping memberi keselesaan penglihatan si pemakai.
Sejak pelancarannya, Bolon telah memenangi beberapa anugerah dan telah diiktiraf sebagai salah satu jenama kaca mata yang paling berpengaruh. Kaca mata Bolon merangkumi kaca mata hitam untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak selain menampilkan koleksi menarik optik untuk wanita dan lelaki. Salah satu keunikan jenama ini ialah koleksi Bolon kanak-kanak dengan gaya yang sepadan dengan kaca mata dewasa. Koleksi ini dikenali sebagai Mini-me.
Ads
Koleksi kaca mata hitam Bolon dilengkapi dengan kanta polarisasi yang berdefinisi tinggi agar si pemakai dapat menikmati pengalaman penglihatan terbaik dengan teknologi E-SPF (Faktor Perlindungan Cahaya Matahari untuk Mata) yang memastikan keselesaan dan perlindungan adalah pada tahap yang terunggul.
Kaca mata Bolon boleh didapati di semua butik optik A-Look, Proeyes dan Seen di Malaysia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Koleksi Bolon 2017, sila layari www.boloneyewear.com.ROSMAHIDAYUABUSAMAH
Ads
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Shiha Zikir menyatakan rasa kesyukuran selepas dinobatkan dengan anugerah Persembahan Terbaik pada majlis Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) malam tadi, yang menyaksikan perngorbanan beliau yang sanggup mengeluarkan kos sebanyak lebih RM100,000 melibatkan penggunaan lampu laser berharga puluhan ribu ringgit.
Pelaburan tinggi tersebut berbaloi buat Shiha yang berpuas hati membawa pulang kategori Persembahan Terbaik pada acara yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.
“Saya sangat berpuas hati dengan kemenangan ini. Tahniah kepada mereka yang terlibat di belakang pentas. Apa yang penonton lihat di atas pentas itu sebenarnya melibatkan kos yang sangat besar bagi saya.
“Kami sanggup laburkan untuk kepuasan sendiri. Sebenarnya kos yang besar ini melibatkan penggunaan lampu laser. Sebuah lampu laser sahaja melibatkan kos puluhan ribu dan saya guna lapan lampu laser,” katanya yang turut berhabis puluhan ribu ringgit pada minggu Separuh Akhir Muzik-Muzik tahun lalu.
Kredit foto: XtraKredit foto: Xtra
Kata penyanyi berusia 36 tahun itu, dia tidak mahu kedekut mengeluarkan bajet dan sekadar ‘asal boleh’ kerana peluang membuat persembahan di pentas besar AJL tidak selalunya hadir.
“Saya tidak mahu buat sekadar boleh sebab pentas AJL merupakan acara berprestij. Inilah tanda saya mahu ucapkan terima kasih kepada peminat yang mengundi lagu Irama dalam Muzik-Muzik,” jelasnya yang membawa pulang wang tunai RM12,000 berserta trofi.
Sumber: Kosmo Online
*
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
*
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, NONA ada melaporkan yang chef selebriti terkemuka, Chef Wan atau Datuk Redzuawan Ismail baru saja mengadakan sambutan hari haji istimewa buat bonda tersayang, iaitu Noraini Abdullah atau lebih mesra dipanggil Cik Ani yang ke 90 tahun sekitar Oktober lepas.
Foto: Koleksi Majalah Nona
Menceritakan secara eksklusif kepada NONA, sambutan hari jadi buat Cik Ani merupakan sesuatu yang sudah lama dirancang khas berikutan keadaan kesihatan Cik Ani yang semakin merosot. “Di usia 90 tahun, tak ramai yang hidup sampai umur 90 tahun. Emak dah melalui pelbagai onak duri dari zaman muda, membesarkan kami 7 orang anak beranak.
Demi kasih sayangnya pada satu-satu ibunya, Chef Wan juga turut berkongsikan yang beliau mengupah seorang jururawat khas untuk menjaga ibunya di rumah yang mempunyai sakit Demensia.
Menerusi hantaran Chef Wan di laman Instagramnya, jururawat khas itu dibayar sebanyak RM180 sehari, bermula dari 9 pagi hingga 6 petang setiap hari. Chef Wan menyatakan bahawa hampir RM6,000 setiap bulan demi membayar upah jururawat yang menjaga ibunya itu, yang dikhabarkan berasal dari Sabah, dan duduk berhampiran di Putrajaya.
Dalam hantaranya itu, beliau menyatakan bahawa duit boleh dicari dan seorang ibu itu adalah segala-galanya. Sementara itu, Chef Wan sempat berpesan kepada pengikutnya untuk sentiasa berikan jagaan yang terbaik buat ibu demi kebahagiaan dan keselesaan buatnya. Di hantaran tersebut, rata-rata ramai yang memuji tindakan Chef Wan yang benar-benar sayang dan sanggup berkorban untuk menjaga ibu tercinta.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kanak-kanak merupakan generasi yang bakal menerajui negara apabila tiba masanya nanti dan merupakan aset negara yang perlu diberi perhatian penuh teliti. Memupuk sifat ingin tahu di kalangan kanak-kanak merupakan inisiatif yang perlu diteruskan sebagai pemangkin semangat juang mereka untuk menempuhi masa hadapan.
Scott’s Bright dengan kerjasama Aquaria KLCC telah melancarkan program Scott’s Bright Little Explorer. Program ini adalah untuk menyemai sifat ingin tahu di kalangan kanak-kanak dan menggalakkan mereka menikmati pengalaman bawah laut dan mempelajari lebih lanjut tentang lautan, hidupan laut dan pemuliharaan lautan.
Program Scott’s Bright Little Explorers di Aquaria KLCC ini memberi peluang kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun mengambil bahagian dalam program bermalam di Aquaria KLCC yang dinamakan ‘Tidur Bersama Jerung’.
Acara bermalam itu membolehkan peserta mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti pendidikan, termasuk sesi memberi makan kepada jerung, memerang laut dan ikan pirana, bertemu penyelam Aquaria KLCC dan juga lebih mengenali dunia bawah laut.
Menurut Ketua Jabatan Pemasaran dan Jualan, Aquaria KLCC, Daryl Foong, menerusi pengalaman berharga ini, dapat mendorong kanak-kanak untuk menceburi bidang sains dan juga biologi marin.
Malah tambah Pengarah Pemasaran Kawasan, Kesihatan Oral dan Nutrisi, Asia Tenggara, GlaxoSmithKline Consumer Healthcare, Venaig Jegou, manusia baru meneroka tidak lebih daripada 5% daripada seluruh kawasan lautan Aquaria KLCC mampu mencetuskan keinginan kanak-kanak untuk belajar secara lebih terperinci tentang dunia bawah laut dan penghuninya. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!